Resolusi?
Hari ini, saya berfikir...sampai bila? Sampai bila kita memilih untuk tidak menjadi signifikan, jika signifikan sekalipun berpuas hatikah dengan lapang yang dipilih? Saya mahu jadi orang besar, jiwa besar, memikir hal-hal besar, tapi mampukah? Dan bagaimanakah caranya?
Comments
sudah terlalu lama agaknya, maaf kerana masa menggugat upaya saya untuk memberi jawapan (alasannya:exam , kongres dan lain2, hehe)
tetapi lebih lama lebih baik bukan? lebih lama saya memeramnya, lagipula soalan tersebut agak tinggi tahapnya, bukan lagi kbkk ya..di sini saya lontarkan beberapa telaah pemikiran dan penelitian saya seusai mengkiti kongres yang lepas..
beginilah saudara;
kesatuan budaya dan sudut pandang Melayu itu bertindih antara satu sama lain dengan jaluran masa yang relatif dengan perubahan semasa.
dari zaman pra sejarah, zaman hindu-buddha, zaman Islam dan zaman westoksikasi.
keempat zaman ini saling bertindih dan bertindan, dan sepatutnya sebelum ia tercemar keracunan westoksikasi, ia sepatutnya dibalut dengan lapisan Islam yang membawa keperubadian yang paling jelas mengenai erti kata dan makna Melayu tersebut.
Evolusi sudut pandang Melayu telah melalui proses yang panjang, berkait dengan nilai sosial, emosi dan logik merentas sempadan geografi yang telah dipaksakan ke atas rumpun sekitarnya.
Namun yang demikian, sebagaimana yang saudara katakan, kesepakatan itu sendiri telah dikhianati oleh bangsa Melayu itu sendiri sebagaimana kita dipaksakan menelan dan mencandui ke-seuperior-an barat dan mengiktiraf idealisme negara bangsa dengan mengiktiraf sempadan geografi sebagai ukuran kesesuaian.
Pengkhianatan kesepakatan ini terjadi ratusan tahun yang lalu, apabila pemusatan kebudayaan yang berbeza mengikut sempadan geografi menyebabkan pencairan kebudayaan.
Nah, kesepakatan apakah lagi yang kita cari, kerana nenek moyang kita dahulu sudah memilih untuk mengkhianatinya.
Dengan menyalahkan takdir, maka kita akan berlepas diri.
Tetapi saudara bukan yang jenis begitu kan?
Jadi, kita semua harus berbuat apa lagi?
ya dengan hanya menyalahkan takdir, lantas kita perlu buat apa?
Kita tak punya Mao Zedong yg bersifat despotik yg memaksa untuk menjayakan kebudayaan nasional di China misal kata (dalam konteks kita penerimaan nilai-nilai Melayu yg disepakati).
Ya, dan kita dikhianati dan legasi yang ditinggalkan memaksa kita menerima sebahagian kebudayaan Melayu itu mempunyai elemen yang mudah dipengaruhi, suka ikut-mengikut dsb. Yang dominan adalah ciri Melayu serba negatif, dan inilah kebenaran yang kita sering nafikan yang dilihat dari kacamata bukan berbangsa Melayu.
Ya, masih lagi kita dikhianati, dalam sekian banyak resolusi tentang Melayu, tentang kekurangan, tentang kelemahan, kita masih lagi tidak bertemu jalan keluar.
Masalahnya,
kita sendiri tidak mencari jalan untuk menonjolkan superior sebagai bangsa Melayu. Bahawa bangsa Melayu pernah diiktiraf sebgai bangsa paling kreatif, bangsa melayu bangsa pedagang, bangsa melayu sebagai pengurus bersifat antarabangsa, dll.
dan untuk menonjolkan superioriti di zaman ini, jika anda dan saya, yang mahu mengubah apa yang ada, kita perlu bekerja 2 kali ganda, mungkin 3 atau 4 kali lebih gigih, meski kita mungkin sahaja berpendapat, bahawa yakin diri untuk berubah sahaja tidak cukup, gelombang perubahan sahaja tidak cukup, dan akhirnya kemungkinan rebah ketika merempuh terhidang di depan sana!