Kawan
Saya kawan, setia pada janji, pada ideal yang dikongsi. Saya kawan yang menyayangi untuk hati putih, untuk membersih. Saya kawan semua pejuang, menghayun pedang. Saya kawan ikhlas, untuk usaha tidak pernah culas. Saya kawan cinta, membara, untuk Cinta. Saya kawan tangis, untuk peristiwa tragis. Saya benar kawan, bagi kawan, yang gembira menghirup kopi bersama. Sekali kawan, tetap kawan. Dalam aturan kosmos, tidak mungkin akan dapat dipadam, meski untuk seribu billion tahun lagi.
Mahukah, berkawan dengan saya?
Mahukah, berkawan dengan saya?
Comments
sarah pun lama juga tak singgah blog kak as, tahniah pasal cerpen akak yang menang hadiah dbp tu
(sori terlambat ucap). tukar templat sebab yang lama tu ada masalah sikit, hehee... erm... cerpen 'langit permulaan' tu boleh baca di mana?
mahukah awak pula berkawan dengan saya?:P
As
Selamat berpilihanraya dan mengundi.. :)
Masih mahu kah kau, sahabatku, sudi memanggilku sebagai sahabat mu?
Ataukah entri ini untuk 'kawan' sahaja?
Aku sangat2 mengerti - riuh hati mu.
Moga dia jua mengerti - aliran air syurga dihatimu.
Mungkin kah masih ada waktu untuk kita berbicara semasa meminum kopi enak dan roti boy?
Kerana mahu sekali bertemu mu dan berbicara bahasa kalbu ku yang masih kalut dalam berhaapan dengan segala seteru.
Mahu sekali meminjam kekuatan mu untuk meneruskan hidup yang bagi ku, sungguh tidak bererti sekali.
Mahu sekali mendengar kata-kata mutiaramu, yang sentiasa menyeru menyedarkan semangat ku, untuk terus maju .
cerpen itu entah DBP akan terbitkan atau tidak, jadinya, seperti biasa hak utk menerbitkan di massa, adalah milik penganjur...biasa la tu kan
ieka
slamat undi, PRU12 mmg pilihanraya yg best.
anonymous1
ok je, kita kawan, jom kawan :)
anonymous2
...dan semangatku selalu dibumbui dengan cerita cinta, kerana kepercayaan sahabat pada diri membuatku membara, dan pada Al Khaliq yg memberiku segala yang ada dalam diri, tersembunyi tapi ada. Membuatku jadi segagah mentari. InsyaAllah.
...Dan teman, jadilah Rafiqul A'la temanmu yang paling akrab yg mendiami diri dan sekali tidak akan pergi.