Pelajaran Rezeki 2
Pelajaran Rezeki 2
Dia rakan yang lebih muda dari
saya, tidak syak saya juga menghormati dia. Dengan usia relatif sangat muda,
dia mendapat tempat di jabatan strategik di syarikat telekomunikasi nasional
yang sangat berpengaruh. Tetapi ujian yang diperoleh sangat banyak, kerana usia
mudanya dipersoal dengan kemampuan dia mengendali urusan syarikat. Saya percaya
kewibawaan dan kompetensi dirinya tanpa syak, namun seperti biasa politik
pejabat akan mengambil tempat.
Secara jujurnya, saya tidaklah
mengenali rapat, walau sudah kenal begitu lama. Sampai sekarang saya tidak tahu
berapa jumlah sebenar adik beradik dan latar belakang yang lain. Entah apa daya
penarik antara kami yang menyebabkan kami sangat selesa berkongsi tentang apa
sahaja, saling menyokong dan mendokong, saling medoakan.
Jika tanya apakah asas perkenalan
ini, penjelasan saya cuma satu “ini urusan Tuhan yang saya sendiri tidak tahu
jawapan.”
Saya kenali dia yang diuji Allah tetapi tetap selalu sabar dan berserah. Pernah KL banjir dan kereta rakan saya ini ditenggelami air. Dia juga diuji perlu memilih jawatan tinggi atau jawatan yang lebih rendah, dan dia memilih yang akhir demi untuk menjaga anak dan keluarga. Situasi ketika dia masih dalam kesempitan, dia masih lagi menyumbang dengan jumlah terlalu banyak untuk badan kebajikan.
Saya kenali dia yang diuji Allah tetapi tetap selalu sabar dan berserah. Pernah KL banjir dan kereta rakan saya ini ditenggelami air. Dia juga diuji perlu memilih jawatan tinggi atau jawatan yang lebih rendah, dan dia memilih yang akhir demi untuk menjaga anak dan keluarga. Situasi ketika dia masih dalam kesempitan, dia masih lagi menyumbang dengan jumlah terlalu banyak untuk badan kebajikan.
Pernah diceritakan, bahawa dia berkeinginan sangat pergi Haji,
sangat mahu. Meski masih lagi muda. Selepas saya pulang Haji, hatinya berkobar mahu pergi. Tahun lepas
selepas senarai nama peserta terpilih keluar dari daftar Tabung Haji, nama dia
dan suami tidak terpilih. Dia menceritakan kesedihan hati dan larut dengan air
mata.
Magik apa yang ada dalam doa dia,
seminggu sebelum tarikh wukuf dia memberi pesan di telefon, dia dan suami
dipilih di saat-saat akhir. Hanya ada beberapa hari untuk persiapan, jika
sempat pun berlepas, hari tiba di Makkah adalah sehari sebelum hari wukuf.
Dengan maksud sampai Makkah, simpan semua barang di hotel, kemudian perlu
bergerak terus ke Arafah untuk wukuf.
Dia menceritakan kisah Haji
kepada saya secara lintas langsung dari Makkah (melalui WhatsApp). Tiada kata
kesyukuran yang boleh dipanjangkan kepada Tuhan, bila tahu ada orang sudi
mengingat di tanah Haram di waktu pengibadatan paling akbar yang dilakukan oleh
umat Islam.
Sesuatu yang memeranjatkan dari
kisahnya, satu hari dalam tempoh Haji yang panjang itu dia menulis dalam kotak
dialog WhatApps, “sebenarnya selepas selesai wukuf, selepas selesai tawaf wajib
Haji, dan hampir ke semua rukun dan wajib haji selesai, kami sebenarnya belum
pun menjelaskan bayaran tambang yang dituntut Tabung Haji sebelum berlepas.”
My jaw drop. Kalau tengah minum,
sudah tentu tersembur keluar. Tanpa bayaran, tetapi tetap diizin Tuhan untuk menjadi tetamuNya.
Comments