Komputer baru, nak beli?

Ini komputer baru. Baru keluar dari pasaran. Sangat baru! Katanya boleh mengalahkan prestasi semua komputer keluaran terkini dan komputer-komputer yang pernah diguna pakai sebelum ini. Malah, ramalannya, mungkin dapat melebihi kemampuan komputer yang dibangun NASA atau komputer yang diguna oleh pakar-pakar grafik untuk menghasilkan filem 3D seperti Transformer, Shrek The Third dan Ratatouille.
Komputer baru ini ada sebuah 18 pemproses yang berlainan kapastiti dan kelajuan pemproses. Tapi yang hairannya komputer ini mempunyai hierarki dalam memproses. Nampak canggih bukan? Unit pemproses pertama dipanggil Unit Input Sentral (UIS) atau Bahasa Inggerisnya Central Input Unit (CIU). Tugas UIS ini adalah untuk menerima input sahaja. Diulang semula, input sahaja. Selain dari input, dia tidak dapat menyahkod dan mentafsir arahan. Apatah lagi diminta untuk menganalisa dan mensintesis segala bentuk dan corak pemikiran yang diperlukan. Paling pantang di dalam unit ini adalah memberi arahan (command) untuk menjana idea atau ilham baru. Lebih-lebih lagi jika idea baru itu berbentuk penggelungan (looping) berulang-ulang, yang memastikan penambahbaikkan secara berterusan. Jika itu dimasukkan, tidak sampai beberapa saat, kita akan dapat melihat asap berkepul-kepul keluar dari kapasitor, transistor, diod dan segala unit-unit seni dalam wafer elemen elektronik di unit ini. Jadi untuk mengatasi kesulitan paling utama ini, UIS akan memindahkan segala arahan yang tidak mampu dinyahkod ke hierarki ketiga tetapi bukan di hierarki kedua. Juga di ulang semula, segala bentuk arahan yang memerlukan pemikiran di tingkatan paling tinggi akan dipindahkan segalanya ke hierarki ketiga.

Oh ya! Ada apa di hierarki kedua. Di hierarki kedua terdapat dua lagi unit pemproses. Iaitu Unit Kipas Sentral (UKS) dan Unit Angguk Sentral (UAS). UAS menempati carta paling dekat pada UIS, sangat akrab. UAS adalah unit yang paling tidak boleh disentuh oleh unit-unit lain. Jika disentuh juga, padahnya, segala wayar kuprum UIS akan bergetar hebat. Jika semakin diusik tiga lapis bahan (bahan penebat (insulating material), logam bersirat (braided metal) dan plastik salutan luar (plastic outer coating) yang menyaluti wayar kuprum itu juga akan bergetar hebat dan akhirnya mencair dan merosakkan keseluruhan elemen pemproses komputer baru ini. Bahaya, memang sangat bahaya.

Apa pula tugas UKS? Seperti terminologi namanya, seperti itulah juga tugasnya. Bila mana UIS dan UAS kepanasan, disitulah UKS akan mengambil tempat paling aktif. Kipasnya akan berfungsi seperti kipas enjin jet pejuang STEALTH Amerika Syarikat yang berfungsi di bawah radar. Betul-betul tidak boleh dikesan oleh mana-mana radar. Sangat senyap tetapi betul-betul menggemparkan cara UKS berfungsi. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak bertaburan. Untungnya unit UKS ialah, kerana kemampuannya dan kebolehannya mengipas, menyebabkan dia mendapat peluang yang bergitu banyak untuk menimba pengalaman di merata tempat, meski kredibilitinya banyak dipersoalkan orang. Begitu juga dengan sumbangan yang dapat diberikan kepada komputer baru ini juga sering ditagih hasilnya. Tapi biar mana pun ditempatkan UKS ini, dia selalu bernasib baik. Tentunya disebabkan sifatnya yang begitu senyap, menyebabkan orang tidak begitu mengambil peduli.

Jadinya, tinggal 15 lagi unit memproses yang perlu bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk melaksanakan segala arahan yang diberikan, secara drastik mahupun secara berperingkat. Untuk itu 15 pemproses di heirarki ketiga ini perlu dibuat dengan material istimewa. Tidak seperti UIS, UKS dan UAS yang memakai teknologi lama, 15 pemproses di hierarki ketiga menggunakan teknologi kabel optik untuk urusan memindah data secara besar-besaran, cepat, tersusus, sistematik, dengan analisa yang tepat dan padat serta dimestikan mempunyai keputusan termasuk cadangan penambah baikkan. Tidak seperti teknologi lama wayar kuprum yang diguna pakai oleh UIS, UKS dan UAS, untuk setiap jaket salutan luar kabel 15 unit pemproses mempunyai banyak kabel gentian optik. Setiap gentian optik, mempunyai pembalut kaca yang menyaluti teras gentian optik. Paling luar ialah pembalut perlindungan dibuat untuk melindungi setiap unit berfungsi di dalam kabel teknologi baru ini. Alasannya cuma satu, disebabkan UIS sering kepanasan dan berasap-asap, juga UIS akan cepat sahaja memindahkan arahan-arahan baru samada diterima secara drastik ataupun berperingkat, maka setiap unit berfungsi yang menggunakan teknologi baru ini dilengkapi dengan perlindungan ekstra untuk menghalang daripada menghadapi sistem kepanasan yang melampau. Hanya dengan itu komputer baru ini dapat berfungsi secara efektif. Namun demikian, disebabkan beban yang diterima secara melampau, sehingga ke hari ini, dari 15 unit pemproses di hierarki ketiga cuma 20% sahaja yang dapat berfungsi dengan kapasiti maksima. Yang lain-lainnya? Nampak gaya mungkin perlu di servis semula atau boleh sahaja beri imbuhan-imbuhan yang lebih menarik! Siapa tahu, satu hari nanti, setiap unit dalam komputer baru ini boleh mencipta sesuatu sehingga mendapat anugerah peringkat antarabangsa. Ya betul, siapa tahu, satu hari nanti (satu hari nanti)....




Comments

Anonymous said…
Wah..kagum betul dengan komputer baru ni.18 processor lagi..Tapi kalo kata nak suruh beli tu..mungkin tidak...memandangkan UIS,UKS dan UAS nyer macam nampak hebat sajer fungsinya,gah bila dengar tapi tak leh operate sebagus 15 processor yg lain tak guna jugak.saya ulangi nampak macam HEBAT...tak bernilai sebenarnya..kerana org akan pandang fungsi bagi komponen utama yg 3 tu dulu..kesian 15 processor yg lain..org akan anggap mereka pun lemah seperti kuasa yang tiga tu..walaupun mereka sngat effective.apa la nasib..harap ada lah pencipta yang akan melenyapkan 3 komponen utama komputer ini jauh2 dan digantikan dengan 3 komponen yg canggih.supaya nasib 15 processor yang tinggal itu terbela dan nampak mereka lebih berfungsi n effective sebenarnya...
ieka said…
retorik.. hehhe penuh tersirat. kehidupan. macam tu lah kan?:P mungkin dulunya 3 main components tu pernah jadi yg terbaik, tapi masa berubah. harap2 kalau satu hari antara 15 components itu jadi main component jgn lupa belajar2 utk dgr input dr component bawah dan dalaman juga kan?;)

-sekadar bersangka baik. juga mesej utk diri sendiri...
ASaL said…
cereka saja Eika, cereka :)

tapi boleh saja bersetuju dengan Eika.

well...life like this

:)

(p/s: best juga belajar komponen komputer dari teman yang expert komputer dan multimedia)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah