Sedetik Lebih
i. Kita terlalu banyak dibebankan dengan tugasan pejabat. Pada masa yang sama tidak boleh ambil mudah apa yang perlu diselesaikan di rumah. Sekarang, kedua-duanya telah menjadi tugas hakiki. Tetapi ada waktu-waktu yang kita mahu masa sendiri, untuk buat apa yang kita suka buat. Jarang sekali dapat kan? Jika jadi macam ini, selalu saya berdoa agar saya diberi lebih masa. Sedetik lebih dari orang la in. Sebab saya terlalu rindu untuk punya masa untuk membaca. Salahkah saya berdoa demikian? Memang salah. Sebab aturan dunia ini tetap, tidak akan ada perubahan sehingga hari kiamat. Kalau 24 jam yang Allah bagi, itu sahaja. Tiada istilah lebih masa, atau sedetik lebih. Untuk itu saya ubah doa. Kali ini saya mohon untuk diberi keberkatan pada masa. Keberkatan kepada tenaga. Keberkatan pada fokus dan tumpuan. Supaya tugas-tugas pejabat, tugas di rumah dapat diselesaikan dengan pantas. Kemudian selepas itu saya akan dapat masa untuk membaca. Alhamdulillah. Ia memang boleh berlaku. Allah...