lelaki yang ku kenal sudah hilang sifat pembelaan
juga memakai pakaian lelaki bernama tanggungjawab
menjadi hero menunggak agama membawa dunia mengenal Tuhan
mereka lebih senang memperguna wanita untuk kesenangan
dan orang bawahan kerana kuasa
sedang kuasa itu hanya akan jadi wajar diikuti
pada mereka yang menyanjung tinggi amanah dan ikhlas berkhidmat
lelaki yang ku kenal libidonya memuncak-muncak
tapi daya intelektual jelas telah mati pucuk
paling lantang mengagung diri
galak menggaris sempadan pemisah
sedang dirinya yang sebenar
niente, hanyalah sebuah tin kosong
apa lagi yang tinggal pada kelelakian yang Allah anugerahkan
jika akhirnya mereka sendiri
tidak mahu jadi lelaki
sungguh hari ini aku jadi sangat rindu pada Rasul
moga akan kembali wasilahnya
membela semua
dan lelaki akan kembali menjadi lelaki
seperti yang sepatutnya
tapi jika mereka tetap tidak mahu
tidak mengapa
aku sendiri rela menyarung baju besi
mengangkat pedang waja
dan bersama Nabi
berlari menuju Tuhan

Comments