The Bigger Picture

Bagaimana agaknya rasa menjadi pekerja landasan keretapi maut sewaktu pendudukan Jepun dahulu?


Ini yang menjadi mainan cepu bila saya berpeluang untuk menjadi peserta lawatan pembinaan terowong saluran air mentah dari Empangan Kelau ke Hulu Langat. Laluan sepanjang 44.4km dari Pahang ke Selangor, satu lagi projek mega dan ekstrim kejuruteraan Kerajaan Malaysia

Kami berpeluang masuk ke dalam terowong. Yang baru digali sepanjang 1.4km, masih jauh lagi untuk disiapkan. Dengan menggunakan kaedah yang sama menebuk batuan bawah tanah seperti terowong SMART dengan menggunakan TBM (tunnel boring machine), ini betul-betul engineering marvel.


Namun, untuk sampai ke muka TBM, laluannya penuh liku. Berada di bawah tanah antara 30m ke 1.2km, dengan kelembapan tinggi dan suhu panas mencecah 40C, saya tidak membayangkan suasana lawatan yang selesa. Kami tidak diminta berjalan kaki, namun perlu menaiki lokomotif sehingga sampai ke ekor TBM. Sebelum itu kami telah dibekalkan dengan penutup muka untuk mengurangkan ketidak selesaan menghidu bau diesel dari mesin yang pelbagai. Bagai, ya bagai pekerja landasan keretapi maut duduk dalam lokomotif yang begitu terhad ruang dan cahaya, kami bergerak perlahan dengan kelajuan 20km/j.


Rasa? Bagi mereka yang rajin ke spa, ini mungkin analogi yang bagus. Panasnya benar-benar seperti dalam spa. Peluh menitik tidak terkira. Penglihatan terhad. Muka ditutup dengan pelindung muka. Di kiri dan kanan, hanya batuan granite hitam yang tiada warna lain.


Pemandu lawatan kami adalah Encik Honda dari Jepun. Kami difahamkan yang tenaga kerja banyak dari Indonesia, Bangladesh, Jerman, Jepun, sedikit dari Malaysia. Kerana tempat kerja ini keadaannya sangat ekstrim. Jika anda bekerja sebagai pemandu lokomotif dari muka terowong ke TBM, anda akan membuat kerja yang sama berulang setiap hari selama 5 tahun dalam keadaan tidak nampak hidupan dan awan nano yang biru.


Apatah lagi bagi mereka yang ditugaskan untuk menggerudi dan memasukan letupan dinamit untuk membolehkan batuan pecah. Kemudian batuan akan diangkut keluar. Dan yang menguruskan penyelenggaraan mesin TBM yang sudahlah sempit, perlu bergelumang dengan air bawah tanah dan alatan yang begitu kompleks dan rumit.


Kalau saya diberi pilihan, mahukah saya menjadi sebahagian dari tenaga kerja menggali terowong air ini? Owh, apakah? Anda?


Saya bertanya setiap seorang yang mengikuti lawatan ini. Jawab mereka mudah, 'terima kasih ajelah'.


Kata saya, "Jika awak bekerja di sini, awak adalah sebahagian dari sejarah. Projek mega ada satu titik anjakan untuk satu sejarah bangsa yang lebih besar."

Mereka terdiam berfikir, tetapi masih tidak akan menawarkan diri bekerja dalam keadaan gelap, basah, panas, lembab, terhad udara, terhad penglihatan.

Tetapi rakan saya kata, "Mereka lakukan perkara yang besar pahalanya".

"Encik Honda dapat pahala?"

"You're missing the bigger picture now my friend". (Speaking London pulak).

"Kerja mereka akan berkekalan puluh tahun, mungkin ratus tahun ke depan. Bayangkan, menyalurkan air pada yang memerlukan".

"Ya, saya dengar. Tetapi tidak berapa faham."

"Apa gunanya air? Pertama menghilang dahaga orang yang kehausan, menghidupkan pokok dan tanaman, untuk membersih, selebihnya untuk 1001 kegunaan manusia yang terfikir dan tidak terfikir oleh kita. Termasuk untuk mengambil wuduk, memandikan jenazah, mandi wajib, mem Bersih diri, memasak untuk keperluan keluarga. Mendirikan masjid juga perlukan air, bancuhan konkrit tidak akan menjadi tanpa air, mengairi tanaman, memberi minum pada haiwan ternakan. Kita hanya akan hidup jika kita ada air, kan?"

I miss the bigger picture, saya sedar sekarang. Peradaban tidak dicipta bagi mereka yang berjiwa kecil. Peradaban tidak direalisasikan bagi mereka yang tidak melihat masa depan, lebih dahulu dari binaan itu sendiri berdiri tegak di depan mata.


Menjadi orang yang melakar sejarah dan membina peradaban. Kita sendiri perlu lebih dahulu melihatnya dalam kepala, minda, jiwa dan roh. Berusaha ke arahnya dengan segenap tenaga dan keringat.


Siapa anda hari ini, adalah apa yang anda fikirkan tentang diri anda sendiri waktu kecil dan bersekolah, lama dulu.


Tidak menjadi? Tidak mengapa, masih belum terlambat untuk berusaha dan mencapainya. Atau sebenarnya, anda sendiri tidak sungguh-sungguh bermimpi!



Comments

ieka said…
err..adakah sekarang saya harus bertukar kerjaya mengorek terowong? hehe
ASaL said…
untuk mendapat pahala mudah, berterusan beratus tahun, huhu, mungkin saya pun harus bertukar kerja :p
Real story beb!

Saya nak ulang soalan best tu:
"Encik Honda dapat pahala?"

Apa, orang Islam sahajakah layak dapat pahala??
salam..
saya pelajar QS dr UTM..
sy sedang siapkn 1 kajian tentang "pembinaan terowong & implikasi kos"..

sy bercadang utk jadikan projek saliran air mentah pahang-selangor sbgai kajian kes sy..

encik terlibat dlm pembinaan terowong tu ke? sy harap encik dpt hubungi sy asap.. tq =)
ASaL said…
Saya x terlibat dgn projek terowong ni. Boleh contact Kementerian Hijau (KETHHA) utk kajian saudara. Moga dpt mmbantu.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah