Kematian Mengejut

3 kematian yang mendapat liputan berbeda.

Michael Jackson (Mikaeel) menjadi tajuk utama untuk setiap berita akhbar cetak dan juga di internet. Liputannya di seluruh dunia, kesedihan dirasai oleh semua. Spekulasi yang datang selepas kematiannya pula mencurah-curah. Paling baru teori konspirasi bahawa Mikaeel dibunuh kerana massa bimbang Mikaeel mengumumkan keIslamannya dan menyampaikan lagu Say Thanks to Allah di konsert terakhir di kota London, kota di mana Yusuf Islam tinggal. Mereka sangat takut Mikaeel mengumumkan di hadapan awam disebabkan pengaruhnya yang terlalu besar di seluruh dunia.




Marwa el-Sherbini, seorang wanita muslim dikenali sebagai Pahlawan Hijab, di bunuh oleh seorang lelaki Rusia yang terlalu bencikan hijab Marwa. Lelaki tersebut yang secara konsisten mengganggu Marwa kerana tegar mengekalkan tudung menutup kepala akhirnya menikam Marwa sebanyak 18 kali di dalam sebuah bilik mahkamah di Dresdan German. Liputannya meluas di Mesir (tanah kelahiran Marwa), perhimpunan awam bantahan terhadap kekejaman tragis tidak berperikemanusian hanya kelihatan meriah di Iran tetapi tidak ditempat lain. Di Malaysia, Marwa el-Sherbini mungkin langsung tidak dikenali melainkan mereka yang prihatin.

Teoh Beng Hock, 30 seorang pembantu exco Selangor, ditemui mati di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM. Gesaan dibuat supaya satu Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat kejadiaan yang sangat meragukan ini, agar kematiannya diketahui punca dan terbela. Perhimpunan oleh anggota Pakatan Rakyat mungkin akan berlangsung. Media utama ada menyiarkan liputan dan ucapan takziah dari pemimpin Negara. Mohon maaf sahaja tidak mencukupi bagi keluarga dan bakal isteri (Teoh dijangka berkahwin pada keesokkan hari dari hari kematiannya). Misteri yang banyak menyelubungi kematian Teoh yang dikatakan membunuh diri perlu diadili kerana kali terakhir bersama anggota SPRM untuk sessi soal siasat. Dan Teoh dijumpai mati di Plaza Massalam berdekatan dengan pejabat SPRM. Liputannya meluas di Malaysia. Yang begitu akrab dengan politik merasai kehangatan dan panas tragedi hitam ini.

Berikut yang diceritakan adalah kes-kes mutaakhir. Sebenarnya banyak lagi kes-kes seperti ini diseluruh dunia terpencil yang tidak diketahui umum.

Jika dan hanya jika, ketiga-tiga kes disabitkan sebagai kes bunuh, mangsa jika masih hidup mungkin akan bertanya, atas kesalahan apakah mereka dibunuh?

Kita yang masih hidup ini juga mungkin akan bertanya juga. Sebab-sebab kematian mereka kita boleh spekulasi sendiri berdasarkan maklumat yang kita perolehi dari berita baik yang boleh dikenalpasti kesahihannya, atau yang tersebar meluas sebagai cerita sensasi.

Tetapi mungkin ini boleh membantu kita untuk berhenti sekejap dan berfikir. Kata Nabi dalam hadith tentang akhir zaman meramalkan seperti berikut,

“I see Harj falling on your rooftops like rain”, said the Prophet. They asked, “what is Harj?” He replied “killing and slaughter”. “The one who was killed would not know why he was killed, and the one who was killing would not know why he was killing”. Each new day would be worse than the one which preceded it.”

Jika anda percaya Nabi, bersedialah! Zaman sedang menyaksikan setiap hari akan ada kejadian yang lebih buruk dari hari-hari semalam. Dan kita, adakah akan selamat daripadanya?


Comments

naimadnin said…
tambah lagi sorang - yasmin ahmad!

Saya pun hanya mengetahui tentang Marwa el-sherbini melalu facebook! media agak bias, tak berapa nak buat liputan tentang ini. Apa yang terjadi dekat Uyghur pun kita tak berapa tahu, gitu-gitu aje laporan media, padahal keadaan yang sebenar-benarnya amat serius dan mendukacitakan.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK