Rizqin

hari-hari ditemani bau Rizqin
seolah hadiah yang diserah
dari tempat tertinggi
bagai melihat syurga
meski masih berada
dalam dunia

setiap kali melihat
dan bila dia mendepangkan tangan
minta untuk diamankan dalam dakap
seorang perindu (seperti aku)
ada damai, ada sepi, ada syukur, ada keindahan

betapa penciptaan meski kecil
ia dapat memberi nyala
sebuah harapan

itu
dunia
yang menghantar
nikmat
akhirat
untukku.

Comments

Nur said…
This comment has been removed by the author.
Nur said…
Aku sudah lama mahu bertanya, menenggelamkan seluruh keraguan ku ini, adakah cinta dihati mu sudah sayup terbang ke langit ke-tujuh?

Dan kau ini, apa benar2 dilamun cinta?

:P
asal said…
bila kamu faham erti cinta (yang sebenar)
setiap hari pun akan jadi
Hari Berkasih Sayang

:)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK