Mencuri Masa Sebentar - Zawan Baba

Dia, sosok hampir tidak disedari kehadirannya dalam ruang 3 matra empat persegi di Hotel Radius Ampang (sewaktu bengkel penulisan Penulis Muda DBP).
Tapi saya yakin pasti dia lapis lazuli yang tersimpan jauh dalam mantel bumi sebelum di keluarkan oleh letus gunung berapi.
Saya mungkin hampir tidak mengenalinya terus, jika bukan kerana adik yang selalu mempromosi dia sebaik mungkin. Dan saya bertemu dia dalam beberapa kesempatan dalam lif dan di lobi hotel selepas selesai program.
Zawan Baba, tidak adil untuk saya setakat memperkenalkan dia di sini dalam ruang masa yang kecil. Bacalah buah tangan di Mingguan Malaysia yang telah membuat saya tercengang dalam ruang dimensi yang tidak bersempadan. Kenali sosok Zawan Baba di sini dan blog di sini.
Saya bersyukur, kerana antara lain, saya telah menilai cerpennya yang dibacakan di Hotel Radius sebagai karya yang mempunyai elemen humor sangat natural (untuk penulis baru, ini sangat mengkagumkan).
Saya sangat ingin untuk review 'Cahaya Dari Batu'. Nampaknya saya perlu ketemu cahaya ruang masa saya dulu (arghhhhhhhhh, bila itu).

Comments

zawanbaba said…
tika ini saya berlari dengan tangan didepangkan sambil mulut membuat bunyi kapal terbang pejuang hornet..hahahaha...terima kasih kak atas silangan dan jungkiran ilmu sastera..

zawanbaba
ASaL said…
cerita mu sangat signifikan untuk menanti keputusannya (Batu Putih) hari ini

barangkali bunyi kapal terbang hornet yang melintas lalu di langit Keramat tempoh hari, adalah dari kamu?

kamu, terus juang jangan lelah!
zawanbaba said…
terima kaseh kak atas 'propulsi' semangat!

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK