kurang yang lebih

Masa sekolah dulu, cikgu ada mengajar tentang kecacatan pada manusia. Cacat dikelaskan pada golongan yang mempunyai kekurangan berbandingan apa yang ada pada kebanyakkan orang. Bermaksud, individu yang tidak sempurna. Baik dari segi anggota, mahupun keupayaan indera.

Seingat saya, cikgu juga mengajar tentang buta warna. Golongan yang tidak dapat membezakan warna merah dan hijau (betulkan kalau saya salah). Waktu itu, kami diuji dengan pelbagai kad dan kami diminta membaca nombor yang tertera dalam kad tersebut. Sekiranya tidak dapat membaca, dia berkemungkinan buta warna.

Saya tidak pernah berfikir sangat mengenai hal ini kerana beranggapan ia tidak signifikan. Kerana tidak ada saudara terdekat yang mempunyai kekurangan ini. Lebih-lebih lagi mereka nampak normal kekurangan mereka tidak nyata, selagi mereka tidak bercerita.

Tadi saya mendapat khabar orang yang sangat saya hormati sebenarnya buta warna. Telah belas tahun saya kenal beliau, tetapi saya tidak pernah tahu tentang hal ini. Menjadikan saya rasa begitu teruk kerana tidak tahu.

Kata beliau, "saya yang dalam keadaan buta warna, cacat seperti ini pun boleh menjadi profesor, apatah lagi kamu yang sempurna."

Saya terkesima. Lama. Kerana saya tidak tahu mengenainya, juga kerana menginsafi kenormalan yang ada pada diri saya, tetapi tetap juga tidak menjadi lebih baik.

Sepanjang perjalanan pulang, saya berfikir, bagi orang yang buta warna, bagaimanakah keadaan dunia yang dilihat mereka? Dan bila mereka melihat, warna apa yang muncul dalam visual mereka?

Aneh. Dunia memang aneh. Bagi satu kekurangan, Allah tetap memberi lebih pada yang lain. Dan di situlah letaknya, keadilan Tuhan.

Saya normal, tapi tidak sempurna. Adakah itu boleh menjadikan saya percaya, bahawa Allah juga memberikan kelebihan lain pada diri saya?

Comments

Cikli said…
siapa yang buta warna sebenarnya?
ASaL said…
Guru saya di universiti.
Salam awak,
Congrats! Awak salah seorang top 10 kontes 99 Hari Kisah Klasik Kita. :)
http://kisahklasikita.blogspot.com/2011/06/keputusan-peraduan-cerpen-kisah-klasik.html

Esok hadiah akan diberikan kepada pemenang di The Annexe Gallery, 5:30pm. Awak dapat hadirkan diri tak? :)
Sila tinggalkan contact num awak di veeviolet78@yahoo.com ye. :)
ieka said…
As,
saya dulu selalu terfikir dan terimaginasi org2 yg buta warna ini nampak warna2 dlm hitam putih sahaja (kah?) sehingga la mata ku semakin hari semakin rabun dan tidak boleh membezakan sebahagian warna dari jarak jauh.. contohnya warna putih atau kelabu yang terkena pancaran matahari dan kuning.. jadi saya sudah faham..mereka nampak warna, cuma warna itu bukan betul2 warna yg kebanyakan org nampak hehe
ASaL said…
dunia mereka dunia monochrome. sebab ada length warna yang tak dapat dikenal pasti contoh merah dan hijau.Atau biru dan kuning.Dan ada je yang nampak hitam dan putih.

Bezanya kita (samalah sudah rabun tahap kronik ni), kita ada memori tentang warna-warna ini. Jadi kalau pun kita tak nampak sebab silau, kita masih tahu apa visualnya warna merah, dan hijau. Secara memori kita boleh lihat warna-warna ni dalam kotak fikiran.
Tetapi bagi mereka, mereka tidak dapat imagine, apakah warna merah itu.

Jadi pantun, 'yang merah itu saga', hanya boleh digunapakai bagi mereka yang mempunyai visual warna yang normal.

tetapi, bukankah lebih elok kita berkeupayaan tidak dapat membeza warna, jadi diskriminasi apartheid itu tidak akan terjadi.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK