Putera

Bagaimana agaknya rasa duduk di sebelah seorang Putera?
Semalam Putera duduk di sebelah saya.
Saya lihat tulus wajahnya (at least setakat hari ni). Moga dia tetap dengan wajah itu setiap masa di hari depannya.


Putera: Mana adik cik yg sorang lagi tu? Kenapa tak ajak dia?
Cik: Mmmm (gaya Nany Mc Phee). Adik saya yang mana? Saya ada adik ke? Mmmm.
Putera: Saya nampak adik cik tadi pergi cafe sorang2.
Cik: Mmmm, dia tak ajak saya pun. (Dalam hati, oooo g breakfast tak ajak ye? Nanti kuhentakkan tongkat sakti baru tau)

Prolog, bla bla bla (Presentation)
Presenter: So far.......
Cik: Sofa? Sofa saya tak beli lagi.
Putera: Apa cik ni?
Cik: Sofa, saya tak beli lagi.
Putera: (Senyap)
(Putera tak faham ghopanya lawakku~biole)
Putera: So far maksudnya apa cik?
Cik: so far maksudnya setakat ini....
Putera: Sofa.......(terkebil-kebil terus gelak terkekeh-kekeh)
(Alamak mana nak lari ni, nampak dek presenter kang dia kata kitaorg buat lawak kat belakang. Selepas tu setiap kali presenter cakap so far, putera akan memandang dan ketawa lagi terkekeh-kekeh)

Prolog, bla bla bla (Presentation lagi)
(Putera keluar sekejap mengambil panggilan di telefon bimbit (pinjam org punya))
Putera: (sebelum duduk) Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Cik: Awak nak jadi AJK?
Putera: AJK? AJK apa?
Cik: AJK lereng bukit.
Putera: (Gelak terkekeh-kekeh lagi).
Cik: Kalau ramai yang jadi ahli lereng bukit, saya boleh buat anugerah Putera Lereng Bukit.
Putera: (Gelak lagi terkekeh-kekeh)
Cik: (dalam hati, bila dia nak berhenti gelak ni).
Cik: Putera, putera.............(dalam hati, rupanya Putera juga seperti orang lain)

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang