Posts

Showing posts from November, 2009

2012

2012, sebuah filem yang dihentam agak keterlaluan di Hollywood dari segi jalan cerita, namun aneh, saya amat suka filem ini. Dengan tagline, we we’re warned, ia merupakan filem skala besar mengenai kemusnahan dunia. Kita tidak perlu lagi memperkenalkan pengarah Roland Emerich yang sinonim dengan kemusnahan alam melalui filem The Day After Tomorrow, Independence Day dsb. Ada banyak sebab saya menyukai 2012, antaranya ialah: 1. Saya pernah belajar geologi 2. Yellowstone, letupan kawah (caldera) gunung berapi terbesar dunia 3. Saya seorang Muslim dan ia adalah kisah penyelamatan. Seperti mana-mana reviu, 2012 adalah sebuah filem tentang kemusnahan alam. Bukan setakat alam dimusnahkan, segala tamadun kemanusian turut musnah dengan pelbagai bentuk amarah alam; gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir besar, dan pergerakkan tanah dalam skala yang tidak terjangkau difikiran manusia. Pendek kata ia gambaran akhir zaman yang jauh dari apa yang boleh saya bayangkan. Secara jujurnya, saya berte...

Wacana Ilmu semua :)

Image

Kereta - Tentang hidup yang biasa-biasa

Image
Salam, hari ini hari yang indah meski dalam hati panas membara :) Barangkali ada awak sudah membaca emel ini, tentang harga kereta di Malaysia dan bagaimana peranan AP menyebabkan pengguna membeli dengan harga hampir 3 kali lebih mahal dari yang boleh didapati di pasaran luar. Kita kepilkan sekali ye, saja nak mengusik awak supaya hati awak sama panasnya dengan hati kita kat dalam ni :) Artikel ini boleh dicapai dengan menaipkan nama penulis Syed Akbar Ali. Awak kena nilaikan juga artikel ini sebab kita bukanlah orang pandai sangat pasal pasaran dan ekonomi. Car Prices In Malaysia Digest this article, after that, you may need to vomit. What is the Malaysian Govt doing all these while. Ripping off our Rakyat for the last 30 yrs with APs designed to benefit a few well connected Bumis, the UMNO/BN have robbed millions of citizens in this fiasco, under the pretext of protecting our local industry. The Govt have forgotten we Malays are the largest customers in the country. What is the NEP p...

Gospen - Tentang hidup yang biasa-biasa

Image
Pernah dengar tentang gospen? Tentu pernahkan, ia singkatan dari gosip pendek. Ini istilah yang saya popularkan pada rakan-rakan untuk membolehkan mereka beringat sikit, bila bergosip biarlah pendek tidak melarat. Tapi, pernahkah gosip berakhir pendek? Ikut pengalaman, jarang sangat ianya pendek selalu berlarut-larutan panjang dan kadang-kadang sampai jadi fitnah. Belum lagi cerita merepek merapu yang mereka sampaikan dari telinga ke telinga padahal benda itu tidak pernah wujud pun. Tentu mereka tidak pernah dengar tentang kalam 'al fitnatu asyadu minal qat' - fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Atau mereka tidak faham tentang peringatan itu, atau mereka tidak faham membunuh itu kejahatan paling buruk sesama manusia. Seperti sejarah Habil dan Qabil, ia kejahatan yang dikutuk zaman berzaman. Mungkin mereka tidak membaca kot? Orang suka gospen ni suka membaca tak agak-agak? Menyesal juga membawa istilah gospen. Barangkali saya akan promosikan pula istilah gostot. Gosip konto...

saya mahu dipanggil

saya mahu dipanggil kemudian menjawab "saya datang, saya datang" saya mahu dipanggil kemudian nantinya tahu saya tidak bersaksi melainkan Hu menunggu di hujung sedar dan tidur agar suara yang dikirim sang bayu singgah ditelinga menggugah ego dipasangkan pakaian fitrah tunduk dan menyahut tinggalkan semua mengadu dunia telah menyakiti sakitnya sakit paling dalam dalam tujuh pusingan tenggelam menjejak Hajar karam menyahut Ibrahim serah mendamping Ismail rela di tanah Nabi menghambur tangis kecewa memanggil dia agar diserahkan kasih dan saya tidak akan bersedih lagi saya mahu dipanggil sebelum dipanggil yang lidah tidak mampu menyahut Hu! saya datang tetap datang

Infiniti 2

Image
Faries menghantar Adi pulang di pintu. Dia masih bocah kecil pada pandangan kebanyakkan orang. Tetapi bukankah anak kecil juga pernah menggegar kompeni perang. Seperti Daud yang menggegar Thalut hanya dengan batu dan lastik. Dan Adi didoakan mempunyai kekuatan seperti itu, kerana hati Adi yang suci menuntut satu jalan. Jalan untuk faham. Faries segera menutup pintu. Terasa bersalah menghantar Adi pulang dengan persoalan berat. Tentang infiniti atau takterpermanai dalam bahasa orang Melayu. Tak terpermanai itu sendiri istilah yang baru pertama kali didengar dari mulut teman-teman diskusi Discopy. "Marahkah ibu bapa Adi nanti bila Adi bertanya yang bukan-bukan? Jika ditanya dari mana dia dapat segala persoalan ini, tentulah aku yang dirujuk Adi." Faries insaf. Dia bukanlah Jostein Gaarder yang mengajar Sophie tentang falsafah dan hakikat kehidupan. Dirinya hanya seorang manusia yang diangkat ke tingkatan hamba yang belajar tentang pergantungan pada yang Maha Esa melalui pelbaga...

Infiniti

"Maksudnya, infiniti itu...Tuhan?" Adi bertanya polos. Guru muzik muda berkaca mata seluruhnya ditenung. Dalam wajah ada makrifat. Adi selalu percaya Cikgu Faries telah mencapai satu maqam yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Malah karya muzik yang disusun Cikgu Faries dalam sonata, konserto, duet dan solo terus sahaja dipuja puji orang. Kata mereka ia adalah karya yang dapat menghantar ruh ke syurga. "Adi, Tuhan adalah seluruh alam ini. Ia akan menampakkan diriNya dimana-mana. Ia akan menonjolkan diri dalam ruang lingkup yang mereka fahami. Dalam kewujudan alam Dia muncul melalui teori Big Bang. Dalam matematik, Dia menjelmakan diri dengan simbol keramat itu, INFINITI." Adi mengangguk. Hati Adi berbisik, "dalam simfoni, Tuhan selalu ada dalam nota-nota muzik Cikgu Faries. Nota-notanya adalah nota manifestasiNya." Adi mengeluarkan buku matematik yang dipenuhi dengan soalan-soalan. Adi membuka bab yang dipenuhi soalan tentang infiniti. Cikgu Faries...

air dalam gelas

lalu ku tanya pada sang ilmu bagaimana dapatku memuaskan hati orang dia yang kulihat berambut putih dan berwajah tenang menyahut dengan memberiku sebuah gelas ‘Jadilah air dalam bekas bila dituang mengisi ruang dicurah ke tempat lain mengikut bentuk dan bersedia menghilang haus’ lalu ku minta lagi kepastian pada sang tua akan apa nanti jadi pada diriku? ‘disukai, disenangi dan…’ sang hikmah melambat bicara menatang mata penuh makna ‘dan kamu akan segera kehilangan diri sendiri.’