Dauk Kaduk: Jom Tanam Sendiri


Kongsi gambar daun kaduk di laman sosial Facebook, ramai kawan-kawan dan saudara mara beritahu banyak lagi perkara menakjubkan. Untuk tumbuhan yang tumbuh agak mudah, dengan penjagaan yang minima, membiak dengan baik daun kaduk ni menyimpan banyak khasiat.

Daun ini mendapat tempat pada tahun 2018 dan beberapa tahun kebelakangan kerana makanan Thailand yang disebut Miang Kham. Sejenis kudapan dengan pelbagai bahan yang dimasukkan ke dalam daun, dilipat dan dimakan dengan sira gula merah.

Apa yang boleh dibuat dengan daun ini.

Resipi Masakan

Daun kaduk boleh dibuat:
1. Ulam
Memang biasa diamalkan oleh masyarakat. Petik dan terus dimakan. Atau direbus dicelur terlebih dahulu sebelum dimakan. Ada juga yang buat nasi ulam. Dicelur dan dimakan dengan sambal belacan. Boleh juga untuk ulam laksa. Ulam cicah dengan sambal kelapa.

2. Kerabu
Sebagai salah satu ramuan sayuran dalam kerabu. Paling sedap kerabu kerang dengan ikan bilis seperti yang dikongsikan rakan FB.

3. Gulai
Dimasak dan dimasukkan dalam pelbagai gulai. Ramai yang suka dicampurkan dengan gulai siput sedut.

4. Masak tempoyak
Resipi yang dikongsikan rakan. Masak daun kaduk, dibuat masak tempoyak bersama pucuk ubi, daun kunyit, pucuk labu, petai dan serai. Menarik ni.

5. Daun kaduk goreng telur
Untuk kanak-kanak yang menyukai sayuran, boleh masak daun kaduk goreng telur


6. Daun kaduk celup tepung
Macam cendawan calup tepung mungkin, dibuat sebagai kudapan dan jajan.

7. Nasi goreng kampung
Boleh masak nasi goreng kampung dan dicampurkan dengan daun kaduk.

8. Bubur lambuk
Campuran dalam bubur lambuk

9. Otak-otak

10. Sayur lemak ubi keledek

11. Sayur tumis

12. Sambal pucuk kayu


Ubat
1. Ubat darah tinggi
2. Produk herba
3. Pucuk kaduk buat ulam buang angin dalam tulang

Makanan untuk haiwan ternakan
1. Diberikan kepada kambing

Terbaharu, dikongsikan oleh rakan juga, daun kaduk boleh dibuat......

MILK BOOSTER

Caranya, boleh makan mentah atau rebus daun dan minum airnya. Petua yang dikongsikan jururawat semasa rakan melahirkan anak pertama.

Wow, hebat juga daun kaduk ni. Yelah selama ini tak ambil tahu. Ingat seperti sirih biasa, rupanya luar biasa.

Boleh tanam sepokok dua untuk dibuat ulam. Kalau rajin buat Miang Kham. Rasanya macam sampai ke Thailand. Ada banyak rasa dalam satu bunjut lipatan Miang Kham. Tak percaya, boleh cuba.

#jomtanamsendiri


Nota: semua maklumat hasil dari perbincangan di FB. Untuk maklumat terperinci secara teknikal, khasiat, boleh rujuk kepada mereka yang lebih arif dan profesional.






Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK