Posts

Showing posts from July, 2010

Bulan Mengambang

Image
Malam tadi ketika mencuci tangan di singki dapur, saya perasaan ada cahaya terang dari atas langit. Saya membuka pintu belakang dan melihat bulan penuh sedang megah menerangi langit malam. Hari semalam hari 15 Shaaban. Bukankah ia tarikh yang menandakan sesuatu? Kata orang buku amal ditukar di malam separuh Syaaban. Separuh itu nisfu, dari situ terma Nisfu Syaaban dimahsyur seantero pelusuk dunia. Bila menggunakan pentarikhan Islam, 15 haribulan ialah hari bulan mengambang penuh. Jika ikut pentarikhan Gregorian (Masihi) saya tidak tahu. Saya berjalan pantas mengambil teropong di bilik (ya betul saya ada teropong, tetapi bukan untuk membuat perbuatan jahat lagi mungkar (alasan apolgetik untuk diri)). Bulan begitu besar untuk dilihat dengan mata kasar tetapi saya mahu jelas melihat warna gelap dibeberapa tempat dipermukaannya. Benarkah imej bulan seperti yang disiarkan dalam internet? Saya membetulkan fokus sehingga yang kelihatan bentuk yang tepat dan jelas. Na’am! Teropong telah membol...

Haji Kubo Salih

Kegilaan adik pada Jepun telah menyebabkan dia berjumpa macam-macam. Dalam segala macam tentang negara matahari terbit itu, sebuah permata yang dijumpai yang paling menyentuh dalam nubari saya adalah video yang dirakam oleh Al Jazeera (di atas). Ia mempunyai 2 bahagian, sila ke youtube untuk melihat perjalanan etnik Jepun menunaikan haji. Salah seorang yang mendapat liputan secara dekat oleh Al Jazeera ialah Haji Kubo Salih. Beliau belum Al Hajj ketika video ini dirakam, insyaAllah ketika saya menulis entri ini beliau sudah dimakbul Allah untuk menjadi tetamu dan mendapat ganjaran Haji yang mabrur. Bagi saya, Haji Kubo ialah kisah sakti yang magis. Bagi yang melihat video ini akan segera perasan bahawa Kubo san adalah seorang yang baru sahaja memeluk Islam. Relatif masanya sangat singkat, namun Allah memperkenan untuk beliau menjadi tetamuNya. Ada apa dengan Jepun? Jepun ialah negara sentral pada pekerjaan dan kemajuan teknologi. Tiada masa fleksi bagi mereka yang mahu taat beragama. W...

Cerita Safwan

Saya melihat Safwan yang duduk betul-betul di hadapan meja pensyarah. Setiap kali waktu ujian dan peperiksaan, di situlah Safwan duduk. Saya meski datang awal bersama Safwan, akan mencari tempat duduk yang tersorok dari pandangan pengawas peperiksaan. Semua kawan-kawan lain pun begitu. Datang awal untuk mendapat tempat strategik, supaya di masa-masa terdesak dapat juga mengeluarkan senjata untuk menyelamat tengkuk. Senjata haram yang istilah dikenali sebagai toyol. Safwan tidak begitu. Tempatnya paling hadapan terdedah kepada pemerhatian pengawas peperiksaan. Satu hari dalam senggang masa santai saya bertanya kenapa Safwan selalu duduk di hadapan sedang dia selalu datang awal. Safwan lebih berhak untuk menduduki tempat strategik berbanding orang lain. “Saja.” Itu jawab Safwan, saya tahu dia tidak berjujur. “Kawan apa kau ni banyak sangat rahsia!” Saya bertanya dengan suara ditinggikan. Safwan tersengih untuk menutup rasa bersalah, “Aku takut, aku takut tergoda.” Saya faham maksud Safwa...

Hujan di Kuala Lumpur

Image
Dua hari lepas, saya berjalan di Kuala Lumpur. Ia bukan kota yang asing. Bagi ramai orang, ia seolah sebuah kota yang punya banyak harapan. Semua mahu berada dan bergerak dalam denyut nadi KL, kerana ia memberi nilai tambah pada mata dan telinga orang yang mendengar. Bila orang bertanya dan kalau mampu menjawab seperti ini, "saya bekerja di Kuala Lumpur", pandangan mereka akan jadi lain. Ada satu stigma superior dalam segala hal yang bersangkutan dengan Kuala Lumpur. Ya, saya suka KL. Ia adalah kampung, saya lahir di sini. Setiap jalan dan lorong ada nuansa romantika di hati. Setiap jalan mengandungi makna dan cerita. Salah satunya kerana Kuala Lumpur adalah sebuah kota peradaban. Dalamnya ada bangunan tinggi yang megah, setiap inci yang menjadi tarikan pelancong akan dihias dengan landskap pokok dan hidupan, segala brand terhebat di dunia terhidang dan dapat dicapai dengan mudah. Saya rindu KL kerana ia adalah kota peradaban. Kerana begitu buruk KL di mata orang, ia tetap me...

Shaaban: Destinasi Wajah Terakhir

Image
Satu hari dalam kesibukan menyiapkan tugas santak ke petang sehingga terlupa Asar akan luput segera. Dalam kelam kabut berlari ke tandas mengambil wuduk dan semula ke bilik operasi untuk menunaikan solat. Sudah! Ini bukan bilik saya yang biasa, lalu saya kehilangan arah. Malang, saya punya penaakulan geografi yang lemah. Lalu bertanya pada rakan-rakan sekeliling. Mereka juga tidak pasti. Berpandukan keyakinan diri, membuat sedikit pengiraan dan pemetaan, saya tunaikan solat. Usai solat, seorang rakan masuk dan kemudian menegur, "Hei kawan, kiblat kau salah 180 darjah!" Muka saya merah. Darah takut dan gemuruh naik sampai ke kepala. Peluh mula memercik. Jantung berdegup kencang. Rasa bersalah menyelimuti bermula dari jari kaki sehingga ke hujung rambut. Ke arah mana saya rukuk dan sujud tadi? Saya mengenang murka Allah, memejam mata dan beristighfar panjang-panjang. Saya kembali berdiri. Memandang kain pelapik sujud dan memusingkan semula 180 darjah. Saya kembali memperbaharui...

Hujan

Kami sedang menunggu hujan datang. Semenjak diberitakan kenaikkan harga minyak, hujan belum singgah. Malam diumumkan, kejiranan kami dilanda musibah putus bekalan elektrik. Panas yang begitu membara ditambah dengan tiada kipas berpusing di syiling. Peluh mencurah-curah, tetapi apa pun tidak boleh dibuat melainkan mengambil bantal, berselawat dan menunggu bekalan elektrik disambung semula. Sekarang, hujan masih belum sampai. Tetapi kami berjumpa lagu tentang hujan dari Native Deen yang begitu indah ini. MashaAllah, ia lebih hebat berbanding semua lagu yang dinyanyikan Noh hujan. Melihat video klip ini, betapa kita berkongsi rasa yang sama. Bila hujan turun, masing-masing akan gembira. Senyum akan terukir, kanak-kanak riang bermain air. Kata orang, dimana ada air disitu akan ada kehidupan. Begitulah kita sebagai manusia. Kita juga punya musim pasang dan surut. Dalam kehidupan selalu sahaja akan melalui hari-hari kemarau dan berdoa agar hujan turun. Tetapi selalu kita lupa, awan yang memb...

Tuhan berada di langitkah?

Image
Saya mengisi gelas Piala Dunia yang dapat percuma dari MacDonald dengan ketul-ketul ais. Nasib ais dalam peti masih ada meski sudah tinggal sedikit. Saya kacau air teh o dalam jug dengan sudu supaya manis gula yang sudah termendak di bawah menjadi sebati semula. Perlahan-lahan saya tuang ke dalam gelas sehingga ais tenggelam sepenuhnya. Saya goncangkan. Bunyi hentakan ais ke gelas begitu mengujakan. Ia menandakan air teh o ais di tengahari yang panas sudah siap dihidang. Saya berjalan ke ruang tamu. Asytar masih dihadapan TV melihat siaran ulang tayang tendangan penalti antara Uruguay dan Ghana dengan tekun. Mendengar bunyi ais di cawan buat Asytar menoleh. Saya menyerahkan gelas, Asytar tersenyum dan mengucapkan "terima kasih." Saya mengalih pandang ke TV. Semua pemain baik dari pihak Ghana mahupun Uruguay sedang berperang emosi dalam hati. Masing-masing nampak resah. Sekali-sekali kamera mengarahkan pada mereka yang mulut terkumat kamit sambil memandang ke arah langit. K...

Spain: Kemenangan yang tidak dirai

Image
Bila ada Paul (si sotong oracle), Piala Dunia sudah tidak menarik lagi. Bukan percaya, masalahnya bila mengikut statistik Paul tidak pernah meneka salah. Dalam disiplin matematik, ia adalah satu kebenaran. Jadi untuk apa berjaga pagi hanya semata mahu menonton. Lagi pula mereka kata, Belanda dilayan buruk oleh pengadil sehingga mereka terpaksa bermain kurang seorang atas padang. Pencinta judi, tentu akan memastikan Paul terus ada 4 tahun lagi. Supaya mereka tidak rugi menghamburkan duit atas nasib. Bookie pula mahu Paul dihukum mati, agar mereka dapat mengaut untung berlipat ganda bila tiba musim Piala Dunia. Apa pun Piala Dunia (cawan Dunia) sudah berakhir. Akan dibuka 2014 nanti kalau dunia masih ada. Saya terkesan dengan apa yang dibicarakan oleh Ally Iskandar dan seorang lagi pengacara MHI (tak kenal siapa) pagi tadi tentang Piala Dunia dan kesannya pada masyarakat. Pengacara 2: Ada satu perasaan yang datang selepas pelawanan antara Spain dan Belanda malam tadi. Lepas habis pelawan...

Uda dan Dara: Naskah yang gagal difahami Istana Budaya

Image
Bermula 10 Julai sehingga pesembahan penutup pada 20 Julai, naskah Uda dan Dara (Usman Awang) dimainkan di Istana Budaya. Kami diberi kesempatan menonton pada 10 Julai. Seperti yang tertera di tiket, jam 8.30 malam ia akan dimulakan. Kata orang, teater di Istana Budaya ialah hiburan untuk orang kaya. Jika begitu, bagaimana pula kami dapat pergi? Sudah tentu berbekalkan tiket termurah RM30 untuk disaksikan dari tingkat 3. Mungkin kerana tiket tidak habis dijual atau kata petugas Istana Budaya sedang dibaik pulih, tingkat 3 tidak digunakan. Kami diminta turun untuk duduk di tingkat 2. Itu pun, masih lagi ditunjukkan tempat yang sesuai untuk tiket RM30. Walaupun disekitar tempat duduk yang lebih mahal, kosong tidak berisi. Tidak tahulah pula kalau tiket yang berharga lebih RM100 di bawah penuh atau tidak. Uda dan Dara adalah naskah kisah cinta. Malangnya saya tidak pernah membaca naskah asal Usman Awang, yang terhidang di depan mata adalah interpretasi pengarah. Untuk mudah, ia seperti ma...

Belanja Makan Tengahari Lauk Sambal Sotong

Image
Hari ini saya bermurah hati untuk belanja makan tengahari dengan sambal sotong. Ni sotong yang besar punya, tak main sotong yang kecil-kecil buat celah gigi tu, apa kelas. Betul saya nak belanja bukan main-main. Sotong ni saya ambil di akuarium Oberhausen di German. Sotong kurita, kira ramai la boleh makan ni. Boleh, boleh jemput kawan-kawan yang lain. Tapi tak silap saya sotong ni dah di beri nama, namanya Paul. Dan Paul ni pun walaupun seekor binatang, tetapi telah diberi pekerjaan tetap sebagai Oracle atau penilik nasib. Tahi judi memang akan suka sangat dengan Paul ni. Amanah tugas Paul ialah meneka perlawanan pasukan German di World Cup 2010. Setakat ini, tekaan Paul 100% betul. Memang tak salah akuarium Oberhausen melantik Paul sebagai oracle dan penaik semangat untuk team German. Tapi semalam Paul telah membuat kesalahan yang menyebabkan saya boleh belanja kawan-kawan makan tengahari dengan lauk bersambal sotong Paul. Panas hati betul. Bersusah payah saya kerat Paul seberapa ban...

Germany vs Argentina

Image
Saya tidak menonton mana-mana pelawanan bola Piala Dunia secara penuh setakat hari ini. Hanya menunggu keputusan keesokkan hari. Meski saya mahu melihat kelibat Kaka dan Robinho, saya juga menahan diri. Sangka saya Brazil akan berjaya mara sekurang-kurangnya sampai ke saparuh akhir. Masa itu bolehlah menonton sekurang-kurangnya satu perlawanan dari skuad samba. Akhirnya, mereka kecundang di tangan The Orange. Hari ini, harapnya saya dapat menonton satu perlawanan team pilihan-Germany. Saya hilang minat selepas ketiadaan Zidane dan juga kontrovesi yang mengkaburi Ribery. Kali ini satu panggilan dari match penting untuk kedua-dua negara, Argentina dan German. Messi dan Mesut Ozil. Kata orang, Messi terlalu hebat untuk dikekang. Kaki kirinya lebih hebat dari kaki kanan, dan dia akan berusaha sehabis mungkin untuk menerobos gawang lawan. Ozil, dia dipanggil selepas Ballack tidak mampu menggalas tanggungjawab kerana kecederaan. Masih muda, hot spot untuk semua kelab terkemuka Eropah. Saya...