Sunday, November 29, 2009

2012

2012, sebuah filem yang dihentam agak keterlaluan di Hollywood dari segi jalan cerita, namun aneh, saya amat suka filem ini. Dengan tagline, we we’re warned, ia merupakan filem skala besar mengenai kemusnahan dunia. Kita tidak perlu lagi memperkenalkan pengarah Roland Emerich yang sinonim dengan kemusnahan alam melalui filem The Day After Tomorrow, Independence Day dsb.

Ada banyak sebab saya menyukai 2012, antaranya ialah:
1. Saya pernah belajar geologi
2. Yellowstone, letupan kawah (caldera) gunung berapi terbesar dunia
3. Saya seorang Muslim dan ia adalah kisah penyelamatan.

Seperti mana-mana reviu, 2012 adalah sebuah filem tentang kemusnahan alam. Bukan setakat alam dimusnahkan, segala tamadun kemanusian turut musnah dengan pelbagai bentuk amarah alam; gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir besar, dan pergerakkan tanah dalam skala yang tidak terjangkau difikiran manusia. Pendek kata ia gambaran akhir zaman yang jauh dari apa yang boleh saya bayangkan. Secara jujurnya, saya berterima kasih dengan Emerich kerana menolong dari segi visual tentang hari kiamat. Ya sudah tentu, ia mustahil menyamai dengan hari kiamat sebenar, tetapi untuk rasa insaf 2012 boleh membantu. Atau sebetulnya banyak membantu. Ini adalah cerita kemusnahan alam terbesar pernah saya saksikan. Dan tidak rugi menontonnya.

Permulaan cerita, Emerich menyorot kita kepada seorang pakar geologi muda yang sedang membuat kajian tentang perubahan yang sedang berlaku di teras bumi pada tahun 2009. Suhu yang meningkat naik secara mendadak disebabkan oleh radiasi dari matahari telah menjadikan bumi tidak stabil, Jika suhu terus naik, segala bentuk bencana alam akan bermula. Seperti kita jangkakan, maklumat penting ini hanya akan sampai ke White House dan pemimpin-pemimpin dunia. Maklumat ini diklasifikasikan sebagai maha sulit dan tidak boleh dikongsi dengan masyarakat awam untuk mengelakkan dari kekacauan dan huru hara. Disebalik itu, masyarakat elit dunia (presiden-presiden, billionair, saintis-saintis terpilih) telah merencana pakatan untuk menyelamatkan diri tanpa memberi peluang yang sama kepada marhain (golongan rakyat biasa). Dalam krisis sangat mencemaskan ini, manusia masih lagi bersikap kasta mengkasta, dikotonomi antara miskin dan kaya.

Meski demikian, menjelang 2012, siri gempa bumi telah berlaku dan segala visual mengenai amarah alam ini dilihat melalui kacamata Jackson (John Cusack) seorang marhain yang cuba menyelamatkan keluarga dari kemusnahan alam.

Begitu ceritanya, boleh ditebak tetapi saya masih suka.

Disebalik kritik, 2012 boleh sahaja cermin apa yang sedang berlaku sekarang. Pada Disember nanti pemimpin dunia akan berhimpun di Copenhagen untuk membincangkan mengenai protokol Kyoto samada memperbaharui atau membuat polisi baru untuk penjagaan alam sekitar secara bersama. Tahunnya 2009, mungkin sengaja dibuat secara sedar oleh Emerich untuk membayangkan berapa seriusnya krisis pemanasan global masa ini. Saya tidak pasti awak, tetapi bukan sukar untuk mengesan bahawa alam ini sudah makin tidak tentu kitaran cuaca dan yang aneh-aneh banyak belaku sejak kebelakangan ini. Bermula 2004 tsunami yang mencengangkan dan rentetan gempa bumi yang menelan banyak nyawa, melihat apa yang kita buat untuk alam sebenarnya kita masih lagi belum insaf dan beringat. Jika awak pernah menonton DVD Unconvinient Truth oleh Al Gore, awak tentu faham apa yang kita bicarakan.

Dalam 2012, begitulah Roland Emerich mengambarkan. Menggambarkan kita yang tidak peduli. Meski begitu banyak amaran alam, kita masih menganggapnya remeh. Masih lagi mengejar kekayaan dunia, bukan sekadar mengejar malah berlumba-lumba. Saya menyeru awak untuk peka dengan perubahan alam yang sedang berlaku. Yang saya perasan, waktu siang semakin awal sekarang. Dulu, 7.00 pagi saya masih lagi dapat merasai suasana sejuk hening untuk berakhir subuh, sekarang 7.00 pagi ialah seperti jam 8.00 pagi. Musim banjir kali ini, cuacanya menjadi makin sejuk kerana saya terpaksa mengenakan baju panas di waktu siang buta. Bagaimana kita boleh tidak peka, kerana berita di akhbar dan TV mengatakan ia adalah lumrah. Perubahan cuaca ini adalah kejadian semulajadi, natural.

Dalam filem 2012, begitulah juga digambarkan. Media memainkan peranan mengatakan apa yang berlaku adalah natural, tidak perlu kecoh dan ripuh. Sedangkan hakikat yang sebenar jauh lebih buruk. Dan banyak lagi insiden yang di dalam filem mengambarkan ketidakpedulian kita, tentang kita mengejar sesuatu yang boleh hilang sekelip mata, tentang pengkhianatan dan banyak lagi.

Banyak lagi yang saya mahu cerita, tetapi lebih baik awak melihat sendiri cerita ini. Banyak keadaan saya meruap muka kerana begitu cemas dengan situasi yang digambarkan dengan begitu nyata. Memang menakutkan, memang membuatkan dada berombak kuat.

Satu babak semasa letusan kawah berapi di Yellowstone memang mengujakan. Ia membantu saya melihat visual yang diceritakan dalam novel Bila Tuhan Berbicara. Melihat kemusnahan akibat darinya, ia membuatkan saya banyak berfikir.

Ya saya setuju 2012 bukanlah kiamat. Tetapi ia menolong kita menvisual bagaimanakah kemusnahan bumi itu boleh berlaku. Ia membuat saya terus berfikir, seperti mana tagline we we’re warned, tentang bagaimanakah kita seharusnya bersikap. Kerana kita lebih lama diberi amaran melalui Al Quran.
Inilah kali pertama saya menonton, yang saya tidak peduli tentang ceritanya, sebaliknya menahan debar dada melihat kemusnahan satu persatu. Di akhir cerita, teman menonton saya bertanya, "Dimana hendak lari? (jika kemusnahan seperti ini)".

Dalam hati saya mengulang-ulang, "Ya benar, dimana hendak lari."

Wednesday, November 18, 2009

Kereta - Tentang hidup yang biasa-biasa

Salam, hari ini hari yang indah meski dalam hati panas membara :)

Barangkali ada awak sudah membaca emel ini, tentang harga kereta di Malaysia dan bagaimana peranan AP menyebabkan pengguna membeli dengan harga hampir 3 kali lebih mahal dari yang boleh didapati di pasaran luar. Kita kepilkan sekali ye, saja nak mengusik awak supaya hati awak sama panasnya dengan hati kita kat dalam ni :)

Artikel ini boleh dicapai dengan menaipkan nama penulis Syed Akbar Ali. Awak kena nilaikan juga artikel ini sebab kita bukanlah orang pandai sangat pasal pasaran dan ekonomi.

Car Prices In Malaysia

Digest this article, after that, you may need to vomit. What is the Malaysian Govt doing all these while. Ripping off our Rakyat for the last 30 yrs with APs designed to benefit a few well connected Bumis, the UMNO/BN have robbed millions of citizens in this fiasco, under the pretext of protecting our local industry. The Govt have forgotten we Malays are the largest customers in the country. What is the NEP policy doing ?? Ripping off the Malays (which forms 65% of the consumer base) to benefit a few UMNO politicians !!!

BMW 535i sells for RM178,000 in the US

In the United States of America (a developed country which we are also aspiring to become by the year 2020) a 2009 model BMW 535i Sedan is selling for about USD50,367.00. This is only RM178,000 - about the price of a Toyota Camry 2.4L here in Malaysia . The same BMW sells in Malaysia for about RM450,000.

BMW 328i sells for RM155,000 in the US

The 2009 model BMW 328i 2 door Convertible sells for USD44,014 or RM155,369.00 in the US . In Malaysia the same car sells for over
RM460,000. This is an untenable situation.

Audi A4 2.0T Cabriolet Convertible sells for RM142,000 in the US

The 2009 model Audi A4 2 Door 2.0T Cabriolet Convertible sells in the US for USD40,328.00 or RM142,357. In Malaysia the same car would sell for about RM265,000.

VW GTI 2.0T sells for RM85,000 in the US

In the US the 2009 model Volkswagen GTI 2.0T sells for USD 24,039 or RM85,000 only. In China the same car will cost around RM60,000. Over here the same VW car sells for about RM200,000.

And the 2010 model Toyota Camry 2.4L sells in the US for USD 19,659.00 or RM69,396 In Malaysia the 2008 Toyota Camry 2.4L sells for RM170,000. Toyota Camry 2.4L, 2010 model. RM69,000 in the US.

Car prices in Malaysia are about three times higher than the prices in the United States. We are a developing nation. Our land and labour costs are so much cheaper than the US . Why are our cars so expensive? It does not make any sense. Tak masuk akal.

Then here are some car prices from our neighbour Indonesia .
The Toyota Altis sells in Indonesia for about RM46,000. The same car sells here for around RM 112,000. Again we are three times more expensive than Indonesia.

The Honda Jazz sells here for RM108,000.. In Indonesia the Jazz sells for RM 36,000. Three times more expensive.

We are paying ridiculously high prices (and actually impoverishing the Malays - who are the largest buyers of cars in Malaysia) to support an out of date, out of touch with reality motor car policy.

Komentar
Kita pernah transit di Jakarta, memang susah hendak lihat kereta seperti model keluaran Proton atau Myvi. Memang rata-ratanya kereta sedan yang kelas C di Malaysia.
Kita juga pernah berjalan di Singapura. Memang kereta di sana majoriti atau boleh katakan semuanya kelas C. (Kelas C: Civic, Accord, Altis, Camry, Mazda 3, Lancer, 308 VTi, 308 Turbo dll).
Di Arab pun begitu juga.
Tapi bukan itu yang buat kita panas hati sebenarnya. Ada cerita lain. Kita telah dilantik untuk mengetuai aktiviti kitar semula. Jadi kita dengan berkobarnya telah mempromosi dengan begitu riang dan gembiranya mengenai aktiviti sayangkan alam sekitar ini. Kita jelaskan satu persatu bahan yang boleh diterima untuk kitar semula.
Tahu apa yang sok sek belakang bersuara, si bahloooool ini telah mencadangkan untuk dikitarnya kereta kita. Apa masalahnya dengan kereta kita? Well, saya tahu la kereta lama tapi masih berfungsi dengan baik. InsyaAllah. Saya selalu berdoa untuk kesihatannya. Masih lagi diminati ramai orang untuk menumpang untuk menuju destinasi. Jika dibuat perbandingan, kereta saya yang lama itu lebih banyak membuat bakti dari kereta baru dia yang cantik dan mahal (mahal gilerrrrrrrr kalau artikel di atas benar).
Kawan kita kata, kereta kita ni stylo, baru la nampak macam sasterawan gelandangan. Zuhud gitu. (Jangan pula ada ahli falsafah aka orang bijak berpuisi gelak-gelak baca entri ni).
Lalu kita yang tidak kuat ini pun mengadukan hiba hati pada seorang ahli hikmah. Dan sang hikmah mengajar kita, lain kali jawab begini:
"Kereta I memanglah sesuai, dan kereta u memang lah tak yah kitar semula, sebab u kitar hutang."

Amacam?

(Dalam panas hati, dalam hati kita tetap mahu gelak guling-guling.)

Monday, November 16, 2009

Gospen - Tentang hidup yang biasa-biasa

Pernah dengar tentang gospen? Tentu pernahkan, ia singkatan dari gosip pendek. Ini istilah yang saya popularkan pada rakan-rakan untuk membolehkan mereka beringat sikit, bila bergosip biarlah pendek tidak melarat.
Tapi, pernahkah gosip berakhir pendek?
Ikut pengalaman, jarang sangat ianya pendek selalu berlarut-larutan panjang dan kadang-kadang sampai jadi fitnah. Belum lagi cerita merepek merapu yang mereka sampaikan dari telinga ke telinga padahal benda itu tidak pernah wujud pun. Tentu mereka tidak pernah dengar tentang kalam 'al fitnatu asyadu minal qat' - fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Atau mereka tidak faham tentang peringatan itu, atau mereka tidak faham membunuh itu kejahatan paling buruk sesama manusia. Seperti sejarah Habil dan Qabil, ia kejahatan yang dikutuk zaman berzaman. Mungkin mereka tidak membaca kot? Orang suka gospen ni suka membaca tak agak-agak?

Menyesal juga membawa istilah gospen. Barangkali saya akan promosikan pula istilah gostot. Gosip kontot. Supaya ringkas saja bila bawa mulut. Ringkas dan kontot.

Saya mungkin sedikit beruntung sebab tidak ramai kawan.

Atau saya ini tidak pandai bergospen lalu mereka menjauhkan diri?

Atau lebih baik saya hulurkan aja tangan ini suruh mereka gigit dan makan sebelum bercerita dan bergospen. Bukankah mengadu domba dan umpat fitnah umpamanya seperti makan daging saudara sendiri.

Rasa dulu daging manusia sedap tidak.

Well, it is about life dan masakan saya tidak bergospen?

Moga saya juga beringat. Kalau nak mengata gigit dulu tangan kunyah, sodap tak sodap. Kalau tak sodap atau goli gelemen, rentikanlah. Hendak bawa kemana gospen-gospen kita ni?

Kenkawan, any gosip untuk dikongsi?

:)
p/s: baik jadi diskopi atau sosialis kanan, tak puas hati kritik secara ilmiah. Kan cantik gitu? Baru jantan.


Saturday, November 14, 2009

saya mahu dipanggil

saya mahu dipanggil
kemudian menjawab
"saya datang, saya datang"
saya mahu dipanggil
kemudian nantinya tahu
saya tidak bersaksi
melainkan Hu
menunggu di hujung sedar dan tidur
agar suara yang dikirim sang bayu
singgah ditelinga menggugah ego
dipasangkan pakaian fitrah
tunduk dan menyahut
tinggalkan semua
mengadu
dunia telah menyakiti
sakitnya
sakit paling dalam
dalam tujuh pusingan
tenggelam
menjejak Hajar
karam
menyahut Ibrahim
serah
mendamping Ismail
rela
di tanah Nabi
menghambur tangis kecewa
memanggil dia
agar diserahkan kasih
dan saya
tidak akan bersedih lagi
saya mahu dipanggil
sebelum dipanggil
yang lidah
tidak mampu
menyahut

Hu!
saya datang
tetap datang

Thursday, November 12, 2009

Infiniti 2

Faries menghantar Adi pulang di pintu. Dia masih bocah kecil pada pandangan kebanyakkan orang. Tetapi bukankah anak kecil juga pernah menggegar kompeni perang. Seperti Daud yang menggegar Thalut hanya dengan batu dan lastik. Dan Adi didoakan mempunyai kekuatan seperti itu, kerana hati Adi yang suci menuntut satu jalan. Jalan untuk faham.

Faries segera menutup pintu. Terasa bersalah menghantar Adi pulang dengan persoalan berat. Tentang infiniti atau takterpermanai dalam bahasa orang Melayu. Tak terpermanai itu sendiri istilah yang baru pertama kali didengar dari mulut teman-teman diskusi Discopy.
"Marahkah ibu bapa Adi nanti bila Adi bertanya yang bukan-bukan? Jika ditanya dari mana dia dapat segala persoalan ini, tentulah aku yang dirujuk Adi."

Faries insaf. Dia bukanlah Jostein Gaarder yang mengajar Sophie tentang falsafah dan hakikat kehidupan. Dirinya hanya seorang manusia yang diangkat ke tingkatan hamba yang belajar tentang pergantungan pada yang Maha Esa melalui pelbagai jalan. Faries sendiri faham benar dia tidak punya tauliah untuk membincangkan soal ini. Dia hanya seorang guru muzik bukan? Yang selalu dicaci mengajar benda thaghut yang tidak memberi kebaikan pada agama. Adakah mungkin akan datang nanti dia sendiri akan diseret ke mahkamah kerana mengajar tanpa tauliah.
"Esok, aku akan berpesan pada Adi untuk tidak pecah kepala memikirkan soal yang berat-berat. Lebih elok dia belajar tentang agama melalui sukatan sekolah sehingga tingkatan 5. Biar dia beramal dengan itu sahaja. Bukankah itu lebih selamat."

Faries menutup piano kemas. Komputer riba di atas meja kopi diruang tamu berbunyi mesej baru masuk. Cikgu Faries mengintai skrin. Dia di 'buzz' salah seorang teman Discopy.
Discopy: Kau salah Faries, takkan kau nak tutup jalan belajar budak tu?

Faries menggeleng. Menyesal juga cerita. Tidak pasal-pasal dikritik pula dengan kawan sendiri.

Faries: Bila masa pula aku tutup jalan. Sampai masa budak tu akan jumpa jalan dia sendiri.
Discopy: Habis, kalau dia dibiarkan, kemudian membaca buku seaneh Sophie World. Memahamkan dunia mengikut faham orang yang tidak kenal Tuhan, kau nak ikut bertanggungjawab?
Faries: Well, life like that. Setiap orang ada jalan masing-masing. Kita tidak menanggung beban atas kesalahan yang kita tidak lakukan.
Discopy: No, life is not always like that. Kau patut kaji Imam Ali. Keputusan dia untuk memeluk Islam pada usia 10 tahun dalam suasana jahiliyyah yang hitam serba serbi, adalah untuk direnung-renungkan.

Kalau mereka berbual di kedai mapley, tentu sebutan ‘renung-renungkan’ itu akan diajuk dengan gaya Profesor Izi yang selalu keluar di Hot.fm.

Faries: What’s your point brother?
Discopy: My point is, Imam Ali jika tidak mempunyai mentor yang sehebat Nabi Muhammad saw sendiri, masakan boleh buat keputusan besar seperti itu.
Faries: Maksud kamu, orang muda untuk membolehkan dia berfikiran matang dan berfikir untuk kebaikan, dia perlu mempunyai pembimbing sejak mula?
Discopy: Right, right. You got me right.
Faries: Well, satu contoh tidak memadai bro. Tidak memadai.

Faries senyum. Usulan Discopy benar. Dia sendiri ditarbiyyah sejak awal dengan cara yang begitu aman. Ayah yang tidak pernah memaksa cuma selalu diajak berbincang dengan santai dan selalu diminta merenung segala peristiwa. Begitulah tarbiyyahnya. Sejak dari itu, urusan belajar tidak pernah disuruh-suruh. Dia yang sudah mempunyai kesedaran akan berusaha sendiri untuk tahu. Buku, guru, orang tua dan orang berilmu adalah rakan karib Faries. Hasilnya, di sekolah selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Lebih manis untuk Faries, dia membuat segala dengan kefahaman.
Tapi perlukah, orang muda menyoal perkara-perkara tentang diri dan hakikat kehidupan. Bukankah hidup terlalu singkat untuk bertanya-jawab tentang soal ini. Adi terlalu muda.





Sunday, November 08, 2009

Infiniti

"Maksudnya, infiniti itu...Tuhan?" Adi bertanya polos. Guru muzik muda berkaca mata seluruhnya ditenung. Dalam wajah ada makrifat. Adi selalu percaya Cikgu Faries telah mencapai satu maqam yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Malah karya muzik yang disusun Cikgu Faries dalam sonata, konserto, duet dan solo terus sahaja dipuja puji orang. Kata mereka ia adalah karya yang dapat menghantar ruh ke syurga.

"Adi, Tuhan adalah seluruh alam ini. Ia akan menampakkan diriNya dimana-mana. Ia akan menonjolkan diri dalam ruang lingkup yang mereka fahami. Dalam kewujudan alam Dia muncul melalui teori Big Bang. Dalam matematik, Dia menjelmakan diri dengan simbol keramat itu, INFINITI."

Adi mengangguk. Hati Adi berbisik, "dalam simfoni, Tuhan selalu ada dalam nota-nota muzik Cikgu Faries. Nota-notanya adalah nota manifestasiNya."
Adi mengeluarkan buku matematik yang dipenuhi dengan soalan-soalan. Adi membuka bab yang dipenuhi soalan tentang infiniti. Cikgu Faries menjeling sekilas dan kemudian duduk di sebelah Adi di kerusi piano.

"Wah hebat kamu ini, tiada apa yang salah."

Adi senyum meleret kembang dipuji begitu. Cikgu Faries tidak hairan Adi begitu pandai dalam matematik kerana Adi juga hebat dalam muzik. Adi dapat memainkan Chopin Valse No. 14 ketika umurnya baru mencecah 10 tahun. Kata orang muzik asalnya dari cabang matematik, disiplin memerlukan fokus, latih tubi dan ketepatan tempo. Matematik juga begitu sifatnya.

"Kalau kamu faham lagi tentang infiniti, cuba cari jawapan kepada soalan-soalan ini.
1. Adakah infiniti itu satu, atau ada banyak infiniti?
2. Adakah infiniti boleh dibahagi? Adakah infiniti boleh didarab atau digandakan?
3. Bolehkah infiniti ditambah atau dikurangkan?
4. Adakah infiniti mempunyai had atau limit yang tertentu?"

Khali.

"Macamana? Boleh jawab?"

Tuesday, November 03, 2009

air dalam gelas

lalu ku tanya pada sang ilmu
bagaimana dapatku memuaskan hati orang

dia yang kulihat
berambut putih dan berwajah tenang
menyahut dengan memberiku
sebuah gelas

‘Jadilah air dalam bekas
bila dituang mengisi ruang
dicurah ke tempat lain mengikut bentuk
dan bersedia
menghilang haus’

lalu ku minta lagi kepastian pada sang tua
akan apa nanti jadi pada diriku?

‘disukai, disenangi
dan…’

sang hikmah melambat bicara
menatang mata penuh makna

‘dan kamu
akan segera kehilangan
diri sendiri.’