Subhanallah

Dalam fragmen cerpen paling panjang saya pernah tulis (so far), 'Langit Permulaan' yang telah mendapat perhatian juri Sayembara 50 Tahun Merdeka DBP yang lalu, saya menulis begini,

Kalau aku bertanya, Choon Kee akan bercakap yang aneh-aneh. Katanya di hutan Afrika, badak air bercakap dengan Tuhan. Burung hantu bersahut-sahutan memanggil nama manusia. Dan harimau bintang akan tidur memanaskan malam yang dingin memeluk anak babun yang kehilangan ibu. Sah! Choon Kee sedang angau berat. Aku lebih rela menghabiskan masaku menonton animasi Jepun dari melayan yang aneh-aneh Choon Kee.

Saya menulis sahaja begitu. Mungkin telinga saya yang mendengar dari mana-mana siaran, mungkin mata saya pernah membaca di mana-mana. Maha Suci Tuhan, saya berjumpa dengan klip you tube ini. Beginilah rupanya 'harimau bintang akan tidur memanaskan malam yang dingin memeluk anak babun kehilangan ibu'. Subhanallah, saya terkesima.

Comments

ieka said…
:D
Ilham dari langit, barangkali..
Jadinya kalau sekalipun jauh di langit, pasti masih boleh turun kalau sudah kehendakNya.. kan?;)
Unknown said…
Harimau tu prihatin kepada anak-anak yatim wal masakin kot!. Kalau harimau bintang itu jumpa dengan Rais Yatim, apakah nasib Rais Yatim itu serupa dengan nasib anak baboon itu?.
Anonymous said…
ieka, yup, thing that is hard to explain :)

Jernih - mmm, Rais Yatim, nah, mungkin tidak
Rebecca Ilham said…
Salam, harap belum berlambat untuk ucapan tahniah!

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah