Wednesday, November 19, 2008

Lelaki, jadilah pembela

Malam ini, malam yang aman. Duduk dihadapan skrin, meninjau merayau ke laman sesawang orang lain sambil mendengar nasyid Harapan Pada-Mu Subur Kembali di blog kawan.
Malam ini malam yang aman, tetapi saya meratapi akan kisah seorang teman.
Entah apa jadi kita di zaman ini? Saya mengimpikan hidup di zaman Nabi pada lelaki yang bersifat membela, bukan menyeksa.
Apa yang buat sang suami tegar membiar seorang isteri yang bekerja dan tidak sihat pula, dengan anak-anak yang masih kecil, untuk menjalani kehidupan jauh dari pandangan?
Apa yang membuat seorang bos/ketua, tegar untuk membebankan wanita itu dengan beban kerja yang sepatutnya diselesaikan ketua itu sendiri tanpa rasa sepincing pun rasa bersalah?
Apa yang membuat seorang ketua menggunakan kuasa menekan, tanpa memikirkan apa jua yang ditanggung setiap hari, bagi seorang wanita yang sakit, berjauhan dari suami bersama dua orang anak yang masih kecil, yang masih menyusu badan?
Apa yang membuat mereka tidak dapat melihat dengan belas, sedang sang ibu sudah pucat lesu kerana ditekan pelbagai penjuru?
Saya berdoa, agar dia berdoa, kerana doa orang yang teraniaya tidak dihijab langit.

Saya meratapi, sungguh-sungguh, dan saya meratapi diri, kerana tegar membiar dia dalam kemelut keduniaan yang sudah tidak ada belas.


5 comments:

Fakhzan Marwan said...

Sampaikan salam pada wanita tabah itu ya...seperti bunda Ismail s.a saya kira beliau itu..

Dan katakan padanya, syurga itu mahal harganya, tetapi, kita bernaung pada sifar Ar-Rahim itu, memustahilkan diri dari sifat putus asa.

Dan sampaikan salam pada Ketua anda ya, katakan padanya, nantikan sahaja balasan itu, bukankah dia patut pelajari dri kisah saya ini? :D

and you Asal Turaby - keep looking for wisdom, bak kata alqasam..

PENDEKAR said...

Ramai yang berjasadkan lelaki tapi jiwanya nisa', kerana itu tidak sanggup membela

Cikli said...

kerana itu selayaknya syurga di kaki wanita yang bergelar ibu.

PENDEKAR said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

MARDHOTILLAH

:-)

ASaL said...

fakhzan - jika dapat, khabarnya beliau akan segera bertukar kerja.

pendekar - ermm mungkin benar, tapi sudah ada dalam akhbar kajian menunjukkan bahan kimia dalam makanan adalah penyebab lelaki mempunyai sifat perempuan, pelik.

cikli - benar, syurga itu tidak ada ragu padanya, terletak pada kaki seorang wanita yang bergelar ibu. Ibu bagi saya, adalah inkarnasi Malaikat, yang kehadirannya sahaja memayungi, memberi teduh, pada sengatan mentari, juga dari hujan yang mencurah-curah. Ibu adalah inkarnasi Malaikat!

pendekar - salam Eid Adha juga.