Saturday, November 01, 2008

Pakaian ascetic

Kau kata pakaian terbaik adalah pakaian ascetic.
Ascetic, apa itu?
Ascetic adalah zuhud.
Wah, guru zuhud pandai berbahasa Inggeris. Kau senyum.
Tapi hairan, kau punya segala. Rumah dan segala perhiasan meski ringkas tapi mencukupi seadanya, berpakaian dari bahan yang baik-baik, kereta, berkeluarga, ramah dan selalu mengelilingi masyarakat. Kau perbuat lain dari apa yang difahami tentang zuhud.
Teman seorang yang digelarkan orang zuhud beda, rumahnya ala kadar, pakaian tidak banyak, jalannya tunduk dan tidak suka bersama ramai.
Kau tepuk bahu lembut, "Tengok kepada 3 tanda ascetic. Tidak merasa gembira kepada harta yang dimiliki, juga tidak berkabung melarat dalam kesedihan pada harta yang hilang. Tidak merasa senang kepada pujian, tidak juga merasa iba atas kritikan dan disalahi orang. Dan langkahnya selalu ada Tuhan dengan makna, setiap satu yang diperbuat adalah untukNya semata".
Bukan hidup zuhud itu hidup yang ala kadar?
Kau geleng.
Kumpul harta boleh?
Kau angguk, dengan syarat, "Harta perlu kau kuasai, bukan kerananya kau dikuasai".
Bermenung, masih lagi berfikir untuk faham.
Kau pandang mata tepat dan berbisik lembut,
"The water in a ship causes it to sink,
...while the water under it causes it to float".

No comments: