Selamat Hari Guru dan Laskar Pelangi
Memahami makna pendidikan melalui kaca mata Laskar Pelangi. Saya ketinggalan untuk mendengar bicara santai tentang buku-buku Andrea Hirata. Tetapi di sebelah malam, saya berkesempatan untuk menonton filem dari siri tetralogi Andrea Hirata, Laskar Pelangi.
Ia cerita orang kecil dari Pulau Belitong. Tentang anak-anak miskin yang tidak dipedulikan pendidikan mereka, meski mereka tetap mahu bersekolah. Hanya mempunyai 3 orang guru. Pak Harfan, Ibu Mus dan juga Pak Bakri. Dengan 10 orang anak murid, mereka membayangkan untuk memberi pendidikan sepenuhnya, dengan kepercayaan semua anak-anak di Indonesia punya hak untuk mendapat pendidikan.
Sebagai sebuah novel dan filem, LP adalah karya yang menyentuh. Anak-anak kita yang dibesarkan dalam linkungan senang, tidak akan memahami erti perjuangan untuk bersekolah seperti teman-teman mereka di SD Muhamaddiyah Gantong.Apa erti sekolah yang beratap bocor, berbau najis ternakan, bangunan yang hendak roboh, tanpa pakaian seragam sempurna, jarang sekali mempunyai kasut, apatah lagi kemudahan lain seperti perpustakaan dan kantin.
Tapi kata Pak Harfan, SD Muhammadiyyah bukan nantinya dinilai dengan angka-angka, kerana yang diajar di dalamnya mengenai agama dan budi pekerti. Supaya anak-anak itu bila berjaya kelak, tetap akan kenal akarnya dan kembali menabur bakti. Seperti pesan Pak Harfan, 'hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya'.
Anak-anak kita sekarang ini sudah banyak tersasar. Mereka tidak kenal agama, apatah lagi budi pekerti.
Anak-anak kita sekarang ini sudah banyak tersasar. Mereka tidak kenal agama, apatah lagi budi pekerti.
Saya membayangkan Andrea Hirata (Ikal) terbit dari sekolah itu. Jika benar, maka dia telah mengeyakan pesan Pak Harfan. Dengan karya novel-novelnya, Andrea berjaya memberi erti bahawa pendidikan itu adalah satu hak. Pemimpin, ibu bapa, masyarakat harus menyediakan ruangnya untuk setiap lapis golongan kanak-kanak, menerima hak mereka.
Selamat Hari Guru, Pak Harfan, Ibu Mus.
Selamat Hari Guru: Bonda yang mengajarku mengaji Al Quran.
Selamat Hari Guru, Ayahanda Alias.
Selamat Hari Guru: Ahli Hikmah, Ayahanda Su, Prof Harun, Cikgu, rakan-rakan, semua guru-guru yang percaya saya dan mendidik sepenuh jiwa.
Tanpa kalian, saya hanyalah debu yang tidak dikenal. Semoga hanya Allah, melebarkan sayap redha dan keberkatanNya untuk kalian. Moga cikgu-cikgu semua bahagia dan mendapat rahmat yang dijanjikanNya, di syurga.
Dan tentunya tidak akan dilupa, cikgu kepada semua guru, Teacher of Teachers, junjungan besar Nabi Rasulullah Muhammad Al Amin. Allahumma solli ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.

Comments