Friday, October 23, 2009

Nombor oh nombor

Saya berhutang cerita dengan kawan tentang nombor. Tanyanya, bagaimana orang sains melihat nombor? Pada awal pertanyaan, saya rasa mahu tergelak kerana banyak perkara.
Pertama, saya sebetulnya tidak layak mewakili ‘orang sains’ secara umum kerana disiplin saya adalah teknis. Bukan sains tulen.
Kedua, secara jujur, nombor untuk kebanyakkan orang sama sahaja cara melihatnya. Satu entiti yang boleh dihitung untuk menentukan jumlah. Samada bilangan, harga, masa, suhu. Apa sahaja perkara yang kita boleh pasangkan atau terjemahkan dengan nombor. Semudah itu.
Tetapi untuk beberapa ketika melalui pemerhatian yang tidak begitu kritis, saya juga dapat simpulkan perkaitan nombor dengan nasib baik. Nombor dengan magis. Nombor dengan keberuntungan. Lebih mistik, nombor dengan nilai transendental. Erti kata lain, nombor untuk mengenal Tuhan.
Tetapi hari ini hari yang baik untuk kita menghitung tentang nombor kan? Hari ini hari pembentangan belanjawan. Harap-harap ia masih lagi bajet mesra rakyat. Mereka yang bekerja di sektor khidmat awam berdoa lebih khusyuk hari ini, agar dilimpahi hujan rahmat dan durian runtuh. Bak kata rakan, kita minta 2 bulan, kalau tak dapat sebulan bonus pun jadilah, silap-silap dapat air kotak Bonus je.
Sebagai contoh yang selalu diulang-ulang dalam entri yang lalu. Tentang nombor terpilih yang dipakaikan di jersi pemain bola yang hebat permainan kakinya dan kreatif dalam mencipta peluang. Jika kita menilai, untuk setiap pemain yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia FIFA mempunyai pattern nombor yang hampir klise. Pemain yang memakai nombor-nombor seperti 7, 10, 14 sering mendapat tuah ini.
Untuk jersi no 10, kita ada Maradonna, Ronaldo (Brazil), Mokhtar Dahari (calon pemain terbaik FIFA ke? Confius).
7, lebih ramai. Christiano Ronaldo, Frank Ribery, Raul Gonzalez, Luis Figo, Cantona, dsb.
14, Thierry Henry.
Nanti kita tengok ye, di Piala Dunia siapa yang dapat memakai nombor-nombor magis ini.
Sebelum itu, saya ingin bertanya. Apakah nombor kegemaran awak? Saya ada senarai yang panjang. Saya suka 4, 5, 7, 8, dan 12. Tentu, yang teristimewa dihati saya ialah 7. 7 adalah nombor kelahiran insan yang saya paling sayang. Atau lebih tepat, insan-insan yang saya sayang.
Owh, jangan salah faham. Saya juga sayang awak yang lahir di nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11, 12.
Baik, berbalik kepada perbincangan. Ada apa dengan nombor? Ada orang menilai nombor kerana nombor itu cantik tersusun. Sebagai contoh, tarikh 20hb September 2009 ditulis sebagai 20092009. Jadi ramai memilih tarikh tersebut untuk menanda peristiwa-peristiwa bersejarah yang penting. Misal kata, bertunang, berkahwin atau membeli kereta baru? (kereta apakah yang anda beli itu?)
Ada yang melihat nombor sebagai petanda buruk (bad omen). Seperti 4, 13 dan 666. Betulkah? Atau ia adalah satu perkaitan yang sengaja diada-adakan untuk tujuan-tujuan tertentu.
4 adalah nombor suwey di kalangan orang Cina. Disebut sebagai sey atau mati. Dalam perbuatan yang lebih ekstrim, untuk pangsapuri atau kondo mewah yang dimiliki oleh developer Cina, tingkat 4 ditiadakan langsung. Tingkat 4 akan digantikan dengan nama lain seperti 3A. Juga nombor rumah 4 juga ditiadakan kerana takut tiada pembeli.
13 lebih malang. Orang putih memomokkan dengan cerita hantu dengan menamakan satu hari Friday 13. Orang kita pun yang sama momok, membuat drama bersiri dengan cerita Tingkat 13. Cerita hantu urban yang kadang-kadang rasa takut juga nak tengok, kadang-kadang menyampah pun ada.
Rakan saya ada komen tentang nombor 4 dan 13 di blog. Katanya, memburukkan nombor 4 dan 13 adalah agenda sulit halus dan tersembunyi. Nombor 4 banyak perkaitan dengan fundamental orang Islam. 4 kitab samawi (Zabur, Injeel, Taurat dan Al Quran). 4 mazhab sunnah dari 4 Imam (Hanafi,Hanbali, Maliki dan Syafii). Solat pun ada 3 yang disyaratkan dilakukan dalam 4 rokaat (Zohor, Asar dan Isya’). Ada lagi tak yang saya sudah tertinggal?
13 pula berkait rapat dengan 13 rukun solat.
666. Ini saya kurang pasti. Tapi kalau 6666 itu adalah apa yang mereka katakan jumlah ayat dalam Al Quran. Wallahu a’lam.
Ermmm. Apa ya hendak komen?
Mungkin ada benarnya kata rakan saya itu. Kenapa hendak kaitkan nombor dengan nasib buruk?
Bagi saya 4 adalah nombor suci yang mempunyai nilai untuk memahami alam, seterusnya tentulah Penciptanya. Alam ini dikitarkan dengan 4 musim yang jelas. Musim bunga, luruh, salji dan panas. Musim menuai tidak termasuk ya, out of topic. 4 ialah jumlah ahli keluarga Nabi yang dipanggil ketika peristiwa Muhabalah dengan Nasrani Najran untuk mempertahankan Islam. Bonda Fatimah, Ali Karamallahu Wajhah, Ketua Pemuda Syurga Hassan dan Hossein. Oh kata rakan saya 4 adalah 4 penjuru Ka'abah yang mempunyai rukun-rukun sendiri. Selebihnya seperti yang diterangkan di atas.
Tetapi tetap tidak menjawab persoalan rakan saya di awal entri ini ditulis. Bagaimana orang sains melihat nombor.
Saya baru difahamkan nombor adalah simbol kepada pengetahuan peringkat tinggi yang telah dipermudahkan cara menulisnya. Apa? Tidak faham? Ok, ok, saya cuba menulis dalam bentuk lebih mudah.
Begini, saya baru difahamkan oleh seorang sarjana mengenai pengalaman beliau untuk mendapatkan ijazah kedoktoran. Kata beliau, dia mengambil masa selama 3 tahun untuk melakukan penyelidikan. Setelah mendapat teknik yang sesuai, beliau membina model. Setelah membina model, beliau men’test’ model tersebut. Setelah berulang-ulang ujian dilakukan ke atas model dan mendapat keputusan yang berulang dan mempunyai pattern yang seragam, hasil dari keputusan itu beliau membuat kesimpulan. Kesimpulan dari kerja keras beliau ini simpulkan dengan bentuk lebih mudah. Dengan mengunakan nombor atau equation.
Saya yang teruja memohon beliau untuk menunjukkan hasil kajian (dalam hati tetap ada debar takut-takut kalau equation terlalu panjang buat saya lebih tidak faham). Mengejutkan, ini adalah hasilnya,
L = 112 x R
Apa tu? Jangan tanya, saya pun sendiri tidak faham apakah maksud persamaan itu. Tetapi yang saya dapat simpulkan, nombor adalah pernyataan dalam bentuk ringkas untuk ilmu pengetahuan peringkat tinggi. Saya rasa ini adalah satu benda yang sangat hebat. Bayangkan, kerja keras selama 3 tahun tidak henti-henti cuma ditulis dengan: satu persamaan, satu baris sahaja! (ini bukan iklan promosi 1Malaysia ya).
Mungkin itulah agaknya pandangan orang sains terhadap nombor.
Tetapi pencerahan teman Sarjana itu membolehkan saya merenung lebih dalam. Bila saya membaca Al Quran, atau mendengar tafsir Al Quran ada banyak ayat yang ditulis dengan nombor. Contohnya, dalam surah Al Kahfi, disebut 7 pemuda Gua (tujuh lagi) tidur selama 300 tahun dan menurut lain 309 tahun. Ayat tersebut ditafsir begini (Al Kahfi: 25)
"Dan mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan mereka menambah sembilan tahun".
Ayat tersebut menerangkan, jika kita mengira mengikut pergerakkan matahari, pemuda Gua tidur selama 300 tahun. Tetapi jika kita menghitung mengikut tahun lunar (bulan), pemuda Gua telah tidur selama 309 tahun.
Wah! Disini letaknya ilmu pengetahuan tinggi dalam Al Quran. Dalam satu ayat, ada ilmu astronomi. Untuk mentafsir ayat ini perlu pengetahuan tentang pergerakkan bumi mengelilingi matahari, juga perlu tahu pergerakkan bulan mengelilingi bumi. Dan hitungan ini perlu diperhatikan dengan teliti dan disini letaknya ilmu matematik.
Al Quran lebih dini dalam menjelaskan ilmu pengetahuan tinggi. Al Quran lebih dulu menerangkan nombor adalah keilmuan yang sangat tinggi nilainya, hanya dapat dicapai oleh orang yang mahu mempelajari. Dan saya tahu, tidak ramai antara kita yang suka matematik bukan?
Semasa saya tidak cerdik dulu, saya rasakan matematik adalah satu ilmu aneh yang hanya dipelajari oleh ahli sihir sahaja. Kerana itu orang yang pandai matematik juga saya lihat mereka selalu berperangai yang aneh-aneh. Mujur saya tidak pandai matematik.
Agaknya, itu juga alasan untuk mereka yang dinobatkan dalam Anugerah Nobel. Ahli-ahli sains yang dapat membaca alam, memformulasikan dalam bentuk simbol dan perkiraan matematik, kemudian dari itu kita manusia awam dapat memanfaatkan untuk kegunaan hari-hari. Huh, hebat, mereka memang hebat. Saya tidak pernah cemburu pun dengan pemenang hadiah Nobel, kerana sememangnya mereka layak disanjung.
Sekarang, saya lebih menghargai nombor. Lebih-lebih lagi yang ditemui dalam Al Quran. Saya cukup yakin ia punya nilai religus cuma saya yang masih belum ketemu cara untuk memecahkan mesejnya. Tentu awak sudah faham bukan kenapa saya suka nombor 7? Dalam Al Quran selalu diulang, sab’a samawat, 7 tingkat langit.
Sebetulnya, secara peribadi saya menghargai nombor kerana alam ini diciptakan dengan had. Mana-mana perkara yang punya had, boleh diukur. Bila boleh diukur, ia boleh disimpulkan dengan nombor. Ini benar seperti ditunjukkan sendiri dalam ayat Al Quran, Al Hijr 15: 19-20)
“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Kami menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup”.
Dunia ini juga punya had tersendiri bukan? Hadnya ialah hari kiamat. Cerita tentang hari Akhir sudah ditulis dalam banyak tempat dalam ayat-ayat Al Quran. Saya percaya, mereka yang diberi hikmah telah pun tahu bilakah tarikhnya. Saya? Owh, alangkah bagusnya jika saya ahli sihir cerdik yang pandai matematik.
Itu adalah secebis pandangan tentang nombor. Tetapi orang zaman kita ini lebih suka melihat nombor kerana ia boleh menilai kekayaan dan kemewahan. Nombor boleh membeli prestij dan pandangan tinggi orang lain terhadap harga diri. Nombor boleh menjadikan seseorang itu tuan, dan orang lain hamba. Nombor dapat membeli janji dan kepuasan nafsu nafsi. Nombor juga boleh membuat orang bunuh diri.
Padahal menurut janjiNya, Dia hanya menerima orang-orang yang bertaqwa sahaja bukan?
Saya tidak tahu. Masing-masing punya hujah pada apa yang mereka fikirkan tentang nombor.
Mungkin awak ada buah fikir yang lain?

9 comments:

NorziatiMR said...

Terima kash kerana menjawab soalan dengan jawapan yang panjang lebar. Seronok menghadamnya.

Ada orang kata, jika mahu berfikir, gunakan logik nombor bukannya abjad. Abjad ada limit dari A hingga Z, tetapi nombor yang bermula dari 1 tiada penghujungnya. Infiniti

:-)

asal said...

owh, saya ada cerita khusus tentang infiniti

:)

Aderi Aryasu said...

teruskan saja dengan kisah infiniti semula. sementara itu, tahniah dengan Benih Sakral Aphesus yang sudah disahkan penyertaan. Tahniah awal walaupun keputusan belum diumumkan. Peace!

NorziatiMR said...

Menanti infiniti pula :-)

faziz ar said...

salam perkenalan sdr wadikita.
tertarik dengan artikel sdr
teringat saya semasa mengaji dulu
add math & fizik satu cabang ilmu yang kita bermain dan memutar nombor-nombor dalam equation yang dihasilkan oleh ilmuan matematik.
teringat juga equation E=Mc2 dapatan Einteins yang masyur. Tenaga yang terhasil dalam unit joules adalah bersamaan dengan kandungan jisim darab kelajuan cahaya kuasa dua. hebat ini melahirkan reaktor nuklear yang bisa membina atau meruntuhkan manusia..saya juga dalam bidang teknis tapi sains fizik adalah juga minat saya...

ASaL said...

salam kenal :)

seronok untuk melihat orang teknis (yang hebat berpuisi) disini.

Huhu, Eistein bukan yang awal. Sains Fizik Islami lama sudah menemukan ilmu tentang tenaga (kekuatan dan bahaya dalamnya) seumpama E=mc2.tapi khabarnya, dirahsiakan demi keamanan sejagat. Ermm? tak boleh komen banyak lagi sbb sedang mengkaji.

harap fazis sudi berkongsi ilmu di sini :)

TQ

nurul hidayah said...

Oh, saya suka angka 12. Kebetulan nama saya ada 12 abjad, saya lahir pada bulan 12 ( dah dekat,igt tu he he) tapi paling utama ialah kerana 12 angka yang fleksibel, boleh dibahagi dengan 1,2,3,4 dan 6.

ASaL said...

huhu, adakah ini ulasan lapis makna :) yeah bulan 12 memang nak dekat.

kalau gitu saya juga tidak salah menyukai nombor 7 kerana nama saya juga ada 7 abjad.

hidayah, pigeon hole di pejabat untuk saya dicatat nombor 12. sebab itu saya juga suka nombor 12.

Anonymous said...

First off I want to say great blog! I had a
quick question which I'd like to ask if you don't
mind. I was interested to know how you center yourself and
clear your head prior to writing. I've had a difficult time clearing my mind in getting my thoughts out there. I do enjoy writing however it just seems like the first 10 to 15 minutes are generally wasted simply just trying to figure out how to begin. Any suggestions or hints? Thank you!

my blog post ... http://hook2it.com