Haraam 12 Tahun Akan Datang

Gambar-gambar ini masuk ke peti emel saya. Ilustrasi gambaran arkitek (mungkin) terhadap pelan pembangunan di haramain. Mengkagumkan.
Projek Perumahan di pinggir Haraam
(boleh dilihat sedang giat dibangunkan sekarang)

Jaringan perhubungan


Maataf Kaabah dibawah 4 payung

Jaringan untuk ke Mina, Mudzdalifah, Arafat


Jamrah

Disebalik pembinaan bangunan tinggi, untuk menempatkan penziarah dan juga para haji saya tetap terdetik. Apakah ini citra yang dibayangkan oleh Nabi?

Saya masih ingat cerita para hujjaj yang mengerjakan haji di zaman Datuk, Nenek dan ayah-ayah kita, yang menaiki kapal membawa bersama periuk nasi dan beras. Susah payah dan jerih yang dilalui, pulang mereka menjadi orang lain. Selalunya lebih baik, atau terlalu baik.

Penziarah dan para haji akan datang, mungkin hampir mustahil merasai pengalaman yang sama.

Untuk akan datang, penziarah akan dikenali juga dengan status banyak wang. Siapa yang berkemampuan tentu boleh mendiami hotel yang hebat-hebat. Tetapi bagaimana bagi mereka yang mempunyai wang cukup-cukup untuk pergi dan balik sahaja. Di mana mereka akan tinggal?

Jika begitu, apakah makna kita memakai kain ihram yang sama warnanya?

Dan saya juga bertanya, akankah kita merasa pengorbanan Nabi Ibrahim, Hajar, Ismail dan Muhammad sawa dengan sebenar-benar rasa?

Comments

zaza said…
salam..as..aku pon terfikir benda yg sama. tujuan kite ke tanh haram antara lainnya untuk melatih diri kite, insaf diri akan kehidupan di pdg mahsyar..etc..lagi byk dugaan & susah yg kite tempuhi..lagi besar pahalanya.takot2 akan dtg kite dah tak nampak asal bukit safar & marwah..itulah cth2 dunia akhir zaman.. wallahua'alam..
zf_zamir said…
salam, cuba baca mengenai syed hossien nasr di sini..minta pandangan sikit

http://pochongmenulis.blogspot.com/
ASaL said…
zaza - banyak benda dah tidak boleh nampak di Makkah sekarang, bukit Safa & Marwah hanya sebahagian, telaga zam-zam ditutup terus, perkuburan baqi' ada restriction yg sangat ketat. Ermm, tak tanya ustaz ke mengenai hal ni?

zamir - tengah baca. Hossein Nasr kawan dengan Hicks? Uiks?
as said…
ini komen dari kenalan saya yang banyak membaca tentang perkembangan Iran. Komen mengenai Syed Hossein Nasr.

Barangkali Syed Hussein Nasr tergolong dlm kumpulan moderat macam Anwar Ibrahim juga fasal tak punya latar belakang islamik dan tak pulak mengikut jaringan ulamak & marja'. Mungkin komen saya berlebihan kerana secara ikhlas, saya tak pernah membaca betul-betul artikel beliau secara teliti.
zf_zamir said…
kak as,

itu yang saya terkejut tu..tapi saya tak sempat buat rujuk silang lagi..
ASaL said…
bro, saya akan menulis tentang Hossein Nasr dan pluralisme agama, sikit masa lagi insyaAllah :)

tapi kalu nak baca kerja tangan Hossein Nasr, ada beberapa buku yang boleh dibaca

A Young Muslim Guide to the Modern World

mungkin juga beliau pengkagum Schuon dalam buku tulisan beliau 'The Essential Frithjof Schuon'

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK