Selsema Babi: Jom makan tanah

Selsema babi, sudah sampai di Malaysia. Jika ia tersebar, apa yang boleh dilakukan? Kalau ikut artikel di wikipedia, asal usul genetik influenza A1 adalah dari babi (swine maklumat di ambil di sini). Setakat ini, sudah lebih 70 kematian seluruh dunia. Malaysia mencatat pesakit pertama di Hospital Sungai Buloh. Menyeramkan, selsema babi sudah ada!

Dan tentu, hal berkenaan dengan haiwan ini sangat sensitif. Terutama bagi muslim kerana orang Islam mempunyai prosedur pembersihan yang ketat meski hanya tersentuh dengan haiwan ini. Kalau tersentuh sahaja dengan babi, kita diwajibkan untuk membersihkan sekali dengan air bercampur tanah, dan enam kali lagi dengan air bersih yang biasa.

Kenapa tanah ya?

Dulu ketika lihat pelajar melakukan kerja makmal dengan menggunakan tanah, ramai pelajar yang kerut-kerut muka. Kata mereka "Tanah ini kotor, tidak tahu datang dari mana. Mana tahu kalau bercampur najis". Tetapi jawapan yang mereka dapat dari instructor, "Tanah ini saya yakin lebih bersih lagi menyucikan dari kamu semua". Betul, tanah boleh jadi lebih suci dan bersih dari manusia sendiri.

Jika tersentuh babi atau anjing (dalam keadaan basah) samada sengaja atau tidak, sejumlah organisma akan melekat di bahagian yang tersentuh. Organisma ini pula sukar untuk dibersihkan melalui proses pembersihan yang biasa, iaitu dengan air dan sabun. Untuk itu pembersihan perlu dilakukan sekali dengan air bercampur tanah. Wajib guna air bercampur tanah, tidak boleh tidak.

Tanah sebenarnya secara semulajadi mempunyai cas-seperti cas elektrik mungkin. Ini yang ramai tidak tahu dan saya juga baru tahu. Cas inilah antara faktor utama yang menjadi penentu kesuburan tanah, selain dari kandungan bahan organik dan juga pH. Disebabkan kehadiran cas inilah, tanah berkeupayaan untuk menarik organisma yang melekat berasal dari babi dan anjing. Kerana itu tanah mempunyai elemen membersih semulajadi, kerana itu ia suci lagi menyucikan.

Mmmm.

Siapa tahu, mungkin tanah juga boleh dijadikan penawar bagi influenza A1?

Mmmm.


Comments

ieka said…
teringat pernah baca salah satu amalan / petua melayu lama utk ibu2 lepas bersalin ialah makan beberapa ketulan kecil tanah liat.. tujuan nak brsihkan darah.. mungkin ur suggestion tu boleh kot cuba2 guna kat diorang ni.. :D
asal said…
owh ya? huhu, mesti tengah study petua-petua ni kan
kalu ada masa, boleh le bagi seme pembaca source amalan tu
mmm, me, just throw the idea, tak tahu pun memang ada petua.
Thanx, :)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK