(Ramadhan Tanpa TV) CikDa: Tarawih dan TV
Mari saya ceritakan kepada anda kisah seorang perempuan yang malas bertarawih. Perempuan ini buta IT, atau dalam bahasa yang lebih lembut mengikut piawaian semasa - kurang keupayaan IT. Dengan Nokia 3310 dia mengutus mesej kepada saya supaya menulis kisahnya. Katanya, saya pandai menulis, dan ini memento istimewa kepada ibunya. Pandai sekali dia menekan punat tepat pada titik kelemahan saya. Lalu, disinilah saya, dengan wajah kemerahan bangga tak terkira, menulis kisah perempuan yang malas bertarawih ini. Semuanya bermula sewaktu perempuan ini berumur 8 atau 9 tahun. ( heh, umpat saya dalam hati. Manusia mesti akan menyalahkan masa lepas ). Bulan puasa adalah bulan yang paling tidak disukai. Siang hari lapar, malam, letih terpaksa ke masjid mengikut ibu dan ayah menunaikan solat isya’ berjemaah, solat tarawih 20 rakaat, solat witir 3 rakaat. Paling tidak menyeronokkan, tiada peluang menonton TV langsung! Sebelum Ramadan, ada juga peluang menonton Doraemon selepas maghrib pukul ...