Tuhan: Tiada di Langkawi

Provokatif, memang. Ini kembara mencari apa yang teman karib mencari-cari termanya, 'mencari diri'. Supervisor kembara kami ke Pulau Payar, Mama R, menasihati macam-macam tentang perlunya memelihara keindahan taman laut. Tidak boleh memijak batu karang, tidak boleh mengambil cebisan coral sebagai cenderahati, tidak boleh menangkap ikan dengan tangan atau plastik, jangan memijak landak laut dan sebagainya.
Mama R yang mengajari teman saya menggunakan google, menasihati juga agar dapat membuka tudung kepala kerana ia akan menyukarkan pergerakan dalam air. Menyebabkan air masuk ke dalam google. Macam-macam. Saya yang tidak sabar masuk ke dalam air tidak mendengar, cuma pesan kecil Mama R ringkas, "Bukalah tudung ini, tidak ada sapa-sapa pun kat sini. Tak ada orang tengok".
Hah! Tuhan tiada di Langkawi agaknya.
(...dan kalau saya pijak terumbu karang sekalipun, serupa juga, tiada orang yang akan tengok!)

Comments

sazrul said…
google ker goggle as?
ASaL said…
huh! TQ, ter salah taip la pulok. Goggle la sepatutnye ek...

baru habis Howl's, thumbs up! TQ fren, introducing my with this unpredicted movie (still tak brapa faham until now...)
Nur said…
Iya,


Saya kira, sahabat saya yang masih mencari apa itu "Kuasa Besar" akan akhirnya menemui Tuhan!

Doakan dia.

Dan doakan saya jua.
umaq_eiman said…
tajuk gempak... bagus bagus..
naimadnin said…
ala..takdenye masuk air dalam gogle sebab pakai tudung, pandai pandai la kita adjust, tul tak, hehe

haritu saya pergi snorkelling dgn kawan2 siap lengkap berstokin lagi..abis koyak rabak stokin kena batu karang tapi Alhamdulillah kaki tak luka..cuba kalau tak pakai stokin? maunya hancur kaki hehe
ASaL said…
naimadnin - huhu, mesti kamu dianggap begitu gharib (asing) dgn berstoking, bila dikelilingi manusia yg hanya tahu berpakaian 2 piece dan 1 piece, bandingkan dengan mrk yg pergi berenang seperti mummy (seluar panjang penuh, baju lengan panjang penuh, tudung tutup penuh, stokin lagi, hehehe)
ieka said…
banyak kali dah snorkelling.. dgn berpakaian full attire mcm kat padang..cuma beza padang tu bukan padang rumput tapi padang air.. ok aje setakat ni, takde tenggelam.. akhirnya berjaya terapung dan bolehlah berenang sikit2 sbb snorkelling dgn full attire tu.. hehehe

biasalah As, kitakan selalu akan tampil berbeza ;)

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?