10 minit dan 2 jam
Bila pulang ke kampung halaman (i.e: Kuala Lumpur), saya lebih suka bergerak menaiki kenderaan awam. Biar apa pun komen orang terhadap perkhidmatan ini, saya tetap memberi markah penuh pada jaringan sistem pengangkutan di KL. Hari minggu yang lalu saya bergerak ke Ipoh dengan menaiki ETS (Electric Train System). Satu perkhidmatan baru yang memberi jaminan sampai ke Ipoh kurang dari 2 jam untuk laluan ekspres dan tambahan 20 minit lagi untuk laluan transit.
Begini kronologi perjalanan saya:
Begini kronologi perjalanan saya:
Pergi: Dari rumah ke stesen LRT Jelatek dengan menaiki bas. Mengambil masa kurang dari 10 minit dengan tambang RM1 sahaja.
Naik LRT dari Jelatek ke KL Sentral – RM2.10.
KL Sentral ke Ipoh : Naik keretapi biasa (kes salah beli tiket) RM22.00
Balik: Tiket ETS jam 6.30 dengan harga RM30 (harga promosi). Dari KL Sentral ke stesen Setiawangsa. Dari Setiawangsa menaiki teksi (kurang dari 10 minit) dengan harga perkhidmatan RM4.00.
Saya ke Ipoh kerana menghantar komputer riba (yang sakit semula) ke doktor komputer peribadi saya. Tempoh lawatan yang singkat kerana hari Isnin bekerja dan tidak berniat untuk mengambil cuti, lagi pula doktor komputer saya akan bertolak ke German hari Isnin. Oleh kerana tiket perjalanan pulang jam 6.30 petang dari Ipoh, sampai di stesen Setiawangsa lebih kurang jam 9.15 malam. Malam dan perlu naik teksi (meski opsyen lebih baik dari berjalanan kaki), satu bayangan tentang keganasan dan jenayah berlegar-legar dalam kepala. Ya, saya memang cetek dengan mencurigai perkara yang bukan-bukan. Mujur pemandu teksi seorang pakcik berkopiah putih.
“Assalamualaikum. Boleh hantar saya ke Masjid Al Ansar?”
Pakcik dengan muka sedikit hairan bertanya, “Masjid yang dekat ni ke?”sambil menunjuk arah ke kiri.
“Ya pakcik, yang dekat tu.”
“Pakcik, walau dekat hendak menapak terjelir juga lidah, lagi pula hari sudah malam.” Komentar yang akhir itu saya panjangkan dalam hati sahaja.
“Boleh.”
Jawapan pakcik menyebabkan saya segera duduk di kerusi belakang dan terus membaca doa keselamatan.

“Hendak ke masjid la ni ya?”
“Apa ke hei pakcik 9.15 malam nak pergi masjid. Isyak pun dah lama habis.” Suara protes itu hanya bergaung dalam hati sebaliknya saya jawab dengan lemah lembut seperti berikut,
“Bukan, rumah saya berdekatan dengan masjid. Saya sebut Masjid Al Ansar supaya pakcik senang agak ke mana arahnya.”
Pakcik berpuas hati dengan jawapan memanjangkan bicara, “Untung awak ya duduk dekat dengan masjid. Beberapa tapak sudah sampai. Senang hendak solat berjemaah.”
Ayat terakhir pakcik buat saya senyum sendiri. Senyum yang mungkin tidak dapat dilihat pakcik.
“Tapi ramai juga yang duduk dekat dengan masjid tetapi tidak pergi solat pun. Kalau macam itulah, berat.”
“Ya pakcik betul. Bukan semua yang duduk berhampiran masjid akan berlumba-lumba berjemaah di masjid.”
Kata-kata itu saya lontarkan penuh yakin. Sangat pasti dan sanggup bersaksi tentang itu. Seperti bulan yang sentiasa ada menyaksi kegiatan malam. Seperti matahari yang sentiasa memerhati segala di bumi di waktu siang. Kenapa begitu pasti? Kerana saya juga salah seorang yang dimaksudkan dalam kenyataan itu. Tapi saya tidak perlu beritahu pakcik tentang itu.
“Berat sungguh kalau macam itu. Kalau orang Kelantan dia sebut teri.”
Entah betul tidak yang ditangkap telinga saya malam-malam ini.
“Apa maksudnya pakcik?”
“Teri ini macam hati,” pakcik mula melukis hati di udara dengan jari telunjuk kiri dan kanan sambil memegang stering. Kemudian dengan jari juga pakcik mengambarkan hati di belah di tengah-tengah.
“Kalau terbelah tu maksudnya kita membuka. Membuka maksud kita menerima dan bersedia berbuat amal baik. Tapi orang yang duduk dekat masjid tetapi tidak pergi bersolat, mereka teri hati sendiri.” Dengan jari juga pakcik membuat gerakan hati yang terbelah disambung dengan besi yang dicairkan. Anehnya, saya boleh lihat itu semua. Sedang yang ada hanya jari pakcik dan kanvas udara.
“Oh pateri. Welding ya pakcik.”
Pakcik gelak. Mungkin dia gelakkan saya yang tidak faham istilah orang Kelantan.
“Orang macam itu Allah paterikan hati dia. Memang tertutup sebab itu berat untuk dia lakukan ibadah. Sebab apa jadi macam itu?”
Saya menggeleng kerana tidak ada jawapan. Pakcik nampak ketidaktahuan saya meski dia duduk di depan. Pakcik ada mata dibelakangkah?
“Itu sebab dosa. Terlalu banyak dosa kerana itu hati tertutup.”
“Betul pakcik. Bukan setakat solat, kadang-kadang azan pun mereka tidak mahu dengar. Terutama waktu Subuh kerana rasa sangat terganggu. Tidur jadi tidak lena.”
“Betul, itu juga tanda banyak dosa. Itu juga tanda hati telah dipateri. Dalam Al Quran surah Al Baqarah pun ada sebut.”
Saya tersentak tetapi sempat juga beri respon pantas, ‘yang ayat dia berbunyi summum bukmum umyun fahum la yubsirun’ tu ke?”
“Betul tu. Dengan maksud Allah tutupkan mata, tutup hati, tutup telinga. Jadi orang itu tidak dapat lihat, dengar dan faham apa-apa. Berat tu, berat.”
Saya mendengar, takzim. Seolah banyak pukulan datang bertubi-tubi menampar saya kiri dan kanan. Dan belum pun sempat membalas, pakcik menyalakan signal ke kiri. Sungguh benar pakcik orang masjid. Tanpa saya tunjuk pun dia tahu lorong mana yang akan membawa kami ke Al Ansar.
“Masuk kanan pakcik. Jalan sedikit sahaja, itu rumah saya.”
Saya membayar RM10. Pakcik menyerahkan baki RM5. Kemudian terkial-kial mencari duit baki yang lain. Saya tidak tahu berapa yang patut pakcik pulangkan pada saya, tetapi saya terus bersuara, “Takpelah pakcik. Saya halalkan.”
“Jangan. Aniaya awak ni nanti. Lagi RM1 baki.”
“Betul pakcik. Saya halalkan.”
“Kalau begitu ambillah 50 sen ni.”
Pakcik masih mahu memulangkan.
“Takpe pakcik, betul saya halalkan. Terima kasih hantar saya balik dengan selamat.”
“Betul halal ya. Terima kasih.”
Saya senyum, menyeluk beg untuk mendapatkan kunci rumah dan terus keluar dari perut teksi. Pakcik menunggu sehingga saya di pagar sebelum berlalu.
Mungkin harga perjalanan saya RM4. Dan saya berhak atas baki RM1 itu. Tetapi untuk perjalanan singkat tidak sampai 10 minit, pakcik telah berkongsi ilmu dan nasihat yang tepat ke batang hidung sendiri. Untuk semua itu, berapa nilai yang perlu saya bayar pada pakcik?
Setelah tenang berada di rumah saya berfikir. Pakcik dalam masa tidak sampai 10 minit boleh mengajar banyak. Tadi ketika duduk 2 jam dalam perut ETS, dengan pendingin hawa yang cukup selesa, dengan kerusi yang selesa, duduk di sebelah ah po (nenek) yang naik dari stesen Batu Gajah, saya kembali berfikir apa yang telah saya lakukan. Melainkan senyum dan beri ruang untuk ah po duduk selesa serta membetulkan barang-barang.
2 jam untuk saya yang sia-sia.
10 minit pakcik dapat membawanya ke syurga.
Hati, adakah ia sendiri telah terpateri?

Comments
patut pun sesetengah orang mendapat lebih 24 jam sehari.... mereka menggunakan masa di celah-celah masa.
bila dapat buat yang sama macam pakcik tu buat?