Sambut Merdeka
Sambut Merdeka 1 Dialog bersama Rakan1 (R1) dan Saya (S). R1: Kata Abah, dulu untuk menyambut Merdeka sangat meriah. S: Meriah macamana? R1: Belum masuk bulan kemerdekaan lagi, masing-masing sudah siap menyediakan bendera untuk ekspresi betapa gembiranya rakyat Malaysia menyambut merdeka. S: Semua orang ke macam tu? R1: Kata Abah begitulah, semua orang pun begitu. Masing-masing tidak mahu kalah untuk menunjukkan rasa patriotisme pada negara. S: Ada beza ke sekarang ni? R1: Huh! Tak perasan ke, walau dah 2-3 hari nak sampai ke tarikh Merdeka pun, orang buat tak tahu je. Walhal dulu, setiap rumah, masing-masing ada satu bendera yang akan dipasang sepanjang bulan kemerdekaan. Sambut Merdeka 2 Pengalaman bersama Rakan 2 (R2) dan Saya (S). R2 adalah sahabat yang bersuami rakyat bukan dari Malaysia, dari negara Eropah. Tapi untuk kesekian kali, belum bulan Merdeka lagi, dia sudah siap-siap memasang bendera Malaysia di depan biliknya. S: Wah, cepat naik bendera. R2: Hah, aku nak mintak AJK un...