Posts

Showing posts from January, 2012

Mencari Hati Tenang

Kenapa kita bersedih? Satu jawapan, kerana kita memilih untuk sedih. Ia wujud dalam fikiran, menjentik emosi dan berlarut-larut sehingga menjadikan kita tidak berdaya. Saya membaca buku The Last Lecture, Randy Pousch. Beliau seorang profesor dengan pencapaian luar biasa. Kehidupan sempurna, isteri, anak-anak, kemewahan. Berjaya mencapai semua impian yang dicita sejak kecil. Lewat 30an dia dikhabarkan mengidap kanser peringkat terminal dan punya 3-4 bulan untuk hidup. Kata Randy, "saya memang tidak boleh mengubah sakit ini. Jadi saya memilih untuk sisa hidup yang ada dengan menghabiskannya dengan penuh kegembiraan." Jika anda membaca bukunya, anda tahu Randy gembira sehingga ke penghujung hayat. Saya tersentak. Kematian dan kesakitan pun tidak menggugat Randy untuk bersedih. Begitu hebat kuasa persepsi positif. Saya setuju dengan Randy, tetapi punya buah fikir yang lain. Kita banyak rasa sedih kerana kita rasa kita seorang pemilik dan punya hak untuk sesuatu, lebih-lebih yang ...

Peringatan untuk Diri: Black Hole

Buatlah keputusan yang terbaik untuk menjamin ketenangan hati, bukan memuaskan nafsu. Kerana nafsu itu ibarat blackhole, selagi kita ikutkan selagi itu tidak akan pernah cukup-cukup. Telan apa sahaja tidak pernah berhenti. Tetapi bila mengejar hati tenang, kita akan berada dalam limpahan kasih sayang Tuhan. Bukankah hati yang tenang itu, hati-hati yang mengingati TuhanNya?

untuk kamu yang melihat aku

Image
Di saat orang memuji, hanya kau yang nampak kekurangan diri Ketika orang mengatakan kesempurnaan, kau yang memperlihat kelompangan Ketika orang menghargai jasa, kau yang menunjuk ruang lebih luas menebar budi Ketika orang mengeji, kau dihadapan melindungi Disaat orang menjauh, kau dekat dengan mempertaruhkan doa Tika orang tidak peduli, hanya kau seorang yang percaya Dia saat mengeluh penat, kau kata aku tidak membuat apa-apa kerana percaya aku punya lebih banyak untuk memberi Aku tidak tahu, kau mengajariku Kau malah tunjukkan aku apa yang aku tidak tahu Dan bergaduh bila perlu Kau tidak percaya apa-apa tentang kelemahan, kerana kau lebih nampak kekuatan yang dengan rela kau tunjuk dan pandu Ketika aku sembunyi, kau menjumpai Ketika aku tiada, kau mencari seperti tidak akan bertemu semula Ketika aku jauh, kau merindui Ketika aku tidak dikenal, kau yang menyebut namaku berulang Ketika bila mana aku zahir, kau menyeluruhi wajah dan membaca jiwa Ketika aku ada, kau punya senyum penuh ca...

Menunggu itu indah

Image
Penantian itu satu penyeksaan. Itu frasa kata yang telah dimomokkan pada kita sekian lama. Tetapi sebagai mana hantu yang ditayangkan di TV, kita ditakutkan dengan momokan. Atau persepsi. Hantu lebih senang dilihat dalam TV bukan realiti. Hanya yang berilmu tinggi boleh melihat alam ghaib. Menunggu memang jemu kalau kita tidak mengisi masa antara ruang yang ada. Semalam momok yang lama bersarang dalam dada melebur. Bila dikurniakan ilham untuk berbuat sesuatu yang baik dan kita bertindak atas ilham tersebut. Rakan saya yang telah berjanji sampai di KLCC selesai peperiksaan saya selesai lewat. Kurang lebih saya perlu menunggu sejam. Boleh sahaja membunuh waktu di Kinokuniya. Tetapi bila rakan sampai tetap akan ke Kinokuniya semula. Lagi pula buku di sana semua berbalut plastik. Tidak akan ada peluang pun untuk membaca ilmu. Saya mengambil langkah untuk ke masjid. Belum pukul satu tapi harap untuk dapat Zohor jemaah lebih mengujakan. Tetapi saya dapat lebih. 15 minit sebelum Zohor Imam m...

Tanpa Mahram – Di Bawah Lindungan Tuan Empunya Kaabah

Ramai orang bertanya saya di mana. Saya masih di bawah langit yang sama. Kalau awak dapat melihat bulan waktu malam, saya juga melihat bulan yang sama. Jika awak menyahut seruan azan untuk solat, saya juga bersolat. Mungkin dalam doa usai solat, awak juga ada. Dan sangat indah kalau saya dapat mendengar suara awak meng’amin’kan doa. Hakikatnya saya berpergian. Menyahut jemputan yang lama saya tunggu, yang kadang-kadang mustahil dapat pergi memikir kekurangan yang nyata dan tersembunyi dalam diri, tanpa persediaan yang jika dibanding dengan orang lain yang sangat tersusun dan jelas jitu, dan ya, tanpa mahram. Saya memenuhi jemputan dan menyahut panggilan musim Haji 1432H pada 24 Oktober – 6 Disember yang lalu. Masih dipenuhi dengan pelbagai rasa, fikiran, soalan dan jawapan, akhirnya saya gagahkan diri untuk menulis di sini. Dorongan kuatnya ya pasti, kerana awak. Saya tidak tahu logik akal mana yang saya pakai untuk bercita-cita menunai Haji. Sudahkah saya ceritakan pada awak yang saya...

Tidak Sampai ke Langit

Image
Salam Tahun Baru Masehi 2012. Orang bertanya saya kemana? Saya tidak kemana-mana. Masih di bawah langit yang sama. Kalau awak dapat melihat bulan waktu malam, saya juga melihat bulan yang sama. Jika awak menyahut seruan azan untuk solat, saya juga bersolat. Mungkin dalam doa usai solat, awak juga ada. Dan sangat indah kalau kita berjemaah dan akhir nanti mendengar suara awak meng’amin’kan doa, atau saya yang meng’amin’kan. Hakikatnya saya berpergian. Saya memenuhi jemputan dan menyahut panggilan musim Haji 1432H pada 24 Oktober – 6 Disember yang lalu. Sudah lama. Ya. Tetapi satu perkara yang saya tidak pernah diberitahu, sekembalinya ke tanah akhir kita akan disampuk rindu yang teramat berat. Itu yang berlaku, itulah yang meng’kaku’kan jari jemari, juga akal dan fikiran dan tentu yang berkecamuk dalam hati. Saya tenggelam dalam sakit rindu yang mencengkam. InsyaAllah, rindu tidak menjadikan saya orang lain. Malah moga akan membawa lebih kenal akan diri sendiri. Moga akan terbit...