Nilai

Nilai. Orang sudah tidak punya standard yang global. Yang mahu cuma standard yg diukur oleh capaian indera. Lain-lain tidak. Bukan hati. Bukan roh. Bukan moral. Tapi ya, pada nafsu. Pangkat, kuasa, nama, puji-pujian, wang, kemasyuran.
Lalu salahkan siapa. Legasi?
Kita tidak punya petunjukkah?
Adakah sudah mengerti tentang hakikat?
Yang dikejar itu adalah realiti, sedang soal nilai, soal yang lain. 'Dia" tidak mungkin dapat mengenyangkan perut. Juga tidak menolong untuk menaikkan nama dan pangkat. "Dia" tidak dapat membeli kuasa dan tidak dapat menguasai.
Yang memandang hina hanya segelintir-segelintir sahaja.
Yang menyanjung dan menjilat ramai.
Diatas menyeringai menunjukkan taring.
Dan suka melihat orang menjadi hamba.
Angguk sahaja apa yang dikehendaki.
Masukkan nama, pangkat, gelaran yang mengenyangkan nafsu dan membuat syaitan gembira.
Apa peduli dengan nilai.
"Dia" sudah tidak punya tempat. "Dia" sudah mati dipancung oleh tiran yang sombong. Mayat "Dia" sudah disiat-siat oleh mata pedang dan panah dan dibiar di tanah lapang. Kepalanya sudah diarak atas lembing, dan dihina disekeliling kota. Dihina, dicaruti, disumpah. Segala.
Maka sumpahan itu termakbul.
Dan yang tinggal inilah, yang menyeringai menjilat nafsu. Yang membelai nafsu. Dan segala.
Maka, legasikah yang perlu disalahkan?

Buatlah. Apa sahaja. "Dia" yang sebelum ini diatas lembing mencacak ke langit, sedang tunggu, untuk kembali. Dan kembali menunjukkan, legasi mana yang sebenarnya perlu........................diikuti. "Dia" pasti akan kembali.

0 mighty Lord, I pray to you to hasten the emergence of your lastrepository, the promised one, that perfect and pure human being, the one that willfill this world with justice and peace. 0 Lord, include us among his companions,followers and those who serve his cause.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK