PPSMI dalam Langit Permulaan

'Kagum melihat dua rafik ini, aku menimbang-nimbang doktrin satu bangsa satu bahasa. Dalam kepelbagaian yang maha banyak, mampukah ia membentuk ideal yang disepakati semua. Aku kadang-kadang melihat doktrin satu ini sebagai suatu psikologi sempit yang tidak dapat memperlihatkan keindahan dunia dalam ciri kepelbagaiannya yang azali. Betapa indah pertembungan budaya yang membentuk sifat majmuk yang terhasil melalui pergaulan akar umbi, seperti Ab Johan dan Choon Kee......Melalui mereka, aku telah nampak bahasa telah menemui jalan pulangnya, sebagai alat perhubungan antara bangsa'.
Nota:
Ya, itu sahaja. Bahasa seharusnya menjadi alat menghubungkan bangsa, bukan alat untuk menguasai. Pemaksaan pemakaian bahasa asing yang bukan bahasa ibunda di tempat-tempat yang tidak rasional adalah pelanggaran hak. Menguasai Bahasa Inggeris adalah baik, tetapi jika cara memupuknya gagal, rakyat majoriti rasa terbeban dan dilihat sebagai satu bentuk penjajahan budaya cara baru, ia perlu digugurkan.
Pengguguran Dasar PPSMI pada 2012!
Comments