Friday, December 08, 2006

Filem CINTA


Kami ke KL untuk ber 'CINTA'. Untuk filem Melayu pertama yang ditonton di skrin lebar, ia merupakan langkah yang berbaloi. Mengharapkan keluar dari kepompong filem Melayu, jika tidak dikatakan sangat berjaya, CINTA jelas memberikan impak yang signifikan. Baik dari sudut sinematografi, naskah, pelakon-pelakon, pilihan runut bunyi dan pengarah, untuk sekian banyak penonton, CINTA sangat menyegarkan. Filem ini bercerita mengenai Kuala Lumpur dengan naratif cerita, plot, latar yang sangat dekat dengan warga kota, malah diwujudkan dalam skrin dengan bergaya dan amat cantik. Secara tidak langsung, sebahagian warna hidup penghuninya di bawa bersama dalam keanehan-keanehan cinta dari Khabir Bhatia. Saya memberikan kredit yang banyak pada Pengarah, kerana sangat rajin mencari shot yang menarik dalam gerak kamera yang seakan hidup. Barangkali ramai yang bersetuju dengan saya bahawa kekuatan sebenar terletak di bahu Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar. Pujian tentunya pada pelakon bakat hebat ini, skrip yang puitis dan kuat. Menceritakan cinta dari mata pelbagai lapis usia dan hubungan pasti membawa perasaan terbuai bersama kisah-kisah ini. Ikuti sahaja Rashidi Ishak, Que Haidar, Nanu Baharuddin, Pierra Andre, Sharifah Amani juga Nasrizal Ngasri dan cerita-cerita mereka. Tidak mahu mengulas lebih panjang mengenai filem ini, kerana ianya lebih enak di advancer sendiri.
Terima kasih kerana mengiringi filem CINTA dengan VCD soundtrack. Kami dapat mengenal bakat hebat muzik Shannon yang memenangi anugerah penyanyi baru di AIM 2005.
Saya memilih Kak Bi, disebalik segala kekurangan dan ketidaksempurnaan Cikgu Elias, tanpa mengharapkan apa-apa balasan, mampukah anda cinta demi CINTA? Saya? Mungkin..............
Tontonilah, dan ber 'CINTA' seadanya. Sudah tonton? Mari kita nyanyikan Bila Engkau Jauh bersama-sama. :)
p/s: saya memiskinkan emosi menonton untuk kelihatan gagah di kiri dan kanan kawan-kawan saya yang tersumbat hidung menahan sedu dan air mata. Sudahnya, saya berjaya. Tapi akhirnya tidak dapat menafikan bahawa jika ini filem Melayu, barangkali saya tidak kisah menonton lagi di pawagam untuk kali kedua.

1 comment:

Anonymous said...

miskin kah emosi anda?

hehehheheh....nahh...just kidding...i also hide my tears because of my friends on my both sides are really2 strong for not crying over some scenes...which really2 break my heart. Bravo CINTA!!