Memahami Perubahan - 2
Yang Kita Takut
Satu petang, saya dapat berbincang panjang dengan rakan. Dia cerita dia sedang melakukan perubahan. Dengan masa lampau yang terlampau. Dia berdikit-dikit dengan membaca Al Quran setiap hari, sembahyang di surau dan menyatakan hasrat mahu menunaikan umrah. Kata dia, "Tapi aku takut pergi umrah sebab ramai orang cerita kita akan dapat balasan cash di sana atas semua kesalahan-kesalahan."
Berubah pun ada ketakutan yang tersendiri.
Kita memang ada rasa ragu-ragu meski jalan yang hendak kita itu paling baik, malah dituntut sebagai seorang manusia.
Ada seribu juta sebab berubah itu sendiri perkara yang menakutkan. Satu cerita menyentuh, juga serba sedikit menyentuh mengapa ada kalanya memang kita takut untuk berubah, boleh dibaca di sini.
Kenapa-ya-perlu-takut?
Kenapa-ya-perlu-takut?
Salah satu sebabnya, kita takut orang akan melihat kita menjadi orang lain.
Kerana itu perubahan Afdlin Syauki lebih saya senangi. Berubah menjadi baik bukan bermaksud kita akan tunduk kepada dress code tertentu untuk melambangkan perubahan sedang berlaku. Selagi tidak keluar dari landasan garis hukum agama yang kita yakini, berubah dari dalam lebih bernilai ganda.
Berubah yang lebih saya senangi bila ia turut memberi impak kepada keluarga dan masyarakat sekeliling. Menjadi baik sebagai seorang individu adalah sesuatu, tetapi menjadi individu yang ingin membawa masyarakat berfikir untuk kembali merenung dengan nilai kehidupan yang kita ada sekarang ini, lebih tinggi impaknya.
Kita Tidak Akan Menjadi Orang Lain
Yang benarnya, kita tidak menjadi orang lain. Tetapi kita menjadi seseorang yang kita mahu jadi. Seperti Prof Kamil, Afdlin dan ramai melalui jalan ini, memilih untuk jadi apa yang kita mahu jadi.
Bila kita berani lakukan itu, ucapkanlah "Tahniah! Tahniah kerana berani untuk menjadi apa yang kau mahu, dan berani untuk merdeka."
Hakikat
Berubah adalah normal. Dunia setiap hari berubah, galaksi sekelilingnya. Tidak ada satu benda yang statik. Seperti air yang mengalir di sungai, setiap hari air itu bukan air yang sama. Bila mana kita tidak melihat sekeliling dan menolak untuk berubah, pada waktu itu dunia tidak lagi sesuai menjadi kediaman kita. Susah hati, resah hati, jiwa kacau, kadang-kadang bertitik tolak kepada perkara ini. Keengganan untuk menyesuaikan diri, tetap berharap dunia yang berubah untuk kita. Satu tindakan yang sangat pentingkan diri sendiri sebenarnya tidak normal.
Sebab setiap hari dunia berubah. Badan kita juga berubah dengan sel-sel baru yang diperbaharui. Kerana itu kita membesar, dan harapnya seiring waktu kita juga jadi dewasa.
Sebab setiap hari dunia berubah. Badan kita juga berubah dengan sel-sel baru yang diperbaharui. Kerana itu kita membesar, dan harapnya seiring waktu kita juga jadi dewasa.
Begitu yang berlaku kepada alam, yang berubah mengikut kesesuaian cuaca dan kitaran yang telah ditentukan untuknya. Banjir, tsunami, angin kencang, ribut taufan, tanah runtuh, dan meski di tasik yang tenang, setiap detik tetap ada perkara berubah yang tidak dapat ditangkap oleh mata kasar.
Role Model
Satu masa kita mungkin akan bertanya, untuk apa berubah dan ada ke contoh sempurna untuk berubah? Boleh tak kita berubah, tetapi tetap di pandang cool oleh orang lain?
Untuk satu waktu, yang lebih baik hasrat untuk berubah ini dimulai dengan satu objektif, untuk jadi cool di mata Tuhan lebih dulu dari lain-lain.
Tetapi seperti kau, aku juga manusia. Soalan manusiawi sentiasa berkitar untuk mendapat impression dari manusia lain juga. Sehinggalah mencapai tahap ikhlas. Hanya pada waktu itu yang lain-lain tidak menjadi penting.

Role model perlu, kerana itu setiap kali artis bertukar cara hidup akan ada liputan mengenainya. Dan bila mana ada manusia yang tidak kisah menceritakan zaman jahil seperti Prof Kamil, ramai orang jadi teruja dan mahu membaca. Bila membaca kisah-kisah waktu jahil itu, kita lebih teruja. Kerana bagi kebanyakkan kita, bukan kisah Prof Kamil yang dibaca, tetapi kisah sendiri yang malu diceritakan kepada orang lain. Wajah dan diri kita, ada di sebalik cerita-cerita itu.
Hakikatnya, ramai kita lebih suka dengar cerita malang, sedih, jahil kita berbanding kisah-kisah penuh pengajaran dan nasihat. Tak percaya, cuba test dengan rakan-rakan.
Hakikatnya, ramai kita lebih suka dengar cerita malang, sedih, jahil kita berbanding kisah-kisah penuh pengajaran dan nasihat. Tak percaya, cuba test dengan rakan-rakan.
Comments