Main Monopoly
Ada waktu-waktu yang
saya hargai, bila dua orang anak buah kesayangan pulang ke KL dengan membawa
kotak. Permainan Monopoly yang tidak lapuk zaman. Jurang perbezaan umur tidak
pernah menghalang, anak bapa aunties uncles boleh duduk dalam bulatan dan main beberapa
pusingan.
Kami akan main dengan peraturan mudah, supaya
cepat habis untuk cari pemenang dan peng'kalah'. Bagi yang paling awal keluar,
kena bersedia digelakkan 'cow-cow' dan menyaksikan ego yang menang adalah satu
pemandangan yang menjengkelkan.
Yang emosional akan bermasam muka, yang mahu poyo
kerana menang akan bercerita dengan eksyen dan megah.
Hujung minggu yang berisi? Ya mungkin, tetapi saya
punya pandangan lain sekarang. Banyak perkara, antara lain apakah pelajaran
yang diperolehi dari permainan ini, atau adakah ia menyuntik semangat
individualistik?
Hahaha, Asal, Asal, kalau tidak berfikir secara
simple memang tidak boleh.
Jap jangan kritik dulu, semalam dalam enak-enak
berangan (I mean berfikir), saya disampuk rindu pada anak buah yang dua orang
itu. Kemudian ingatan kepada hobi bermain Monopoly. Kemudian ini, "kenapa
kita tidak wujudkan permainan Society, tetapi kita agungkan permainan Monopoly?"
Mana ada permainan Society! Duhhh (#face palm).
That is actually my point. Kenapa tidak ada?
Idea saya tentang permainan Society adalah kontra
dari permainan Monopoly. Daripada kita menggalakkan pemilikan ke atas tanah,
rumah dan hotel, kemudian mengenakan bayaran yang tinggi kepada mereka yang
ter'singgah' kat tempat kita apa kata kita ubah? Ini kalilah (tidak ada kena
mengena dengan demam PRU13).
Cuba kita reka permainan 'board' yang memerhatikan
masyarakat yang kita namakan Society. Dalam permainan tersebut, kita beri merit
kepada mereka yang sentiasa meningkatkan kualiti diri dengan ilmu pengetahuan
(a.k.a baca buku), mementingkan persaudaraan, sentiasa memberi dan berbagi,
berkorban untuk maslahat umum berbanding kepentingan peribadi, menghormati,
keikhlasan, bermoral, keadilan, dan cintakan alam sekitar. Yang lebih banyak
bersedekah, berwakaf, mengajar orang lain dengan percuma, menolong, kutip
sampah dan sebagainya akan diberi markah yang banyak.
Dan kita discredit bagi mereka yang menunjukkan
sifat individualistik dan monopoli, penindas, penghisap darah, rasuah,
pembunuh, licik, curang, dan yang melampaui batas, penipu, poyo, peniru,
penzalim, penc&>$¤, penghasut (macam marah je kan).
Well, jangan tanya saya macamana nak buat game tu,
I'm no master in games design. Tapi rasa saya takkan susah sangat nak buat kot.
Kita buat style dam ular pun lagi bagus. Yang perasuah penzalim tu akan turun
banyak (ular paling besor). Yang bagi sedekah kita soh dia orang naik tangga
sampai 70 tingkat. (Wahahaha, gelak cam orang jahat).
Why not kan?
Wah idea saya ni macam boleh jual kan? Nak kena
letak copyright reserved ke? Untuk menjayakan hal ini baiklah saya tunjuk
contoh tauladan yang betul dulu, so sesapa yang nak membangunkan game ini saya
letakkan status sebagai all rights reserved. (Hopefully boleh naik tangga,
bukan turun ular).
Amacam, ada bran?
Comments