Batu Putih di tangan orang lain

Hujan lebat tadi. Sangat. Hingga kami adik-beradik terpaksa berhempas pulas memikirkan untuk menyelamatkan harta benda dari dirosakkan terus hujan yang menggila. Benar. Rumah kami atapnya telah bocor. Meski berkali-kali orang datang membaiki. Betul kami telah memanggil kontraktor yang berpengalaman yang tahu membaiki atap yang bocor. Agaknya kami tidak bersungguh mempertahan. Kerana itu atap rumah bocor lagi.
Dalam hujan lebat, dalam menyelamatkan Quran gemulah ayah, Batu Putih di tangan orang lain.

Comments

zawanbaba said…
andainya batu itu mampu bercakap; atau sekurang-kurangnya memberi isyarat yg difahami insan, sudah semestinya dia akan merajuk -156 tahun tak dipeduli! barangkalidia sudah selesa kini, apa boleh buat -salah pemerintah kita sendiri!
ASaL said…
lagu sesal apa yang mahu kita nyanyikan
puisi sedih mana yang hendak dideklamasi
rusuh apa yang hendak didemonstrasi

tangan kita, tangan kita sendiri, yang membenarkan segalanya terjadi...

Batu Putih telah jadi Pedra Branca

...di usia 156 tahun, adakah dia rela ditukar nama dan jati diri?
Anonymous said…
Sekadar satu rentetan sama ada secara suka atau terpaksa bermula dari Patani, Singapura dan kini Pulau Batu Putih. Secara sukarela dan tidak langsung, sudah banyak hartanah tergadai kepada taukeh atau pemilik Singapura terutamanya di Johor. Kini, WPI bersusun untuk mengikut jejak langkah yang sama. Tapi WPI mengatasnamakan pembangunan, pemodenan dan kemajuan.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK