Kawan, mahukah kau doakan
pada hanya sedikit semangat yang tersisa
dalam perjalanan yang seakan jauh tidak bertepi
dan malam yang semakin sunyi

Kawan, mahukah kau doakan
agar diberi kekentalan jiwa
dan kecintaan pada syahid
walau dalam apa jua jalannya

Kawan, andai apa yang menyapa
Mahukah engkau memaafkan
dan mengiringiku dalam
doa kudusmu pada Pencipta?

Kawan, berapa lamakah lagi
waktu kita yang tinggal?

Comments

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?