Posts

Showing posts from February, 2010

Refleksi

Image
Ada seorang adik. Biasa sahaja orangnya tetapi kata-kata selalu membuat saya terdiam dan berpanjangan berfikir. Satu hari dia bercerita, "Katalah ada dua orang rakan baik. Pergi berperang. Ketika berperang mereka terpisah. Dalam perang biasalah, wajah masing-masing akan hitam terpalit debu dan kotoran. Entah macamana wajah salah seorang dari mereka kekal bersih dan putih. Kemudian selepas beberapa ketika mereka bertemu semula. Soalan saya, siapakah antara kedua mereka yang akan mencuci muka dahulu?" Saya diam. Berfikir, tetapi sebenarnya tidak mahu kalah dengan teka-tekinya. "Tentulah yang mukanya hitam dan kotor." "Ye ke?" Saya diam tetapi menggesa meminta dia memberi jawapan. Dia ketawa manja. hendak sahaja saya mencubitnya agar bersegera menjawab. Saya sebetulnya bukanlah insan penyabar sangat. "Salah, sebenarnya rakan yang berwajah putih itulah yang dulu akan membasuh mukanya." "Kenapa?" "Mana ada cermin. Takkan pergi perang ba...

2 Bencana

Image
1. Gempa Bumi Berskala 8.8 Richter Gempa bumi melanda lagi dengan skala besar, 8.8 Richter di Chile. Selepas di Haiti, satu gegaran pula membelah benua Amerika Selatan. Meski tiada amaran tsunami, namun kematian sudah meningkat mencecah lebih ke 82 orang (setakat entri ditulis). Walaubagaimanapun, tsunami masih boleh melanda selepas 24 jam kejadian gempa. Pada masa ini Hawaii sedang berjaga-jaga untuk bersedia samada fenomena tsunami sampai ke kepulauan itu atau pun tidak. Belum pun reda kejadian tanah runtuh yang berlaku di Indonesia, bumi menunjuk perasaan lagi. Belum sempat membincangkan kejadian banjir lumpur yang berlaku di Portugal dan Indonesia dan panas ekstrim yang belaku di Semenanjung Malaysia, perhatian harus beralih ke benua Amerika. Bumi, apa yang sedang bergolak sebenarnya? 2. Syafia Humairah Sahari, 3 Ini lebih buruk. Nampaknya bencana kemanusiaan di Malaysia makin membarah. Mungkin sudah membusung dan bernanah. Busuknya masih bersisa meski kita menutup hidung dengan ka...

The Teacher come First, then The Book

Image
Kalau boleh saya tidak mahu sayang kamu terlalu. Lalu, saya akan katakan "Lu fikirlah sendiri". Tapi dalam nubari terlalu banyak rasa, dan kamu terlalu banyak kehilangan. Seperti hari ini, kita menyambut tahun kedua kehilangan kekanda kita bukan? Lalu, kalau boleh saya gantikan setiap kehilangan, maka saya akan gantikan. Tapi saya tidak boleh. Saya hanya punya tulisan, lalu saya tuliskan ini, kerana bila tiba masa saya pulang pula nanti, kamu, tidak akan kekurangan apa-apa. Kamu Adik, pesan dari saya, kamu perlu cinta guru sepenuhnya. Sepenuhnya. Dengan penuh rasa kasih. Dengan penuh rasa percaya. Dengan hati mahu berbakti. Dengan hati yang sedia untuk mati. Dan kerana itu pertama, kenali dulu siapa guru kamu. Guru kita, adalah Teacher of Teachers, Muallim, Wahdah Khairah Ummah - Rasulullah Muhammad sawa. Wujudnya bukti ihsan Tuhan kepada seluruh umat manusia. Mustaffa Imamal Mursalin. Mustaffa Shafiaal Alamin. Abal Qasim. Khairul Khalqillahi. Ishqqu Qalb. Guru yang muncul...

Si yatim yang memberikan saya bekal

Entri ini dan seterus-seterusnya adalah untuk persiapan menyambut harijadi seorang yatim piatu paling miskin, yang telah dengan susah payah berjuang hanya semata untuk memberikan saya bekal. Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la ali Muhammad. Subhanallah, tidak pernah saya rindu sebegini hebat. Dan menyebut namanya sahaja telah mengundang rasa sebak yang menebal. Di musim kepanasan begini, saya mengenang dia yang berpanasan terik mentari sejak kecil mengembala kambing untuk menyara hidupnya yang ditinggalkan ayah dan ibu. Dia yang berpindah penjaga dari tahun ke tahun. Sejak kematian ayah dalam kandungan, kemudian dipelihara bonda. Tetapi ibunya juga meninggal awal, sehinggalah Datuk yang renta mengambil alih memelihara. Tetapi Datuk pergi juga sehingga terpaksa diserahkan kepada pakcik yang punya anak ramai. Kenangkan. Saya cabar awak untuk berada di terik mentari selama setengah jam guna untuk mencari rezeki. Saya harap awak dapat rasa pedih dicucuk panas yang berdiri di wak...

Panas ini bukan biasa!

Image
Laporan akhbar menyiarkan keretapi tergelincir kerana cuaca panas. Sangat panas sehingga menyebabkan besi landasan mengembang. Dan laporan berita di TV dan akhbar mengatakan, fenomena cuaca panas ini adalah biasa lebih-lebih lagi pada awal tahun seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Mateorologi. [Peringatan, entri ini bukan untuk membuat rusuh tetapi untuk saya dan awak berfikir.] Panas ini bukan biasa. Adakah kita perlu menyalahkan Farah dan Faizal di radio Hot.fm kerana selalu mempromosi tagline 'Lebih hangat dari biasa?'. Fafau dan FBI perlu jawab ni. Panas memang biasa, tetapi panas sehingga mengembangkan besi itu luar biasa. Hingga menyebabkan gerabak tergelincir itu, lagi luar dari segala yang biasa. Jika ia sesuatu yang biasa, ketika kerja-kerja membina landasan keretapi, pihak jurutera bahan akan menggunakan material yang boleh tahan kepada cuaca yang biasa dialami oleh negara ini. Sewaktu merekabentuk landasan, mereka (jurutera dan jurutera bahan) sudah mengambil kira ...

Falsafah CINTA Asal

Image
Kawan saya kata, cinta, ada jenis yang membunuh. Seperti manifestasinya di malam tahun baharu atau hari Valentine, untuk pasangan yang sedang mabuk bercinta. Mereka berjanji setia, ungkap mengungkapi, bukti membukti akhirnya sembilan bulan atau kurang dari itu bertukar menjadi pembunuh. Membunuh janin dan bayi. Membunuh harapan dan kasih sayang. Membunuh 2 orang, menukar mereka menjadi haiwan bertubuh manusia, atau lebih teruk dari itu menjadi syaitan (i.e: kes membakar bayi dan dibuang dalam tong sampah di sini ). Cinta tidak seharusnya menukar manusia yang penuh kasih sayang, menjadikan tangan dan jiwa berlumuran dengan darah dan dosa. Itu, absurd! Cinta itu bagaimana? Cinta seharusnya seperti letupan Big Bang. Letupan? Ya, satu letupan. Panas, hangat, bingit, menyilaukan mata, mendebarkan, mengkagumkan, berasap, membakar, menggegar, segalalah yang boleh kita fikirkan mengenai letupan. Dan... harus diingat selepas letupan besar itu, ia memberikan kehidupan, terus menerus, berlangsung...

3 Kingdom

Image
1. 3 Kingdom adalah epik besar sejarah cina yang paling mahsyur sebelum Negara China disatukan dibawah Dinasti Jin. Cerita ini ditayangkan di TV3 di malam tahun baharu. Saya memang menunggu cerita ini kerana ia membawa kenangan kepada game epik yang dimainkan di konsol Sony PS2 (sekarang konsol sudah bertukar kepada XBox). Dan melihat watak game dijelmakan kepada panglima dan pahlawan sebenar, ia cukup mengujakan. Meski bukan kerana itu, 3 Kingdom cukup hebat kerana memaparkan perlawanan zaman Dinasti yang memperlihatkan kepentingan taktik, skil, kesetiaan, patuh kepada ketua, pengkhianatan, dendam dan banyak lagi. Secara ringkas sebelum ada satu China, ia terbahagi kepada tiga dearah besar iaitu: Kerajaan Utara: Wei Kerajaan Barat: Shu Kerajaan Selatan: Wu Setiap kerajaan akan berperang sesama sendiri untuk mendapatkan "Mandate from Heaven" untuk membolehkan mereka bersatu di bawah satu kerajaan. Cerita ini berkisar kepada kerajaan Shu dari sudut pandang Panglima Zhao Zilong...

Tahun ini tahun Harimau

Image
Selamat Tahun Baru China Tahun ini memang tahun Harimau Ermm, agak-agak boleh tak dapat angpau? :) Selamat balik kampung dan bercuti panjang Hati-hati memandu

Takjub

Saya melihat dia, kagum dengan semangat juang. Dalam dunia hari ini, untuk dapat melihat seorang berani berdiri di hadapan pemimpin dan bercakap yang benar meski tidak disukai pemimpin tersebut, amat aneh. Katanya, doa kita tertahan kerana tidak menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar, berpesan & menyuruh kepada kebaikkan dan menentang kezaliman & kejahatan. Saya ingat dia seperti yang lain. Berusaha untuk mendapat habuan dunia. Tetapi dia seringkali menolak untuk apa kita sebut sebagai rezeki. Katanya dia tidak boleh menerima jika itu bukan haknya. Juga tidak boleh sekiranya dia menerima kemudian selepas itu gagal menunaikan tanggungjawab yang datang bersama rezeki tersebut (contoh: naik pangkat). Saya mahu ingat pesan dia, "Kami cuma mahu merasa gembira dengan penuh rasa kesyukuran. Kami redha dan DIA redha." Noktah. Itu sahaja pesan dia. Saya mencerna kata-katanya dengan rasa takjub.

Lebah dan Lalat

Image
Saya melihat lalat berterbangan mengitari tong sampah. Ia mengingatkan saya tentang kisah perbualan cendiakawan (C) dan raja (R). Raja adalah pemimpin yang zalim dan tidak adil, namun masih tetap suka bertanya cendiakawan dengan tujuan untuk menguji. R : Mengapa lalat diciptakan? C : Untuk menghinakan orang seperti kamu. Sekian cerita ringkas. Di bawah informasi tentang Lalat dan Lebah. Tentang Lalat Lalat hidup dalam kekotoran dan mengumpul kuman, termasuk kuman dari bangkai haiwan dan manusia. Dengan cara ini, lalat boleh membawa penyakit kepada manusia dan menyebabkan manusia tidak menyukainya. Manusia yang berakal akan menyembur racun serangga untuk membunuh lalat-lalat ini bagi mengelak penyakit dari disebarkan. Tentang Lebah Lebah ialah serangga yang menyukai bunga. Kerjanya ialah mengumpul debunga dan juga menghasilkan madu sebagai ubat dan juga minuman kesihatan untuk menyihatkan badan. Kerana itu manusia menyukai lebah, menternak lebah serta memelihara nyawa lebah kerana ...