Bawaku kembali
Tuhan
Aku tidak mahu Kau menghidupkanku
Dalam nafas yang lain
Hanya kerana cuma hari ini
Berupaya mengenal diri
Dan itu membawaku
MengenalMu
Tuhan
Aku tahu dosa menggunung
telah kuhimpunkan dalam nafas
Sedang dengan udaraMu
Ku pinjam untuk hidup
Tapi tidak pernah sesungguhnya
Aku mengucapkan
Terima kasih!
Tuhan Demi
Diri yang berdosa
Aku melutut menadah tangan padaMu berharap
Dengan sejarah yang ku hampar tanpa malu
Tetapi belum pun meminta
Kau telah jadikanku
sesuci bayi!
Tuhan
Umur yang kubazirkan ini
Dengan cela berselaput noda
Telah Kau sorot cahaya
Menjadikan dunia penuh warna
Tuhan
Ramadhan ini
Engkaukah sendiri
Yang menjemputku
kembali?
Comments