Posts

Regu

Bila sebut perkataan regu, yang paling sinonim adalah sukan badminton. Sebab ada kategori beregu.  Tetapi ini entri sambungan, dan fokus di sini ialah regu baca atau dapat difahami juga dengan maksud rakan ganding baca. Sepertimana bermain badminton, kita juga perlu ada regu baca. Tetapi selalu kita salah faham untuk mendapat regu baca yang sama level dan kapasiti intelektual dengan kita. Tidak selalunya perlu begitu. Seperti main badminton dalam kategori beregu, kedua-duanya mesti berada di posisi yang seimbang supaya serangan lawan dapat ditangkis dengan baik. Kalau seorang di depan, seorang lagi akan cover bahagian belakang. Kalau sorang duduk di sebelah kanan gelanggang, seorang lagi akan mengawal di kiri gelanggang.  Begitu lebih baik, meski dalam mencari rakan untuk ganding baca. Yang saling melengkapi, yang duduk di kawasan tertentu, bukan overlapping. Overlapping pun kadang-kadang bagus juga, kerana ia akan membuatkan kita lebih faham tentang sesuatu. ...

Entri untuk kamu

Saya menulis entri Kesyukuran Yang Dipanjangkan , kemudian mendapat komen dari Hara dengan kata-kata ringkas, “saya mahu jadi orang muda itu.” Tiba-tiba suatu suara muncul di kepala, saya mesti menulis untuk Hara, setidak-tidaknya sebelum penghabisan tahun 2012 ini. Saya menulis entri ini untuk Hara, bukan hanya seorang Hara tetapi beribu-ribu Hara di luar sana yang menjelma mungkin sebagai Azman, Ahmad Suhaimi, Daud, Basyir, Azizi, Izzati, Hazimah, Teha, Kamarul, Ajik, Zahid, Ariffuddin, Atikah, Amalina dan ramai lagi. Untuk orang muda sezaman, dari suara orang muda yang telah terkehadapan zaman lebih 5-10 tahun seperti saya, dan angkatan yang seusia. Ini pernyataan komitmen, dan mungkin entri ini akan jadi bersambung-sambung panjangnya. Saya patut sudah menulis lebih awal, selepas mendapat komen Hara. Ketika berjogging pagi dan petang, dalam kepala sudah terbentuk isi-isi penting untuk ditulis sebagai perkongsian, sebagai pesan perdamaian dan kasih sayang. Tetapi tetap t...

Kesyukuran yang Dipanjangkan

Saya bersyukur. Dipertemukan dengan orang-orang baik dan hebat. Yang percaya bahawa tindakan lebih layak bersuara dari teori dan segala macam bentuk diskusi. Mereka telah mengajar saya bagaimana mahu melangkah semula. Seperti bayi, saya bertatih sekarang, moga mereka mahu memimpin sehingga saya mampu berlari. Apa yang saya kagumkan lewat hari-hari ini? Anak-anak muda. Ya kamu, yang sedang membaca. Kita yang selalu berfikiran negatif, bahawa anak-anak inilah perosak bangsa. Tanpa melihat, adakah kita sebahagian dari masalah mereka? Ya orang dewasa yang meninggalkan, yang menyalahkan, yang membenci, yang menghukum. Kita tidak bertindak seperti mana perlunya. Orang dewasa yang menunjuk jalan, orang dewasa yang memberi nasihat, orang dewasa yang mendokong, menjunjung nilai, orang dewasa yang penuh kasih sayang dan memaafkan, yang lebih penting dari itu orang dewasa yang menjadi contoh. Akhlak, perbuatan, percakapan, pemikiran, tindakan, semua boleh dijadikan contoh...

Jumaat di Tahun Baru Maya

Ramai mungkin telah menjadi paranoid pada filem 2012. Hari masih awal, sepertimana dalam saranan Al Quran, kita menunggu dan mereka juga menunggu. Hari ini 21.12.2012, seperti dalam Filem 2012, dunia akan segera berakhir. Masih terlalu awal untuk yakin tidak akan ada apa-apa berlaku, atau saya juga dijangkiti dengan keraguan serupa.  Kita bertindak, berfikir berdasarkan apa yang menjadi kepercayaan dalam hati. Kalau ada orang kata dia atheis, sebenarnya dia juga punya kepercayaan. Lihat pada tindakan dan perlakuan, cara berfikir, itulah kepercayaan yang mendasar dalam sukmanya.  Hari ini cuaca begitu redup dan aman. Mari kita doakan hari esok masih ada, untuk kita menyesali atas setiap perbuatan buruk dan memohon ampun, serta berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik daripada semalam. Kalau pun dunia akan berakhir, jangan putus harap untuk terus melakukan kebaikkan. Jika ada sebutir benih di tangan, tanamlah. Jadilah mereka yang menerangi alam. Ada...

The Life of Pi (reviu)

Ada orang bertanya, best sangatkah filem ini? Saya tidak tahu nak jawab macamana. Ia akan sangat bergantung kepada selera seseorang. Untuk saya, memang tidak tertandingkan. Sekurang-kurangnya untuk filem-filem Hollywood mutakhir yang hanya mahu menayangkan hero-hero komik. Hero komik tidak masuk dengan selera akal dan logik, walau sinematografi memukau macamana sekalipun, ia belum cukup untuk mendorong saya kembali ke layar perak. Life of Pi (LOP) lain. Ada daya penarik yang memanggil. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu LOP itu apa sehinggalah kawan hantu buku menegur sinis, "Ia adalah event terbesar 2012, dan kau tidak tahu?" Rakan-rakan saya memang kejam begitu. Mereka akan hanya memberi komen berpenggal-penggal dan akan menyebabkan saya perlu mencari Haji Google sendiri. Sedikit hint pun kawan-kawan saya tidak mahu cerita tentang LOP. Kejam. Tetapi kekejaman begitu ada nikmat tersendiri, tanpa spoiler, saya boleh menikmati dengan kejutan-kejutan. LOP ...

The Life of Pi

Mesti tonton. Saya mahu menonton lagi, dengan 3D. Screenwriter & Director, OMG, you guys done an excellent job. Stunning!

Man Bi To Hicham

Without YOU , I'm nothing Aku sudah bisa tersenyum dan hidupku penuh makna. Sungguh nikmat tidak terjangka untuk mempelajari tentang hidup dan hakikatnya dari seorang yang sangat muda. Hati emas mana yang Dia kurniakan padanya? Sahabat muda saya itu, muda sangat usianya. Tetapi ketrampilannya memukau. Dia tidak pernah mahukan gemerlapan podium untuk berpidato, undi untuk mengetuai perwakilan pelajar dan meraih perhatian, atau memerlukan apa-apa dana untuk melakukan apa-apa kebaikan dan kebaikan. Dia hanya berbekalkan hati yang mahu, percaya, percaya diri, buat apa sahaja selagi apa daya, usia bukan penghalang, muda bukan untuk dibazirkan. Orang tidak bercerita tentang usahanya pun tidak mengapa. Dia melangkah keluar dengan berani, seorang pun tidak mengapa, kerana yang akan menemani adalah yang Pertama, DIA. Idea baginya bukan apa-apa kalau kita tidak berani bertindak. Saya sehingga sekarang masih terdiam, dan berfikir. Kerdil sangat semangat yang saya kumpulkan ini....