Talqin untuk Pen Drive

Pen Drive saya, yang berkapasiti 8Gig telah pun bertemu dengan 3 orang pakar penyakit-penyakit kronik untuk peti simpanan maklumat. Ultimatnya pada tangan seorang pegawai yang telah berusaha untuk menggembalikan semula maklumat yang ada dengan menggunakan command dos. Namun, seperti mana ditangan pakar-pakar sebelum ini, mereka mengkhabarkan berita sedih. Tanya mereka, apa ada dalamnya?
Jawab saya, "Nyawa". Ya, saya terlalu berlebih-lebihan. Tetapi untuk mereka yang berkongsi pergantungan yang sama dengan peti simpanan maklumat berbentuk digital ini, tentu akan faham. Saya berjalan gontai keluar dari bilik ICU. Pakar-pakar tadi yang berkongsi kesedihan saya berseloroh untuk menwar-warkan kepada semua orang peristiwa saya kehilangan nyawa. Mereka mahu menulis notis di peti email semua orang pengumuman belasungkawa. Senyum saya sudah hilang manisnya.
Saya yang masih mahu mengumpul sisa-sisa kekuatan yang ada berlucu, "Abang Wan, dah tak boleh buat apa, kena buat tahlil untuk pen drive."
Abang Wan menyambung, "Lepas maghrib ke Isya'?"
Saya cuma mensisakan senyuman. Ya nyawa, boleh sahaja muncul dalam pelbagai bentuk. Namun seperti mana sifat hakikinya, ia bisa sahaja diambil oleh Sang Pemilik. Kita sebagai hamba, harus tunduk berserah. Setiap musibah dan ujian, tentu ada hikmah di sebalik kejadian, kan?
Innalillahi wa inna ilaihi rajioon.
p/s: dengan musibah terbaharu, dateline 10hb, macamana nak kejar :p (alasan-alasan)

Comments

Cikli said…
salam,

orang putih kata, do not put all your eggs in one basket....
ieka said…
rancho kata.. put your hand on your chest and say to yourself that "all is well".. :)
najibah said…
:O

Tumpang bersedih. Innalillah. Pernah terjadi juga. Lain kali As boleh cuba Google Docs sebagai back-up. Tapi itupun harus tetap berserah kepada Sang Pencipta - kalau akses Internet tiba-tiba mati sekawasan, ternganga jua.

Mudah-mudahan mendapat ganti lebih baik.
ASaL said…
cikli - try to keep all the precious eggs in better place now, and always be careful right? thanks

ieka - ;p hehe, 'allz is well', after all i keep you somewhere else, so technically, i loose nothing.

najibah - insyaAllah. Akan ikut nasihat :) terima kasih Najibah (terfikir2 boleh tak dapat extension time :) agak2 editor marah tak?)
Ada dua hari lagi :-)

Ya, saya diserang ketakutan juga. Sehabis mendraf, terus hantar emel ke diri sendiri. Manalah tahu, tiba-tiba pada 10hb tu.....ah, malas nak cakap!

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?