Patriotik - Selamat Mengundi!

Saya patriotik, InsyaAllah saya akan mengundi. Hanya gempa bumi yang menyebabkan jalan raya depan rumah roboh sahaja akan menghalang kaki saya ke sekolah yang ditetapkan untuk saya membuang undi.
Pilihanraya ini saya membayangkan jari akan dicat, sebagai bukti saya mengundi. Jadi saya boleh menayang pada rakan-rakan saya yang tak daftar undi, daftar tapi tak undi, undi tapi buat undi rosak, dan yang sealiran dengannya. Tapi nampaknya, tidak juga. Tidak dapatlah saya menayang.

Saya patriotik, jadi saya akan laksanakan tanggungjawab saya pada negara. Pada anak watan yang meletakkan kepercayaan di bahu saya untuk pimpinan 4 tahun lagi. Untuk Negara Malaysia yang bebas, aman, makmur dan sejahtera. Supaya rakyat Malaysia matang dan menjadi masyarakat sosial yang sempurna sudut spritual, fizikal, rohaniah dan intelektual.
Selamat Mengundi Malaysia!

Comments

Kebenaran akan terselah akhirnya nanti.

Takbir!
umaq_eiman said…
patriotikitu hubbul watan..
Anonymous said…
Saya menyesal tidak mendaftar. Kerana pada mula nya membayangkan kesukaran mengundi di luar negara. Tetapi takdir itu sungguh indah, bakal menyaksikan pilihanraya paling kotor abad ini.

Saya menyesal tidak mendaftar. Sekurang-kurangnya undi saya mampu memberikan saingan sengit di daerah paling dicintai ini. Walaupun hanya satu. Kerana kawasan saya sungguh panas sekali. Kawasan Yang penuh meriah dengan kempen dan psoters. Kerana ramai melayu yang disogokkan wang entah kenapa.

Saya menyesal tidak mendaftar. Berkobar-kobar mahu menegakkan hak bangsa sendiri, tetapi hak paling agung tidak dinikmati.

Saya menyesal tidak mendaftar. Kerana ayah saya menyesal tidak mendaftarkan anak-anaknya.

Saya menyesal tidak mendaftar. Kerana sekurang-kurangnya, saya sudah ada jawapan bila berhadapan dengan Al-Khalid!

Saya menyesal tidak mendaftar. Kerana iya, duit yang dilaburkan pada saya, dalam membentuk saya menjadi salah seorang yang bertamadun, agak sia2 kerana saya sudah celik mata, tetapi tidak mahu menggunakannya!

Sahabat mu yang mencintaimu
Anonymous said…
Mahukah Kebenaran itu datang?

Datang dengan malu-malu seperti perempuan Melayu yang masih tebal dengan sifat-sifat jatinya?

Atau datang lemah longlai seperti Ibu Bapa Sharlinie yang masih sekarang tidak putus-putus berdoa menemui waima sebarang bukti?

Atau datang seperti ribut petir seperti yang dikendalikan oleh Malaikat Mikhail?

Atau - iya - kebenaran tidak akan mungkin datang sama sekali. Tenggelam dibenam oleh kuasa-kuasa keji.

Sungguh pessimistik sekali saya kali ini!
ASaL said…
bangsa merdeka, bangsa yang tidak terbelenggu
yang berani memilih untuk kebenaran
meski terpaksa berkorban segala

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah