Cemburu

Rupanya dari dulu saya sangat cemburu
pada Saiyidatina Fathimah
penghulu terulung
wanita pemuka alam semesta
sejak awal hingga Yaumul Hisab
saya masih lagi cemburu
lebih-lebih lagi sekarang
namun jauh disudut hati
saya malah
terlalu menyanjungi
keberuntungan itu selalu meliputi
dan rasa diberkahi
kerana diizin Tuhan
mengenali Ummu Abiha
dan moga
rasa cemburu ini
menjadikan kami
lebih akrab!

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK