Jika punya lidah yg fasih (eloquence)


Ada speaker kurang faham apa yg diperkatakan semalam. Tentulah mereka lebih2 lagi, if so, if the speaker can turn back time, this will be the speaker speech.

Assalamualaikum

Pengerusi Majlis, KP, colleague, dan yang diraikan pelajar semester 6 sekalian. Saya berharap tidak dipanggil untuk menyampaikan ucapan dihadapan, sebab memang dah agak lama tak berucap dan ada phobia microphone. Tapi kerana meraikan para pelajar sekalian, saya cuba untuk menyampaikan beberapa pesanan, semoga tidak redundant dengan ucapan pensyarah sebelum ini.
Merujuk kepada Kelab C yang telah disebut oleh Penasihat C yang baru, En R, saya berasa terpanggil untuk memberikan satu ide, agak-agak cadangan saya ini relevan kepada pelajar semua. Memandangkan kecemerlangan C tidak dapat dibicarakan dan dibangga-banggakan tanpa menyebut sumbangan yang tidak berbelah bagi oleh anda, saya harap agar ada di antara anda yang sedia mencurahkan idea dalam pembangunan C seterusnya sebagai ahli bersekutu seterusnya menyaksikan C berkembang dan menjadi matang, di negeri P jika tidak di seluruh Malaysia.
Kedua, memandangkan banyak pensyarah telah memberikan testimony yang baik-baik belaka kepada anda semua, saya juga akan memberikan pandangan saya biarpun agak kontradik dengan yang lain. Yang menjadi kontradiksinya ialah, saya tidak boleh memberikan testimony bahawa anda semua sebagai batch yang terbaik, kerana bagi saya persoalan baik hanyalah antara anda dan Allah, dan Allah sahaja yang akan menilai kebaikkan anda semua. Tapi janganlah rasa kecil hati dengan pernyataan ini kerana, point saya belum habis lagi. Meski saya tidak dapat menilai, tapi jika anda semua benar-benar seperti yang diperkatakan, dan mendapat redha Allah, ia tetap akan menifest dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, testimony yang telah anda perolehi dari para pensyarah yang anda dengar dari mulut mereka sendiri. Dan bagi saya, dengan pemerhatian, saya kira langit telah memberikan redhaNya, dan nilaian saya akan sejalan dengan redha Ilahi. Semoga itulah yang akan selalu berlaku dan berkekalan.
Seterusnya, pengalaman mengajar anda semua. Anda adalah batch pertama setelah saya sekian lama belajar dan kembali mengajar, yang saya berpeluang untuk menyampaikan syarahan secara formal. Pengalaman mengajar anda, boleh saya katakana seperti menaiki Roller Coaster, walaupun saya tak pernah naik. Banyak pengalaman yang best, dan juga pengalaman yang lagi “best”. Walaubagaimanapun, saya rasa terhutang dengan anda semua, dengan pengalaman yang diberikan, menjadikan saya seorang pensyarah baru mempunyai satu daya juang dari dalam untuk menjadi pensyarah yang baik, untuk deliver yang terbaik dan memberikan yang lebih baik. After sometime, dengan melihat anda semua, menjadikan basis perjuangan saya di trek yang benar, dan it is worth it to give all the effort to you and others the knowledge and sharing the experiences. Your batch is worth for sharing the knowledge, worth for exchanging the ideas and experiences, worth to have fun and also worth to become friend.
Anda akan menggenggam segulung diploma. Tapi saya harap anda memahami makna sebuah pengiktirafan.
Diploma anda boleh jadi sebagai curse ataupun as a bless. Macam cerita spiderman, with a great power, comes a great responsibility. Anda sendiri yang akan decide whether you will become a good man or a batman (bad man). You decide.
Saya harap dapat memberikan pesanan mutiara berharga seperti yang En E berikan, saya juga ingin berpesan, mungkin tidak seindah pesanan En E. Memandangkan saya punya ucapan campur bahasa Melayu dan Inggeris, so pesanan saya should be in Bahasa Arab la. Hopefully, anda boleh faham, kalau tak faham boleh tanya putera Awis dan juga calon putera Awis, but at the end saya percaya anda semua boleh faham. Agak-agak kalau tahu boleh baca pesanan ni bersama saya. Pesanan saya berbunyi begini,
(Taawudz)
Iqra’. Bismi Rabbika Aladhzi Khalaq. Khalaqal Insana Min A’laq. Iqra’. Wa rabuka akram. Aladhzi allama bil Qalam. Alamal Insana Ma Lam Ya’lam.

Hopefully for the last, para pelajar yang sangat dikasihi oleh En W dan pensyarah-pensyarah yang lain. Saya agak sukar nak sayang orang. Kalau saya ada rasa sayang pada orang, saya harap rasa sayang saya itu boleh diconvert menjadi doa. Supaya dengan doa yang ikhlas itu akan dapat memberikan kebaikkan pada saya dan tentunya lebih-lebih lagi kepada orang yang saya sayang. Dan dengan doa itu dapat menjadi manfaat pada dia. Tapi entah macamana....................., anda semua selalu ada dalam doa saya.

Akhir kata, selamat maju jaya, semoga the year to come, you will discover the best quality in you and you will use it for the benefit of ummah, mankind and your religion. Maaf untuk setiap perkara yang saya ada melakukan salah, halalkan apa yang saya berhutang, moga kita dapat berjumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK