Dynasty Warrior dalam Hikayat Amir Hamzah?


Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei

Jangan tersilap, tidak ada Pahlawan Dinasti Cina di dalam Hikayat Amir Hamzah (HAH). Sekurang-kurangnya setakat bab ke 11 yang telah saya baca. Sekarang ini, sedang belajar membaca Hikayat, dan HAH mungkin satu-satunya Hikayat yang berjaya dibaca secara konsisten. Sebelum ini Merong Mahawangsa telah hampir tahap klasik bermukim di rak buku rumah dan Hang Tuah yang telah pun saya tinggalkan dalam keselamatan tahap super kepada si penjaga buku di perpustakaan.

Sun Jian

Betul kata pemilik buku HAH dan rakan-rakan yang lain, seronok apa baca hikayat. Tenggelam di dalam dunia Amir Hamzah, mungkin nanti akan mengiyakan pendapat-pendapat mereka. Oh, saya mempunyai masalah untuk men'visual'kan benda, dan masalah itu ada juga sikit-sikit sehingga sekarang. Saya perlukan pengalaman untuk merasakan benda itu dekat. Sebab itu pilihan dalam Bahasa Melayu dulu adalah puisi berbanding Hikayat. Saya boleh 'merasa' tapi kurang boleh 'melihat'.


Lu Bu

Mengapa seronok baca HAH? Sebab HAH menjadi sangat dekat bila membayangkan suasana pahlawan dan epik perang seperti yang ada dalam Dynasty Warrior. Tentu, latar masa dan tempat beda, HAH di Tanah Arab dan DW berlaku di China. Tapi perang, apa-apa pun tetap sama bukan.

Di waktu kecil Amir Hamzah telah punya kekuatan super perkasa. Mengangkat ahli gusti dan menghempaskannya ke tanah sehingga patah riuk tulang belulang. Rakan sepermainan yang nakal, Umar Umayyah sangat suka menghasut Hamzah yang bukan-bukan. Sangat nakal tapi cukup menghiburkan. Hamzah rajin mengaji, Umar yang bebal suka mempermainkan guru. Disorokkan kasut sang guru dan menjualnya kepada penjual halwa. Waktu dewasa Hamzah, lebih gagah lagi. Hamzah ingin punya kuda, tapi setiap kuda yang dinaikinya akan mati setiap kali Hamzah cuba untuk menunggang. Sehinggalah Hamzah bertemu dengan Janggi Ishak. Kuda istimewa yang diwariskan untuknya. Kepandaian Hamzah mengaji dan bermain senjata membuatkan dia seorang pahlawan ulung dari Tanah Arab. Bukan susah sangat membayangkan adegan ultra natural, seperti menetak musuh di atas kuda, kuda dan musuh terbelah empat. Jika pedang Hamzah sampai ke pinggang musuh, musuh terbelah dua seperti mentimun lagaknya. Perang tanding (duel) antara Hamzah dan pemuka-pemuka kerajaan lain seperti membayangkan Liu Bei berhadapan dengan Lu Bu. Atau Guan Yu berdepan dengan Sun Jian. Adegan super magis divisualkan seperti Zhuge Liang menghantar angin puting beliung dan batu-batu besar yang menuruni bukit. Untuk adegan super tragis pula, seperti menetak orang sehingga terbelah dua boleh dicapai pengalamannya seperti dalam Shadow of Rome. Uish, sungguh tragis.
Siapa kata baca Hikayat tidak seronok? (huh, bukan saya ke yang kata dulu-dulu :p)

Menunggu pengaturcara komputer genius atau pembikin filem 3D sehebat lakaran siri-siri dalam cerita Final Fantasy untuk merealisasikan Amir Hamzah di skrin perak. Boleh tercapai ke impian ini? Sehingga saat itu, saya membayangkan super perkasa Hamzah seperti Lu Bu yang kekuatan magis dan aura memerlukan Cao Cao dan Xio Pi bergabung untuk menumbangkannya.
(p/s: kepada pemilik buku, pinjam dulu ya belum habis lagi)

Comments

Salam, cikgu sarankan kelas dibuat pada Ramadhan nanti. Sila beri jawapan pada kadar segera ke norziati@gmail.com. Sy mahu dapatkan maklumbalas untuk kemudahan kita semua. Tk
Oh ya, Amir Hamzah yang saya beli baru baca beberapa muka sahaja....nampaknya kena habiskan cepat-cepat

:-)
Anonymous said…
salam perkenalan ..

cuba nanti baca Syair Siti Zubaidah pulak. lenguh tapi nak baca lagi .. dan lagi .. dan lagi .. :)
ieka said…
tetibe tersampai kat page ini.. wahaha teringat plak daku HAH ini..apa khabar kah? ahhaha
ASaL said…
ada ada
akan dipulangkan insyaAllah
moga akan sampai ke tuan punya HAH
Hah, lama sungguh.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah