Parenting MJ#2 : 'Engangement' di Dalam Kereta

Ada satu syarat yang jelas dipesan dan diulang-ulang, kalau bersiar-siar dengan MJ, tidak boleh main gajet (telefon pintar, tablet, PSP, etc) di dalam kereta. Mereka selalu mengadu pening kepala kalau dibiarkan main.

Saya rasa ada kaitan main gajet dengan pening kepala, terutama dalam perjalanan.

Akan ada kekosongan dan kebosanan melanda. Oleh kerana mereka ini anak-anak yang aktif dan sentiasa perlu diberi cabaran, kena ada cara juga untuk mengisi. 

Beberapa cara yang digunakan seperti berikut:

1. Mereka cerita dan sambung cerita. Boleh mulakan seperti ini, Ali adalah seorang budak periang yang suka membuat video. Idola Ali ialah Loqman Podolski.
Nota: Budak-budak akan teruja dan gelak bila kita kenal ikon popular zaman mereka. Zaman ini mereka lebih kenal Loqman Podolski dan Adib Alex berbanding Mat Luthfi atau ejen Ali.

2. Main cari benda. Benda-benda yang dicari boleh jadi plet kereta, papan iklan, bangunan dan sebagainya.

3. Main 'Spelling Bee'. Eja perkataan dalam bahasa Inggeris. Perkataan-perkataan yang keluar tadi, University, Tower, Castle, Biodiverstiy, Bunker. Saya minta juga eja perkataan lepaking, masing-masing buat bantahan sebab tak pernah dengar dan belajar. Saya katakan perkataan baru masuk kamus.

4. Ini permainan paling selalu dimainkan. Main teka teki. Teka-teki saya beri tadi, semua orang bila mati akan jadi mayat, tapi orang apa yang mati tapi tak jadi mayat?

Siapa mahu jawab soalan ni? ๐Ÿ˜Š

Beberapa rakan kongsikan cara mereka pula:

5. Main teka jalan. Ibu atau Ayah pura-pura tidak ingat jalan. Anak-anak akan gunakan memori untuk memberi tunjuk arah yang betul.

6. Soalan ayat lazim atau surah-surah pendek. Minta mereka sambungkan dan boleh juga menguji hafalan ketika dalam perjalanan. 

7. Teka tajuk lagu yang dinyanyikan secara 'humming'. 

Pengalaman menarik tadi, ketika Abang Asytar (13 tahun) tanya beberapa objek di jalanraya. Abang bertanya kepada adik-adik, apa yang ada pada binaan tinggi. 
Adik-adik: Bangunan
Abang: Salah, itu adalah besi. Kalau tak ada besi macamana binaan nak kuat berdiri.

Abang: Itu apa? (menunjukkan ke arah kabel elektrik).
Adik-adik: Wayar 
Abang: Salah, itu adalah kuprum. Kalau tak ada kuprum macamana nak alirkan elektrik.

Tips:
'Engagement' perlu dimulakan oleh ibu bapa/penjaga. Selepas itu kita akan dapat lihat mereka akan bermain sendiri bersama adik-beradik. Ada permainan yang mereka reka sendiri bila berada dalam kereta. 

Anak-anak secara azalinya kreatif, ibu bapa penjaga hanya perlu 'jentik' dan 'suntik' sedikit sahaja untuk memulakan. Selebihnya, akan ada anak yang menjadi ketua dan memainkan permainan mereka pula. 


Gambar: Sedang membaca buku yang sarat nilai positif. Akhir baca buku-buku tersebut, sediakan soalan untuk uji kefahaman mereka pula. 

Comments

Popular posts from this blog

ใ•ใใ‚‰ๆบ€้–‹

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK