sapa kata Brazil tera? Tak tera sangat pun....

Match antara Brazil dan Perancis untuk Quarter Final adalah paling menyeronokkan setakat perlawanan yang berlangsung kempen Piala Dunia 2006 ini. Dengan hati yang separuh yakin, bahawa Perancis akan terus melangkah, bangun di awal pagi terasa amat berbaloi berbanding menyaksikan perlawanan antara Itali dan Ukraine yang amat membosankan dari awal sehingga fisrt half (second half dah masuk bilik tido). Kederat tua Si Zidane memang masih boleh ditagih (mengapa Zidane dah nak bersara lepas World Cup, waaaa), dan menyaksikan magic Zizou secara langsung memang menguja dan menakjubkan. Barisan Perancis lebih dulu dilihat sebagai satu organisasi tersusun, dengan gerak yang mengucar kacir setiap benteng Brazil, baik ditengah dan dibahagian pertahanan. Kapten Zizou, dan anak-anak buahnya telah meletakkan permainan berstatus dunia dan menyaksikan Brazil sebagai sebuah pasukan amatur di sebalik nama yang digelar bintang dan berlebihan promo di akhbar dan media massa. Zizou terlalu memukau, dengan gerakan-gerakan berstatus magic bagi seorang yang akan menamatkan kariernya, meski tidak, dia tetap magic. Zizou memperlihatkan pemain Brazil bagai anak kecil yang dibuli untuk tidak mendapatkan bola, Ronaldo, Ronaldinho, juga tewas dengan permainan kakinya yang terlalu memukau. Biar dia bersara, dia tetap bersara dengan gelar lagenda sehingga akhirnya. Domenech, jurulatih yang tampak tenang sepanjang masa, pastinya paling gembira apabila volley di minit 57 oleh penyerang sensasi Arsenal Thierry Henry menggegarkan gawang dan menewaskan penjaga gol Brazil - Dida (fesyen rambut tak botak sepenuhnya ada corak sikit, nampak pelik tapi kita OK la). Dan Henry perlu berterima kasih menjaringkan gol terpenting ini dengan umpanan kemas dari Zidane yang nampak terlalu sempurna, seperti di cipta untuk Henry menyempurnakannya. Andai kata, tahun ni tak berpeluang tengok final world cup, saya pasti berpuas hati dengan perlawanan terhebat ini. Pujian perlu di berikan kepada Ribery (pusingan yang menarik di hujung garisan menewaskan pertahanan, nyaris Brazil berputih mata dengan 2-0), Henry, Vierra, Gallas, Barthez (tentunya - penjaga gol yang cool), Sagnol dan lain-lain. Dan menobatkan Zidane sebagai Man of the Match, tidak dapat menonjolkan kehebatan yang sebenar, kerana Zizou akan terus dikenang dengan perlawanan ini. Brazil akan pulang dengan calar yang tidak dapat disorok lagi, kerana nama gah tidak menjamin kejayaan. Harap akan ada perlawanan lain sehebat ini, dan menyaksikan Zidane beraksi lagi untuk penutup World Cup 2006.

Comments

ieka said…
waaaaaaaaaaaaaaa serieslyyy laporan sukan yg hebat, sampai saya yg tak tgk bola ni pun terasa nak tgk zidane bermain..hahaha
ASaL said…
just lucky to see the great game from zidane, but sebelum ni prestasi zidane org kata tak bagus sgt, tapi masa tu tak tgk, hehehe, good for him and me.
yg nak ikut dan contoh, semangat dia, tu yg penting.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah