Posts

Showing posts from July, 2013

Rantai Kehidupan

Seminggu dua lepas, banyak benda yang dapat. Realiti masyarakat yang sangat perit untuk ditelan. Saya kongsikan senario. Kami berjumpa Pakcik Amran hari Jumaat, warga emas umur lebih 60 tahun yang sudah beberapa tahun jadi gelandangan kota. Homeless. Yang nasib hari ini mereka tidak tahu samada punya makanan atau tidak. Yang tidak tahu malam nanti kalau hujan dapat tempat berteduh yang selesa atau biarkan sahaja diri tidur dalam hujan. Kami bersembang panjang, tetapi cukuplah saya simpulkan, masalah Pakcik Amran adalah masalah keluarga dari ibu bapa yang saling bertengkar. Kemudian Sabtu lalu, kami ke sekolah tahfiz. Melihat keputusan peperiksaan mereka, mata saya bulat hampir tidak percaya. Semuanya banyak merah, biru dan hitamnya hanya sedikit. Dan paling mengejutkan ada yang mendapat markah Bahasa Melayu 0, kosong. Hari Ahad, kami ke rumah anak yatim dan miskin. Ada adik-adik yang menulis namanya terbalik. Ada yang masih tergagap-gagap tidak boleh membaca. Ada yang bole...

Insaf

Usia yang banyak pun belum menjamin kematangan. Saya kira betul. Kawan saya pernah bertanya apa yang difikirkan oleh mereka yang sudah berusia lebih 40an? Yang ditemui kawan saya, umur sudah banyak tapi tindakan masih anak-anak. Tanya saya? Saya tidak tahu, betul saya tidak tahu.  Mak juga pernah berpesan yang sama. Usia tidak menjamin, tetapi pengalaman. Kerana itu kita tidak perlu terpinga-pinga mengkagumi Imam Syafei dalam usia muda sudah menjadi guru, malah dalam hidupnya menjadi pendiri mazhab. Imam Syafei yang telah dihantar menggembara menuntut ilmu seusia 12 tahun! Pengalaman apa yang tidak dilaluinya? Saya mendapat satu kesedaran hari ini, antara lain yang mendorong orang menjadi matang adalah kefahaman. Nampak satu ayat yang mudah, tetapi ya, bukan semudah itu.  Saya insaf, saya tidak belajar banyak dulu. Bahawa hidup ini cuma akan nampak keindahan dan warnanya, bila kita mahu kembali menjadi manusia. Dulu saya fikir, tidak salah kita berperanan di m...

Dia

Masih di konvensyen Aku Cinta Allah dan Rasul. Untuk saya, ia adalah aktiviti yang perlu untuk membasahi kembali hati, mengingat perkara yang terlupa, menjumpai rakan-rakan yang selalu berpesan kepada kebaikkan, menghargai hidup dan kehidupan. Tidak disangsikan lagi, pengisiannya akan kembali menghantar saya di hadapan kubah hijau. Mengingati kembali kata-kata rindu yang terluah dan air mata yang membajiri pipi hingga menitik ke lantai Masjid Nubuwwah. Dalam satu pengisian, apabila senandung qasidahnya panjang-panjang dan bersambung, rakan saya mula bertanya tentang banyak perkara. Mengenai polemik antara golongan salafi dan sufi, amalan bernasyid sambil berekspresi menepuk tangan dan melambai-lambai itu selalu yang asing di mata, ada penolakkan dalam jiwa. Saya faham soalan rakan apa maksudnya. Kemudian rakan membandingkan pondok di Kelantan dan Kedah yang berbeza dari segi amalan ini. Di Kelantan, berqasidah, bernasyid begitu hampir tidak dikenal di pondok, berbanding pondok...

Hina

Semalam, kami berkampung di UIA untuk progam Kami Cinta Allah dan Rasul. Saya tidak pernah membayangkan bahawa kita ini memang benar-benar berasal dari sesuatu yang hina. Ketika Ustaz Kamalul Hysham membuat satu perumpamaan di mana kita berasal, beliau menyebut dari air mani. "Jika ada setompok air mani di atas pentas ini, saya mengumumkan, siapa yang punya air mani ni, nescaya tidak ada siapa yang akan mengaku. Punya hina dan jijik kejadiannya, hingga tiada siapa pun yang mahu." Saya di hujung dewan terkaku. Itu kenyataan paling tepat menggambarkan tentang kehinaan. Bahawa kejadian saya dari sesuatu secara materialnya hina, tetapi begitu Maha Besar Allah, Dia yang mengangkat kemuliaan makhluk apabila sempurna menjadi manusia. Dengan ego mana kita mahu menongkat dada? Allah, aku hina.