Posts

Showing posts from April, 2009

10 Wasiat Hassan Al Banna

kongsi-kongsi dengan kawan-kawan 1. Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu, di kala mendengar azan, usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, di situ ada pertolongan, di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah, Tuhan mensyariatkan solat meski di medan perang disaat paling genting dan cemas. 2. Wahai kawanku, bacalah Al Quran dan cuba perhatikan mesejnya. Selalulah zikir dan cari ilmu walaupun sikit, kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan, sesungguhnya Al Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah. Bacalah Al Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir. Di sini ada ketenteraman di sini ada kedamaian, di sini ada kesalaman, jadilah hamba yang sejahtera. 2 dulu, kita kaji dulu dan amalkan dulu. Selamat beramal.

Singapura Tanah Seberang

Image
Jika Merlion (baca: merlayon-patung berkepala Singa dan berbadan ikan) adalah penyambut tetamu, ia bukan penyambut tetamu yang mesra. Dengan mulut yang terbuka dan sepanjang masa mengeluarkan air, ia ikon yang mengerikan sebenarnya. Jika difikir lebih panjang dari mana air itu datang, mungkin kita akan jadi ragu-ragu. Tetapi perjanjian antara Malaysia-Singapura untuk bekalan air termurah kan masih lama, jadi simpan dulu ragu-ragu. InsyaAllah, air yang keluar dari Singa ngeri yang tidak reti tutup mulut itu masih lagi suci. Meski pada saya Merlion ngeri, nilai komersial tetap mengamit pelancong dari seluruh dunia tidak pernah pun pernah berkurang. Apa ada di Kota Singa? Tiga tahun dulu saya dibekalkan dengan phampalet Singapura untuk satu tugasan. Saya cuma melihat makalah itu seadanya, tidak sangka pula akhirnya saya benar-benar berada di Singapura untuk tugasan yang lain pula. Barangkali pedih kehilangan Pulau Batu Putih masih terasa, tetapi tidak salah bukan untuk pergi melawat, me...

Musibah

Kawan saya, seorang Abang terlibat dalam kemalangan. Serius. Akhi saya itu, berjalan malam untuk menghantar anak tiga orang ke stesen keretapi kerana bersekolah di Kelantan. Pada malam yang malang itu, Akhi sekeluarga menaiki kereta bersama isteri dan enam orang anak. Akhi saya, bukan orang yang minat pada kereta. Juga bukan berani memandu kereta dengan laju. Paling maksima 80 km/j. Di tengah jalan, ada kerbau merentangi. Demi untuk keselamatan haiwan, Akhi saya mengilas stereng untuk mengelak. Kerana kilasan tersebut tidak disangka mengenai punggung kerbau lalu membuat kereta akhi saya terbabas ke gaung. Akhi saya bersama isteri dan anak-anaknya terbang 5 meter dari permukaan tanah. Terhempas masuk ke dalam gaung. Kereta mengiring ke kiri menyebabkan isteri tersepit. Anak kecil yang belum umur 2 tahun terpelanting ke belakang. Anak perempuan yang paling kecil juga terselamat. Akhi saya cedera tulang belakang. Tulang belakangnya termampat disebabkan hentakan kuat. Isterinya terhantuk d...

Pilih pemimpin

Image
“Selamat tinggal. Selamat membuat Su Doku”. “Tidak. Malam ini saya tidak mahu buat Su Doku, mahu menulis”. Teman kita meninggalkan kita seorang. Kita mengeluarkan cermin mata. Memakai sambil meneliti nasihat yang disampaikan Imran Hossein dipetik dari hadith. 'When the most wicked member of a tribe becomes its ruler, and the most worthless member of a community becomes its leader, and a man is respected through fear of the evil he may do, and leadership is given to people who are unworthy of it, expect the Last Hour'. Kita melihat seseorang dalam talian. Kita buzz dan bertanya soalan. “Kalau awak diberi pilihan, pemimpin macamana yang mahu?” Senyap. Tiada respon. Tetapi isyarat di yahoo messenger menunjukkan dia sedang menulis sesuatu. “Oh, saya tidak akan minta banyak. Saya akan minta 6 perkara sahaja”. “Enam? Sikit nye. Apa dia?”. “Satu, pemimpin harus memikul tugas intelektual”. “Itu yang pertama?” “Ya! Seharusnya begitu. Kerana ketua juga dilihat sebagai tempat ruju...

Kenapa tutup lampu?

28 Mac 2009 Anak : Ibu, kenapa kita mesti tutup lampu. Ibu : Bumi kita sedang sakit, jadi kita kena tolong Bumi untuk ubatkan dia. 29 Mac 2009 Anak : Ibu, kenapa hari ini kita tidak tutup lampu? Bumi kita sudah sihat ya? Ibu : ......