Posts

Showing posts from May, 2009
yang paling Besar tidak boleh terlihat masakan! selagi ada cahaya jika tidak nampak kamu... telah buta

Siapa yang pertama?

Johannes Eugenius (3 November 1841 – 2 April 1924) diberi gelar sebagai pelopor kepada disiplin keilmuan ekologi. Beliau merupakan seorang botani Denmark dan ikon utama sebagai pelopor bidang ekologi secara saintifik. Beliau pertama yang menulis buku teks berkenaan dengan ekologi tumbuhan, orang pertama yang mengajar kursus ekologi dan yang pertama menyusun konsep dan kandungan silibus. Antara buku teks yang telah ditulis oleh beliau berkenaan dengan botani, geografi tumbuhan dan ekologi yang telah diguna pakai seluruh dunia. Betul ke Eugenius pelopor bidang ekologi? Sebelum itu ekologi itu apa? Dalam Kamus Dewan edisi keempat, ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dan persekitarannya, atau juga ditafsir sebagai hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran. Jadi, betul ke Eugenius pelopor bidang ekologi? Ya, jika kita mengiyakan apa saja yang disuap media dan tidak mengenal Nabi. Yang pertama guru kita tentang ekologi tentulah Nabi, bukan or...

Bunga dalam Pantun

Lelah memerhati senario politik, mari kita melenggok dengan pantun Melayu. Rupanya, khazanah kesenian dalam pantun, cantik dihiasi bunga-bungaan yang tumbuh dan fauna melata di tanah ini, tanah Melayu. Seperti ini: Terbang burung dari selatan Dipuput angin sangga bayu Bukalah surat dari lipatan Lihatlah pantun bahasa Melayu Bunga tanjung kembang semalam Pohon tinggi tidak berduri Gelombang besar di laut dalam Kerana tuan saya ke mari Anak punai hutan Di pokok ara tinggi Kunyah-kunyah telan Datuk tak ada gigi

Selsema Babi: Jom makan tanah

Image
Selsema babi, sudah sampai di Malaysia. Jika ia tersebar, apa yang boleh dilakukan? Kalau ikut artikel di wikipedia, asal usul genetik influenza A1 adalah dari babi (swine maklumat di ambil di sini ). Setakat ini, sudah lebih 70 kematian seluruh dunia. Malaysia mencatat pesakit pertama di Hospital Sungai Buloh. Menyeramkan, selsema babi sudah ada! Dan tentu, hal berkenaan dengan haiwan ini sangat sensitif. Terutama bagi muslim kerana orang Islam mempunyai prosedur pembersihan yang ketat meski hanya tersentuh dengan haiwan ini. Kalau tersentuh sahaja dengan babi, kita diwajibkan untuk membersihkan sekali dengan air bercampur tanah, dan enam kali lagi dengan air bersih yang biasa. Kenapa tanah ya? Dulu ketika lihat pelajar melakukan kerja makmal dengan menggunakan tanah, ramai pelajar yang kerut-kerut muka. Kata mereka "Tanah ini kotor, tidak tahu datang dari mana. Mana tahu kalau bercampur najis". Tetapi jawapan yang mereka dapat dari instructor , "Tanah ini saya yakin le...
aku mahu diterbangkan helang ke awan menumpangi bahtera Nuh bintang di syurga sambutlah!

Masih di Singapura

Image
Saya tidak berpeluang pun menaiki bot bergentian kaca seperti gambar semasa ke Singapura. Tetapi saya membayangkan dalam cerpen Jerap Agung seperti berikut: "Dalam perhimpunan agung H2O terbesar pernah diadakan, tempatnya di Kota Singa, betul-betul di bawah Read Bridge. Kalau dari udara, Read Bridge menghubung aliran Sungai Singapura seperti huruf V. Dalam kesibukan pelancong menikmati keindahan panorama dengan menaiki bot berbumbung kaca, bot tradisional mahupun menaiki kapal persiaran, tidak ada seorang manusia pun tahu bangsa H2O telah berkumpul untuk misi yang boleh mengubah peta dunia secara drastik". (cerita untuk mengebom kuasa besar dunia, :) ) Saya tidak akan bercerita mengenai Read Bridge, tetapi saya akan bercerita mengenai Geylang Serai. (klik pada gambar untuk lihat lambang apa di bangunan tersebut. Untuk yang biasa membaca mengenai Freemason, itu bukan lambang yang asing). Ada satu aktiviti menarik sebelum kami pulang semula ke Johor Bharu. Di malam terakhir di ...