Thursday, July 31, 2008

Sambut Merdeka

Sambut Merdeka 1

Dialog bersama Rakan1 (R1) dan Saya (S).
R1: Kata Abah, dulu untuk menyambut Merdeka sangat meriah.
S: Meriah macamana?
R1: Belum masuk bulan kemerdekaan lagi, masing-masing sudah siap menyediakan bendera untuk ekspresi betapa gembiranya rakyat Malaysia menyambut merdeka.
S: Semua orang ke macam tu?
R1: Kata Abah begitulah, semua orang pun begitu. Masing-masing tidak mahu kalah untuk menunjukkan rasa patriotisme pada negara.
S: Ada beza ke sekarang ni?
R1: Huh! Tak perasan ke, walau dah 2-3 hari nak sampai ke tarikh Merdeka pun, orang buat tak tahu je. Walhal dulu, setiap rumah, masing-masing ada satu bendera yang akan dipasang sepanjang bulan kemerdekaan.

Sambut Merdeka 2

Pengalaman bersama Rakan 2 (R2) dan Saya (S). R2 adalah sahabat yang bersuami rakyat bukan dari Malaysia, dari negara Eropah. Tapi untuk kesekian kali, belum bulan Merdeka lagi, dia sudah siap-siap memasang bendera Malaysia di depan biliknya.
S: Wah, cepat naik bendera.
R2: Hah, aku nak mintak AJK untuk buat perhiasan bendera Merdeka kat bilik perjumpaan kita. Kita beli bendera kecil-kecil untuk digantung sekeliling sebagai perhiasan. Juga sebagai kebanggaan kita untuk sambut Merdeka.
S: Kau tak ada bendera lebih ke, aku pun nak gantung kat depan bilik.
R2: Patriotiknya kau, bendera pun mintak orang sponsor ke?
S: Uiks...

Sambut Merdeka 3

Jalan-jalan bersama Rakan3 dan Saya (S).
R3: Lepas kita photostat ni, kita pergi kedai cenderahati nak?
S: Nak buat apa?
R3: Saya nak beli lencana.
S: Lencana?
R3: Yup, lencana yang ada bendera Malaysia. Nak bagi kat awak satu, nak bagi kat kawan-kawan lain juga.
S: Tak nak beli ke bendera letak kat kereta.
R3: Yang itu, tengok lah dulu.
Sampai di kedai cenderahati.
S: Uiks, tak jual lagi...macamana nak beli?
R3: Nampak sangat peniaga pun tak patriotik.

Sambut Merdeka 4

Saya? Nak sambut macamana ye? Anda bagaimana?

4 comments:

ieka said...

Salam buat As..
Happy belated birthday. May Allah bless you always. Tetap di jalanNya, dan selalu diberi Ilham olehNya.. dah beberapa kali cuba isi kat comment tapi problem network tak boleh. :)

as said...

Thanks for the du'a Eika. Hope u too be blessed by Allah everyday, every path you take.

Muhammad Teja said...

kami buat filem. ahaha

Anak Bumi said...

salam,

hehe, agak teruja sebab mcm banyak golongan intelektual dlm forum tu.


FT datang menegur, "Novel da siap?"

:P