Ekonomi sedang merundum?

Sejenak bersama Pengarah Pemasaran sebuah hotel di sebuah bandar di Malaysia, membuat saya terfikir lama. Adakah kita di ambang kemelesetan ekonomi seperti di tahun 1997 dan 1987? Kalau begitu, kita patut berhati-hati dalam berbelanja.

Teman Pengarah Permasaran tersebut, dengan nada sedih memaklumkan bahawa lebih 50% bisnes yang sepatutnya di buat di hotel tersebut telah dibatalkan. Apa yang terjadi di sektor pelancongan adalah gambaran ekonomi yang sedang negara kita hadapi. Di Pangkor, ada hotel yang terpaksa menutup operasi kerana tiada bisnes. Di Langkawi dan tempat-tempat peranginan yang bergantung penuh kepada pelancongan, satu persatu merasa impak yang menekan. Dan dia, merasa bimbang andai kata profesionnya juga tidak dijamin akan kekal. Di TV, beberapa kilang di beritakan terpaksa di tutup kerana tidak mendatangkan keuntungan. Bank Negara katanya ada bercadang untuk naikkan kadar faedah. Mungkin banyak lagi, tapi saya sungguh tidak pandai dalam hal-hal ekonomi ini.

Kemelesetan ekonomi, kesannya memang begitu terasa pada saya. Tahun 1987 dan 1997 semuanya ada cerita. Kerana keadaan begitu sempit, abang saya tidak mendapat pekerjaan meski mempunyai kelulusan yang tinggi. Terpaksa berniaga kecil-kecil, saya merasakan survival di waktu ini sangat menekan dan mencengkam.

Kawan-kawan ekonomi saya lebih layak untuk komen. Saya paling suka di enti ini tentang hyperinflation. Kawan-kawan saya dalam industri binaan juga mungkin boleh menambah.

Saya paling risau adik-adik saya yang sedang menuntut ilmu. Dengan kadar minyak yang tinggi, sewa rumah yang tinggi, makan dan minum yang kadang-kadang dengan harga tidak munasabah, moga-moga Allah memberi mereka rasa tenang dan bersabar dengan ujian.

Adakah ini yang telah di ajarkan lama dulu dalam tadbir mimpi Nabi Yusuf? Tentang 7 tahun masa subur dan 7 tahun masa kesempitan dan kemarau? Kalau begitu, yang gagalnya kita kerana tidak dapat mengambil pengajaran dari apa yang kita boleh dapat dari Al Quran yang kita simpan elok-elok di rak sebagai perhiasan.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK